Saturday, August 09, 2008

Taubat Seorang Hamba


Hai Tuhan
Tuhan yang mencipta aku sendiri
Sekarang ini
aku mulai kenal jalan
bagaimana besarnya dan hebatnya
kekuasaanMu
Setelah aku begitu jauh
lari dan liar daripadaMu

Sekarang aku ingin
bertaubat
dan aku terasa lemah
untuk melawan nafsuku
Aku dambakan agar
Kau ampunkan dosaku
tetapi aku dukacita
aku dilanda perasaan
tidak mahu mendekatiMu

Aku rindu agar Kau
bersihkan diriku
tetapi ya Allah
aku sedang bergelumang
dengan segala kekotoran

tetapi ya Allah
imanku denganMu
membawaku ke halamanMu
ke rumahMu
dan harapanku
supaya kau ampunkan dosaku
dan membuatkan aku
rasa ingin mengetuk pintu istanaMu

Aku tahu aku akan mati
harta benda dan
segala apa yang aku cari
tidak boleh menolong aku di akhirat

Kalau aku tahu apa yang aku cari
ini menimbulkan
kemarahanMu
aku akan cari yang lain
supaya aku
dapat dekat denganMu

No comments: