Saturday, September 30, 2006

Semusim Bersama Seabad Terasa













Buat HEWI BKPJM 05/06

Di sini kita bertemu dan bermesra
Menjalinkan ukhuwwah yang mulia
Persaudaraan kita pupuk bersama
Dalam menuju keredhaanNya

Di sinilah kita dikumpulkan
Di babawah panji perjuangan Islam
Dalam satu ukhuwwah
Dalam satu jemaah
Bersama menuju keredhaanNya

Persaudaraan Islam kita bina bersama
Agar Islam teguh dan terbela
Persaudaraan Islam ikatan iman
Semoga mendapat keredhaanNya

Kerana Allah kita ditemukan
Dan keranaNya
Jua kita dipisahkan
Persaudaraan ini semoga berkekalan
Dan jua mendapat keredhaanNya

Buat adik-adik HEWI BKPJM 05/06, terima kasih atas kerjasama kalian,
Buat HEWI yang tidak bersama lagi dalam saff kepimpinan 06/07, teruskan perjuangan kalian dalam membantu BKPJM (along,angah,uteh dan uda)
Buat HEWI yang menerajui kepimpinan 06/07 (andak, alang, adik, acik), teruskan perjuangan kalian kerana perjuangan ini tiada noktahnya sehinggalah bertemu dengan Rabbul Izzati.
Jazakumullahu khairal jaza’…hanya Allah SWT yg mampu membalasnya.Moga ukhuwwah ini lestari selamanya..

Happy Birthday To You









Happy Birthday to a Very Special Brother :
Adinda Khairus Syakirin Ngah
Fakulti Sains &Teknologi Program Biokimia
Universiti Kebangsaan Malaysia

“words aren’t always enough to
Convey the love and pride we feel
For truly deep emotions are the
Hardest to reveal.

To a very special brother
This message comes today
With loving wishes, for the best
That life can bring your way

It also comes to tell you
Although hopefully you know
Each thought of you
Holds far more pride
Than any words can show
“happy 19th’s birthday!”

Monday, September 18, 2006

Refleksi Minda






POHON HIJAU ITU

Pohon hijau itu masih utuh, tegap merimbun memayungi sesiapa sahaja yang berhenti untuk berteduh di bawahnya.Perdunya masih utuh.Akarnya menjalar ke seluruh permukaan tanah.Dahan-dahannya dirimbuni dedaun hjau.Pohon hijau itu juga menghasilkan buah yang ranum untuk dinikmati oleh sesiapa sahaja yang lalu-lalang di situ.

Suatu ketika dulu, pohon hijau itu ditanam dengan jerih perih, dengan keringat yang mengalir dan airmata yang tertumpah.Alhamdulillah, berkat ketabahan dan kesabaran mereka yang menanam pohon hijau itu akhirnya membesar di tanah penuh barakah itu.Walaupun ketika itu baja yang digunakan dengan ihsan orang ramai yang mahu melihat pohon itu terus subur memberi infaq kepada masyarakat di sekitarnya.

Pernah di suatu ketika, pohon hijau itu menghasilkan buah yang cukup ranum dan manis.Ramai yang mengelilinginya untuk mengambil buahnya.Bahkan ada juga yang melemparkan batu ke arah pohon hijau itu.Kendatipun demikian, pohon hijau itu terus membuahkan hasil yang cukup membanggakan sehingga di kenali oleh semua lapisan masyarakat.Begitulah zaman berzaman dan masa terus berlalu dan keberadaan pohon hijau di atas tanah yang penuh barakah itu tetap dipertahankan oleh mereka yang mahu melihat pohon hijau itu hidup subur walau dimamah usia.

Di saat ribut dan taufan melanda pohon hijau itu, ada yang sanggup mempertahankannya dan tidak berganjak seinci pun daripadanya walaupun dahannya hampir terkulai layu!Namun ada juga yang langsung tidak menghiraukannya.Bukan itu sahaja, kedapatan juga parasit yang cuba menghisap segala zat yang terdapat padanya.Memang dasar parasit "habis manis sepah dibuang"!

Kini, pohon hijau itu masih hidup di atas permukaan tanah yang barakah itu.Cuma dedaunnya tidaklah menghijau seperti selalu.Pohon hijau itu masih menghasilkan buah tetapi buah yang terhasil tidak semanis dulu bahkan ada yang berulat!Banyak dahan-dahannya yang terkulai layu.Bagi yang peduli cuba mendekatinya dan meninjau apakah sebab dan punca sebenar pohon hijau itu sedemikian rupa tetapi bagi yang tidak mempedulikannya terus membiarkannya menghadapi 1001 ancaman dan cabaran yang datang menghujum tanpa henti-henti!Banyak sudah tangan-tangan dan anasir-anasir yang cuba merosakkannya.Namun, pohon hijau itu masih tegap memayungi para musafir yang tumpang berteduh di bawahnya,

Mengapakah pohon hijau sedemikian rupa? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah silap baja yang digunakan? Apakah silap pada penjagaannya? Tiada siapa yang tahu melainkan kepada mereka yang bersungguh-sungguh mempertahankan akar tunjangnya!

Ahlan Ya Ramadhan!


MENGGAPAI KILAU KEBERKATAN

Buat kesekian kalinya
Kita kembali menatap langit
Saat menanti kemunculan
Kilau rahmat dan keberkatan
Dalam sejalur sinar Ramadhan

Telah tercabut taring nafsu
Yang merencong tertusuk di qalbu
Terpancut keladak dosa
Yang mendak di telaga batin
Kita membebat duka silam
Bermunajat dalam ratap insaf
Mengharap keampunanNya

Syukurlah…
Kerana kita masih sempat
Menggapai kilau keberkatan
Menyempurnakan rukun ketaatan
Menunjang taubat di bumi hayat.

Injeksi dari Akh Azim Saleh

Tuesday, September 05, 2006

IKHLAS'06 in Memories


IKHLAS DALAM KENANGAN

Seharusnya bingkisan ini dititipkan sebelum tarikh implementasi IKHLAS '06 sebagai usaha untuk mempromosikan IKHLAS'06 kepada semua kerana ada yang menanyakan kenapa tidak dipromosikan di dalam blog sendiri.Kemaafan dipohonkan terutamanya kepada warga kerja IKHLAS'06 atas kelemahan diri dan hambatan masa yang tidak mengizinkan untuk menitipkan bingkisan ini.Benarlah kewajipan terlalu banyak berbanding masa yang kita ada.

Kendatipun demikian, atma ini seakan tertarik untuk menitipkan setinta dua kalam bagi memanifestasikan syukur yang tidak terhingga kepada Illahi dan kepada semua komiti pelaksana IKHLAS'06 dan juga ahli HEWI PMRAM yang dikasihi.

Alhamdulillah, IKHLAS'06 yang dinanti-nantikan selama ini sudahpun melabuhkan tirainya.Perancangan yang dibuat pada 2004 akhirnya dimplementasikan jua pada Ogos 2006.Tiada kata secantik bahasa melainkan ucapan syukur ke hadrat Illahi kerana di atas kasih sayang dan rahmatNya, IKHLAS'06 berjaya dilangsungkan walaupun diawalnya terhampar pelbagai 'uqubat yang seakan sukar untuk ditempuhi.Betapa banyak keringat menitik dan airmata tertumpah tika berhadapan bilah-bilah getir yang mencabar.

Alfun mabruk buat seluruh warga kerja IKHLAS'06 sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak.Tanpa gemblengan tenaga dan usaha serta kesungguhan kalian sudah pasti sambutan ini tidak menjadi satu kenyataan.Segala suka dan duka, jerih perih yang ditanggung sepanjang IKHLAS'06 ini pastinya menjadi memori indah kepada kita semua.Sungguh kekuatan ini takkan muncul tanpa kekuatan kesatuan!Sebagaimana yang disebut "awwalul quwwah, quwwatul wahdah"!

HEWI PMRAM yang ditubuhkan pada Mac 1955 sudahpun menjangkau lima dasawarsa.Namun, usia emas sebegini tidak seharusnya dipandang sebelah mata!Bahkan usia ini melambangkan kematangan usia seorang wanita yang teguh dengan prinsip dan thabat dalam mengendong amanah sebagai wadah hawa di ardhil kinanah ini.

Bukan sedikit tadhiyyah yang dicurah dan semuanya menjadi bukti bahawa HEWI PMRAM terus menabur bakti hingga ke hari ini.Menelusuri derapan srikandi silam mengajar kita agar menghargai sejarah lalu dijadikan iktibar hari ini!

HEWI PMRAM sebagai wadah perjuangan mahasiswi di ardhil kinanah ini seharusnya dipertahankan guna memastikan kelangsunagn tarbiyah buat generasi mendatang membuktikan bahawa wanita mampu berperanan dalam memikul amanah sebagai pencorak generasi rabbani dan menenun wibawa warathatul anbiya'.

Semoga sambutan IKHLAS'06 bukan sahaja mencapai visi dan misi yang telah digariskan malah sebati dalam setiap jasad srikandi azhariah dan jua bukan sekadar sambutan semata malah meninggalkan impak dalam setiap nubari azhariah dalam meneruskan langkah sebagai mujahidah.Peliharah kesatuan ini dengan segenap tenaga kita kerana kita adalah penerus dan mata rantai perjuangan ini.Untukmu PMRAM!Untukmu Islam!



SENTUHAN IKHLAS'06

Alhamdulillah, tiada kata mampu diungkap melainkan infiniti syukur tidak terhingga buat Illahi kerana atas gemblengan idea dan tenaga semua, kek IKHLAS'06 ini berjaya jua disiapkan.Seawalnya tiada gambaran idea dan lakaran untuk menghasilkan kek ini.Seakan buntu kerana seorang demi seorang menarik diri kerana masing-masing mempunyai urusan mufajaah yang perlu dilangsaikan.Namun bila memikirkan amanah dan kepercayaan semua untuk diri yang kerdil ini mengetuai misi yang mencabar ini akhirnya akur jua.Bagaimana untuk menghasilkan kek istimewa IKHLAS'06 ini? Minda tak berhenti memikirkannya!

Kebuntuan akhirnya menemui jalan keluar bila menerima panggilan dari ukhti Amna yang sanggup untuk membuat 16 biji kek coklat dan ana hanya bertanggungjawab melangsaikan tugasan menghias kek istimewa IKHLAS ini.Alhamdulillah! Syukur kehadrat Illahi terasa ringan sedikit beban yang ditanggung!
Kerja-kerja menghias kek ini dibuat sejurus selepas berkhirnya persembahan MANIS.Jutaan terima kasih terutamanya kepada kak Ani (anggota penasihat PMRAM) yang turut sama terlibat dan turun padang dalam misi ini dan sanggup berkampung di Asrama Pelajar Johor hingga kek ini siap pada hari terakhir IKHLAS iaitu sebelum majlis penutup berlangsung.Terima kasih tidak terhingga jua kepada Uda Tuna, Najwa,Alyn, Sara, Maisarah dan Amy yang bukan sekadar membantu, memberi idea dan menyemarakkan lagi suasana!

Istimewanya kek IKHLAS ini ialah ia dibuat dari 16 biji kek coklat, 5kilo icing dan berbuku-buku roti.Setelah bertungkus lumus dan bersengkang mata, akhirnya siap jua kek ini.Hanya senyuman keletihan mampu diberikan.Sungguh, inilah kenangan yang mungkin tidak dapat dilupakan sepanjang IKHLAS ini.Terima kasih buat semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak dalam misi ini.Terima kasih jua buat Pengarah IKHLAS kerana memberikan kepercayan kepada diri ini.Moga semuanya mendapat balasan yang setimpal dan dipandang sebagai ibadah olehNya!