Introspeksi Diri
"Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh dan entah di mana penghujungnya.Di lorong-lorong yang akan kita susuri sudah pasti terhidang di sana pelbagai onak dan duri yang sudah lama menanti.Ingatlah tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, Islam diterima dengan puji-pujian.Sesungguhnya Islam tidak diterima dengan hamparan permaidani merah atau diserikan lagi dengan bunga manggar tetapi sedarlah saudaraku, sesungguhnya Islam diterima dengan kilauan mata pedang yang akhirnya menghadirkan darah merah membasahi bumi.Itulah gambaran hidup seorang mujahid dan kita mesti menuju ke arah itu.Kekadang kita berbisik sendirian, mampukah aku?Kita belum tahu tetapi kita berdoa semoga Allah memberikan kita kekuatan yang jitu semoga kita selamat menghembuskan nafas sedangkan hati kita masih segar berpaterikan syahadah suci."
"Ya Allah…Engkaulah yang punya segala-galanya.Kalau Engkau tidak memberi hal itu semua kepadaku hakikatnya aku hambaMu yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa .Untuk mengerdipkan kelopak mata pun aku tidak mampu, apatah lagi menggerakkan kepala dan gerakan yang lebih besar daripada itu terutamanya yang paling besar dan berat ialah untuk mengerakkan hati semata-mata untuk mengingatimu.Jadi, untuk apa aku berbangga dengan ibadahku sedangkan segala-galanya daripadaMu!Engkau yang menggerakkan urat sendi, Engkau yang menggerakkan anggota kepala dan akal.Engkau jualah yang menggerakkan jantung dan hati untuk sentiasa berzikir kepadaMu!"
Pesanan buat PUTERIKU..
Puteriku..Andainya kau mengerti betapa manisnya ibadah Rabiatul Adawiyah, pasti kau akan tinggalkan kenikmatan dunia.Perhiasan takkan mencuri hatimu dan memesongkan dirimu daripada Allah, tetapi kau akan tenggelam keasyikan dalam alam malakut yang penuh syahdu..
Puteriku…Andainya kau mengerti betapa manisnya perjuangan Zainab Al-Ghazali pasti kau terus tabah dalam mujahadahmu.Kau takkan gentar dalam jihadmu.Islam takkan rela kau tinggalkan!Maruah takkan sanggup kau gadaikan!Walau emas segunung jadi cagaran!
Puteriku…Andainya kau mengerti betapa manisnya kematian Sumayyah as Syahidah, pasti kau sanggup membayarnya walau dengan nyawamu.Takkan kau teragak-agak lantaran keyakinanmu terpuncak.Tiada ganjaran yang selayaknya bagimu kecuali syurga Firdausi yang menanti!
No comments:
Post a Comment