Langkahmu makin berat...jiwamu mesti kuat..Life is a long journey, so...make the most it!
Tuesday, September 05, 2006
IKHLAS'06 in Memories
IKHLAS DALAM KENANGAN
Seharusnya bingkisan ini dititipkan sebelum tarikh implementasi IKHLAS '06 sebagai usaha untuk mempromosikan IKHLAS'06 kepada semua kerana ada yang menanyakan kenapa tidak dipromosikan di dalam blog sendiri.Kemaafan dipohonkan terutamanya kepada warga kerja IKHLAS'06 atas kelemahan diri dan hambatan masa yang tidak mengizinkan untuk menitipkan bingkisan ini.Benarlah kewajipan terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.
Kendatipun demikian, atma ini seakan tertarik untuk menitipkan setinta dua kalam bagi memanifestasikan syukur yang tidak terhingga kepada Illahi dan kepada semua komiti pelaksana IKHLAS'06 dan juga ahli HEWI PMRAM yang dikasihi.
Alhamdulillah, IKHLAS'06 yang dinanti-nantikan selama ini sudahpun melabuhkan tirainya.Perancangan yang dibuat pada 2004 akhirnya dimplementasikan jua pada Ogos 2006.Tiada kata secantik bahasa melainkan ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana di atas kasih sayang dan rahmatNya, IKHLAS'06 berjaya dilangsungkan walaupun diawalnya terhampar pelbagai 'uqubat yang seakan sukar untuk ditempuhi.Betapa banyak keringat menitik dan airmata tertumpah tika berhadapan bilah-bilah getir yang mencabar.
Alfun mabruk buat seluruh warga kerja IKHLAS'06 sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak.Tanpa gemblengan tenaga dan usaha serta kesungguhan kalian sudah pasti sambutan ini tidak menjadi satu kenyataan.Segala suka dan duka, jerih perih yang ditanggung sepanjang IKHLAS'06 ini pastinya menjadi memori indah kepada kita semua.Sungguh kekuatan ini takkan muncul tanpa kekuatan kesatuan!Sebagaimana yang disebut "awwalul quwwah, quwwatul wahdah"!
HEWI PMRAM yang ditubuhkan pada Mac 1955 sudahpun menjangkau lima dasawarsa.Namun, usia emas sebegini tidak seharusnya dipandang sebelah mata!Bahkan usia ini melambangkan kematangan usia seorang wanita yang teguh dengan prinsip dan thabat dalam mengendong amanah sebagai wadah hawa di ardhil kinanah ini.
Bukan sedikit tadhiyyah yang dicurah dan semuanya menjadi bukti bahawa HEWI PMRAM terus menabur bakti hingga ke hari ini.Menelusuri derapan srikandi silam mengajar kita agar menghargai sejarah lalu dijadikan iktibar hari ini!
HEWI PMRAM sebagai wadah perjuangan mahasiswi di ardhil kinanah ini seharusnya dipertahankan guna memastikan kelangsunagn tarbiyah buat generasi mendatang membuktikan bahawa wanita mampu berperanan dalam memikul amanah sebagai pencorak generasi rabbani dan menenun wibawa warathatul anbiya'.
Semoga sambutan IKHLAS'06 bukan sahaja mencapai visi dan misi yang telah digariskan malah sebati dalam setiap jasad srikandi azhariah dan jua bukan sekadar sambutan semata malah meninggalkan impak dalam setiap nubari azhariah dalam meneruskan langkah sebagai mujahidah.Peliharah kesatuan ini dengan segenap tenaga kita kerana kita adalah penerus dan mata rantai perjuangan ini.Untukmu PMRAM!Untukmu Islam!
SENTUHAN IKHLAS'06
Alhamdulillah, tiada kata mampu diungkap melainkan infiniti syukur tidak terhingga buat Illahi kerana atas gemblengan idea dan tenaga semua, kek IKHLAS'06 ini berjaya jua disiapkan.Seawalnya tiada gambaran idea dan lakaran untuk menghasilkan kek ini.Seakan buntu kerana seorang demi seorang menarik diri kerana masing-masing mempunyai urusan mufajaah yang perlu dilangsaikan.Namun bila memikirkan amanah dan kepercayaan semua untuk diri yang kerdil ini mengetuai misi yang mencabar ini akhirnya akur jua.Bagaimana untuk menghasilkan kek istimewa IKHLAS'06 ini? Minda tak berhenti memikirkannya!
Kebuntuan akhirnya menemui jalan keluar bila menerima panggilan dari ukhti Amna yang sanggup untuk membuat 16 biji kek coklat dan ana hanya bertanggungjawab melangsaikan tugasan menghias kek istimewa IKHLAS ini.Alhamdulillah! Syukur kehadrat Illahi terasa ringan sedikit beban yang ditanggung!
Kerja-kerja menghias kek ini dibuat sejurus selepas berkhirnya persembahan MANIS.Jutaan terima kasih terutamanya kepada kak Ani (anggota penasihat PMRAM) yang turut sama terlibat dan turun padang dalam misi ini dan sanggup berkampung di Asrama Pelajar Johor hingga kek ini siap pada hari terakhir IKHLAS iaitu sebelum majlis penutup berlangsung.Terima kasih tidak terhingga jua kepada Uda Tuna, Najwa,Alyn, Sara, Maisarah dan Amy yang bukan sekadar membantu, memberi idea dan menyemarakkan lagi suasana!
Istimewanya kek IKHLAS ini ialah ia dibuat dari 16 biji kek coklat, 5kilo icing dan berbuku-buku roti.Setelah bertungkus lumus dan bersengkang mata, akhirnya siap jua kek ini.Hanya senyuman keletihan mampu diberikan.Sungguh, inilah kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang IKHLAS ini.Terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam misi ini.Terima kasih jua buat Pengarah IKHLAS kerana memberikan kepercayan kepada diri ini.Moga semuanya mendapat balasan yang setimpal dan dipandang sebagai ibadah olehNya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment