Monday, July 17, 2006

Manifestasi Syukur

Alhamdulillah, selautan syukur dihamparkan buat al-Khaliq kerana memberikan lagi kesempatan dan ruang waktu pinjaman sementara buat hambaNya.Walaupun agak ripuh sedikit mutakhir ini tetapi bagi seorang mukmin tiada waktu rehat untuknya sehinggalah dia bertemu dengan Rabbnya.Di ruang waktu yang terbatas ini, ingin sekali mengajak diri dan sahabat-sahabat mencari sinar yang hilang…

Tahun demi tahun berlalu, kita semakin dihambat usia.Hari-hari yang dilalui sentiasa diisi dengan kelahiran dan kematian membawa bersamaa beberapa ulama'yang mulia di sisiNya.Kitakahpewaris yang bakal mewarisi mereka?Rasulullah saw pernah bersabda:"Ulama pewaris nabi"Tegakah kita menyahut sabda Rasul tercinta?Kita yang bergelar azhari dan azhariah mampukah merealisasikan sabda junjungan yang berkorban segalanya bersama para sahabat yang mulia?
Ayuh kita susuri sejarah insan mulia Tariq Bin Ziyad bersama bala tenteranya menakluki kota Andalusia.17 Julai 711M menyaksikan tumpasnya barisan bala tentera yang diketuai oleh Roderick.
Beliau sememangnya telah lama bercita-cita untk menyebarkan Islam ke utara lautan Mediterranean.Pergolakan kuasa di Sepanyol selepas kematian Raja Witiza (709M) membuka ruang seluas-luasnya kepada beliau melancarkan serangan.Sokongan mantap khalifah al-Walid, Musa bin Nusair selaku “shield”, mengukuhkan lagi semangat beliau.Mengharungi lautan yang bergelora tanpa menoleh untuk kembali semula.Hanya dua jalan yang dibentangkan antara syahid atau menang.Melihatkan tentera yang kepenatan, lantas kapal dibakar bagi mengembalikan semangat juang.Jika berpaling nescaya tenggelam di “dasar lautan kekufuran”.
Ucapan bersemangat di atas “Jabal Toriq” disambut dengan semboyan jihad.“Kita datang utuk membebaskan kekufuran kepada Islam.Kapa sudah dibakar.Di belakang kalian adalah lautan, di hadapan kalian adalah musuh.Jikalau kalian ingin mara bersamaku, kita akan berjuang sehingga syahid.jika kalian berpatah balik, kalian akan mati lemas dalam kekufuran”.Dengan ruh jihad yang sejati, keimanan yang mantap, mereka menang.Roderick juga turut terkorban.Islam mula mentadbir alam Andalusia.Zaman keilmuan dan tamadun baru mengenalinya sebagai Cordova.

*akan adakah Tariq Ibn Ziyad yang kedua?Menyaksikan kekejaman kuffar la’natullah ke atas ummah Islam seluruhya.Di manakah sensitiviti kita?Tanpa perlindungan atau “shield” dalam bentuk khalifah, kemanakah hala tuju kita untuk generasi akan dating merasai nikmat iman dan Islam?Justeru, bangkitlah kita semua dalam menilai ilmu dan iman di dada, perkukuhkan untuk generasi masa hadapan.

(adaptasi daripada buku Tarikh Islam fil ‘asrain karangan Dr.Siham Abu Zaid, Fakulti Bahasa Arab (Banat), Jami'ah al-Azhar Kaherah)

SAHABAT

Sahabat
Bila engkau memandang segalanya dari Allah
Yang menciptakan segalanya
Yang menimpakan ujian
Yang menyebabkan sakitnya hatimu
Yang menyebabkan keinginanmu terhalang
Serta yang menyusahkan hidupmu
PASTINYA…Akan damailah hatimu
KERANA…
Masakan ALLAH
Sengaja mentakdirkan segalanya Untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan ALLAH tidak tahu
Deritanya hatimuPecahnya hatimu
Tapi mungkin itulah yang Dia mahu
Kerana Dia tahu
Hati yang sebegini
Selalunya lebih Lunak dan mudah untuk
Dekat dan akrab padaNya…
Ya ALLAH, siapalah aku di pandanganMu…

No comments: