Sunday, March 07, 2010

Undangan yang tak Diduga...


Bisillah walhamdulillah..Malam kelmarin ana mendapat sms dari Ketua Muslimat Mersing, Kak Muzalina.sms berbunyi begini : "Slm, nak minta enti sampaikan ceramah Maulidur rasul di Taman Mahkota petang esok, jam 3ptg.Kalau boleh sentuh tentang Khutbah Terahir Rasulullah"..

Demikianlah sms yang saya terima.Hati rasa berdebar kerana ini merupakan pengalaman kedua ana selepas daripada menjadi panel dalam satu forum anjuran Dewan Muslimat Pas Negeri Johor.Rasa serba kekurangan waktu itu kerana dgandingkan dengan tokoh-tokoh yang hebat seperti Kak Nuri (Ketua Muslimat PAS Pusat), Us Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor) dan juga saudara Khairul Faizi (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor).Ana berada di situ atas stand (Mantan Naib Pebgerusi HEWI PMRAM) yang amat kerdil sekali rasanya.

Tetapi inilah yang Allah kehendaki dan Allah ingin memberikan sesuatu yang berharga untuk ana..Undangan yang tidak diduga ini mungkin untuk mematangkan lagi diri ini untuk berhadapan dengan masyarakat..Jadi ana terima undangan ini dan hasilnya alhamdulillah, rasa bersyukur yang tak terhinga kerana diberikan kesempatan yang cukup berharga ini.Dapatlah berkenalan dengan penduduk di situ dengan lebih dekat lagi.

Sedikit titipan khutbah Terakhir Rasulullah SAW:
Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW engan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.


Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh saidina Umar al Khattab: "kamu tidak akan merasa gundah gulana, andainya kamu tahu apa yang kamu cari.."
*(Gambar di atas adalah sebahagian daripada
tetamu yang hadir pada hari tersebut...Syukran buat Kak Lina)

Tuesday, March 02, 2010

Program Ihya' sunnah


Bismillah walhamdulillah, nampaknya bebanan tugas semakin bertambah..Ditaklifkan sebagai warden (menjaga 69 orang pelajar puteri), guru tahfiz dan juga guru Unit Dakwah dan Tarbiyah.Memang benarlah apa yang telah disebutkan oleh al Imam Syahid Hasan al Banna,al wajibat aksar min al auqat.Terimalah taklifan ini kerana ia merupakan sebahagian dari kehidupan ana (teringat kata azimat poksu Li waktu dalam kepimpinan PMRAM dulu)
.
Alhamdulillah taqwim untuk setahun telahpun disiapkan tunggu untuk dilaksanakan sahaja.Baru-baru ini bersempena dengan Maulidur rasul SAW, Unit Dakwah dan Tarbiyah SMAAM telahpun melancarkan Program Ihya as Sunnah.Setiap minggu akan ada risalah yang akan dikeluarkan bersesuain dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Beberapa risalah tersebut ialah :

MASA YANG PALING SESUAI UNTUK BERSEDEKAH

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال:“ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله أي الصدقة أعظم أجرا ؟ قال : أن تصدق وأنت صحيح شحيح تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا ولفلان كذا وقد كان لفلان . (متفق عليه)


Ertinya :

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata:Datang seorang lelaki kepad Rasulullah SAW lalu bertanya :”Ya Rasulullah!Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?”Nabi SAW menjawab:”Iaitu sedekah yang engkau berikan sedangkan pada masa itu masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil(merasa saying unutk mendermakan harta), kerana engkau takut menjadi faqir dan engkau berangan-angan menjadi kaya.Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkongan lalu ketika itu baru engkau berkata “Untuk si fulan ini sekian, unutk si fulan itu sekian dan sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain.”

Keterangan:

Mengeluarkan harta unutk didermakan adalah suatu perkara yang sangat susah bagi seseorang, melainkan kalau pengeluaran harta itu dalam bentuk kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang mendalam sehingga penderma merasakan bahawa harta yang didermakan itu adalah sebagai simpanan kekal yang akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda pada hari kiamat nanti.

Ramai orang kaya yang tidak mahu menderma.Dia takut menjadi faqir dan selelu berusaha untuk menambah lagi kekayaannnyayang sudah ada.Maka ketika hati sangat terpaut dengan harta dan sangat mencintainya, maka pada ketika itulah masa yang paling baik untuk dia berderma kerana ia akan berhadapan dengan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutinya dari terjerumus ke jurang kefaqiran.Maka sesiapa yang mampu melawan hawa nafsunya pada saat itu bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

BENGKAK KAKI KERANA BANYAK SEMBAHYANG MALAM

عن عائشة رضى الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه فقلت له : لم تصنع هذا يا رسول الله وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر ؟ قال : أفلا أحب أن أكون عبدا شكورا. (متفق عليه)

Ertinya : Daripada Aisyah radhiallahu anha berkata:Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua kakinya.Maka saya pun berkata kepadanya: “Kenapa engkau beribadat sampai jadi begini ya Rasulullah?Sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosamu yang terdahulu dan dosamu yang terkemudian(seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma’sum dari berbuat dosa).Lalu Nabi SAW menjawab: “Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?”

Keterangan
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang ma’sum dari mengerjakan dosa.Kalu seandainya beliau berdosa, maka Allah SWT telah bersedia untuk mengampuni dosa beliau yang terdahulu dan terkemudian.Walaupun demikian, beliau masih banyak beristighfar (meminta ampun ) kepada Allah SWT dalam sehari semalam tidak kurang daripada tujuh puluh kali beristighfar, dan beliau selalu bangkit bersembahyang pada waktu malam dan banyak menghabiskan masanya untuk bermunajat di hadapan Allah SWT sehinggalah bengkak kedua kaki beliau.

Ini adalah satu teladan kepada umatnya.Kita yang terlalu banyak berdosa ini , mestinya lebih banyak beristighfar kepada Allah SWT dan lebih banyak lagi berbuat ibadat di waktu malam tetapi oleh kerana kelemahan iman yang ada di dalam dada, kita rasa malas untuk beristighfar dan rasa terlalu berat utnuk bangkit daripada tempat tidur untuk beribadat.

Maka kalau kita cuba meraba dada kita dan bertanya kepada diri kita sendiri, dapatlah kita mengukur sejauh mana kekuatan iman yanga ada di dalam hati, maka beruntunglah orang yang menyedari dirinya sebelum ia diragut oleh kematian dan berjayalah orang yang bersegera membuat ibadat sebelum ia terlambat.

Lainlah halnya dengan seseorang yang sedang berada dalam keadaan sakit yang sudah tenat.Nyawa pun dirasakan sudah tidak lama lagi akan terpisah dair badan.Tanda-tanda kematian dari masa ke semasa semakin dirasakan.Ketika itu putuslah harapannya dari memiliki atau mengusai hartanya, maka dengan mudahlah ia berkata:”Harta ini untuk si fulan, harta itu untuk si fulan” padahal masa sudah terlambat dan wasiat yang boleh diluluskan oleh syara’ pada masa itu tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta yang ditinggalkannya.Syukurlah kalau ahli waris yang mewarisi harta itu mengerti untuk membuat sedekah jariah sebagai kiriman yang dihantar ke dalam kubur dari masa ke semasa.

Kalau mereka tidak berbuat demikian, harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan unutk membuat kemaksiatan, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memeras keringat pada waktu hidupnya dahulu dan dia pula yang akan dihisab di hadapan Allah SWT sedangkan ahli waris bersenang-senang hati mewarisi harta yang telah ditinggalkan oleh orang tua mereka dengan percuma sahaja.

MEMBERI SALAM

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :“والذي نفسي بيده, لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا, ولا تؤمن حتى تحابوا .اولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحابيتم ؟ أفشوا السلام بينكم ” (رواه المسلم)

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:Rasulullah SAW bersabda: “Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaanNya.Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman.Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling cinta menyintai.Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jikalau kamu dapat melaksanakannya sudah pasti kamu akan menjadi orang yang saling cinta menyintai sesame kamu?Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Keterangan

Memberi salam sesama muslim adalah di antara syiar Islam yang terbesar.Salam bererti kita menjadikan orang lain sejahtera daripada sebarang gangguan, bahkan salam juga bererti kita mempertahankan sahabat kita apabila ia diganggu oleh oarng lain.

Salam mengeratkan hubungan antara kita dengan orang yang sudah kita kenali, dan menjalin hubungan pertama atara kita dengan orang yang belum kita kenali.Salam pembuka alam perkenalan, persahabatan, pertolongan dan kerjasama.Oleh kerana itu, Islam menggalakkan kita member salam kepada orang yang kita kenali dan kepada orang yang kita tidak kenali seperti apa yang disebutkan dalam hadis lain.

Selain daripada itu, salam adalah lambang mahabah yang mendalam dan sebagai bukti asas ketulusan hati ebenaran imankita terhadap sahabat, di mana hal ini merupakan syarat kepada kebenaran iman seseorang kepada Allah, dan iman itu syarat untuk seseorang yang mahu masuk ke dalam syurga.


Jadi, memberi salam dan menjawab salam adalah prasayarat masuk ke dalam syurga yang merupakan impian setiap orang yang beriman.Oleh kerana itu, amalkanlah salam dan hendaklah kita belajar adab-adab atau tatacara memberi salam dari kitab-kitab yng muktabar, supaya sunnah yang besar ini dapat diamalkan sesuai dengan bentuk yang dikehendaki oleh syariat Islam.



SELAWAT

Firman Allah Taala berfirman:

إن الله وملائكته يصلون على النبي . يا ايها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

Ertinya :
“Sesungguhnya, Allah dan para malaikatNya menyampaikan selawatnya kepada Nabi-yakni Nabi Muhammad.Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu.
(al Ahzab:56)


وعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما انه سمع رسوالله صلى الله عليه وسلم يقول : من صلى على صلاة صلى الله عليه بها عشرا .
(رواه مسلم)

Mafhumnya:
Dari Abdullah ’Amr b bin al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca selawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali selawat tadi.” (Riwayat Muslim)

وعن ابن مسعود رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اولى الناس بي يوم القيامة اكثرهم على صلاة . رواه الترمذى وقال : حديث حسن

Mafhumnya:
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawatnya padaku,” yakni lebih diutamakan oleh beliau SAW untuk memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Sunday, February 28, 2010

Dimanakah Kehebatan Kita?



Alhamdulillah, segala pujian selayaknya untuk Rabbul 'alamin.Bersyukur juga kerana diberi peluang untuk mengikuti Kuliah Subuh yang menjadi rutin hari minggu.Kuliah subuh yang disampaikan oleh al Fadhil Us Arif (mudir SMAAM) pagi tadi cukup menyentuh jiwa dan benar-benar memberi injeksi kepada nubari yang sentiasa dahagakan siraman hujan iman.

Biasanya kuliah subuh al fadhil ustaz membincangkan Kitab Maniayatul Musooli karangan al 'Alim as Syeikh Daud bin Abdullah al Fathoni tetapi pagi tadi ustaz menyentuh sedikit tentang tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Insan Cemerlang Ummah Gemilang".

Untuk melahirkan ummah yang gemilang, sudah semestinya bermula daripada insan yang cemerlang.Ana bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh al Fadhil ustaz yang menyatakan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan hebat mestilah dengan Islam.Hanya dengan Islam sahaja yang mampu menaikkan martabat seorang insan itu yang dahulunya lemah dan dipandang hina sehingga menjadi seorang yang dihormati dan digeruni.

Sirah telah membuktikan kepada kita betapa Islam telah berjaya mengangkat golongan hamba menjadi golongan yang mulia.Golongan yang lemah menjadi golongan yang kuat.Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Bila bin Rabbah.Seorang hamba Habsyi yang tidak mempunyai apa-apa nilai pun di sisi orang Arab Quraisy Mekah pada masa itu.Dengan keislaman beliau, beliau dihormati oleh orang Islam yang lain dan digeruni oleh musuh Allah.Walaupun beliau diseksa dengan begitu dahsyat, beliau mampu mempertahankan keislaman beliau.Darimanakah datangnya kekuatan ini?Sedangkan beliau sebelum ini merupakan hamba yang lemah dan ditinda? Sudah tentulah ianya datang daripada ajaran Islam itu sendiri..

Teringat Kitab Risalah Talim yang dikarang oleh Imam as Syahid Hassan al Banna yang ada menyebut empat marhalah untuk mencapai daulah Islamiyyah iaitu bermula daripada fardu muslim(individu muslim), kemudian baitul muslim (rumahtangga muslim),kemudian akan melahirakan mujtama' muslim(masyarakat muslim) dan akhirnya akan membentuk daulah Islamiyyah (kerajaan Islam yang diimpikan).

Inilah juga yang disebut oleh saidina Umar al Khattab yang mengatakan "Kita ini bangsa yang dimuliakan kerana keislaman kita, jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kita akan dihina oleh Allah"..

Dimanakah kehebatan kita? Tepuk dada tanya iman kita..Adakah islam kita benar-benar mantap sehingga memungkinkan kita menjadi "Insan Cemerlang" yang akan melahirkan "Ummah yang Gemilang"?Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa..

Saturday, February 27, 2010

Insan cemerlang Ummah Gemilang


Alhamdulillah kesyukuran dirafakkan ke hadrat Illahi kerana atas limpah rahmat dan kurnianya diberi peluang untuk menyambut Maulidur Rasul di tanahair.Sambutan yang dibuat di Masjid Jami' Mersing semalam agak meriah juga.

Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan "Insan Cemerlang Ummah Gemilang" pada tahun ini diserikan lagi dengan bacaan berzanji dan ceramah ringkas oleh Ustaz Fairuz Ali Akbar, Perunding Khidmat Nasihat Jabatan Agama Islam Kota TInggi yang juga merupakan kharijin dari al Azhar Mesir.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan, nasi minyak berlaukkan daging masak kurma, dalca dan acar nenas.

Rasa bersyukur kerana melihat kesungguhan masyarakat mengingati tarikh lahir Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW tetapi terasa sedih juga apabila melihat qudwah hasanah yang ada pada diri baginda tidak diikuti sepenuhnya.Apakah dengan menyambut hari Keputeraan baginda sudah membuktikan kita benar-benar mencintai baginda dan menjunjung sunnah baginda?

Tepuk dada tanya iman kita...sejauhmanakah kecintaan kita terhadap baginda?

Friday, February 26, 2010

PROMAS (Program Mesra Asrama)



Gambar di atas ini dirakam semasa lawatan PROMAS (Program Mesra Asrama) oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Johor semalam di SMA Parit Raja.Alhamdulillah diberi peluang untuk turut sama melawat asrama sma lain untuk dijadikan panduan nanti.Ini merupakan program pertama PROMAS dan selepas ini akan diikuti oleh sma yang lain pula.Insya Allah SMA Mersing pada 30hb3 nanti..

Kalau mahu dibandingkan SMA Mersing dengan sma lain yang terdapat di Johor bagaikan langit dan bumi.Sekolah-sekolah ini mendapat bantuan kerajaan, jadi tidak hairanlah mereka mempunyai prasana yang lengkap.Nampaknya ini beban tugas yang berat untuk dipikul..Ya Allah, berilah kami kekuatan..

Tapi itu semua bukan halangan untuk kita mencapai kejayaan kan?Nampaknya banyaklah kerja-kerja yang perlu dibuat.Pemarkahan akan diambil dari segi fizikal, pengurusan dan pentadbiran asrama.

Jadi, warden kena kuatlah nampaknya barulah anak buah bersemangat..Takbir!Allahu Akbar walillah hil hamd..

Wednesday, February 24, 2010

Menghayati Sirah Rasululllah SAW



Hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang disenaraikan sebagai The 100 A Ranking Of The Most Influential People In History tulisan Michael Hart.

Saban tahun juga apabila menjelang tarikh 12 Rabiul Awal, umat Islam akan menyambut peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Malangnya, tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam kehidupan seharian..

Sebabnya belum wujud perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Baginda sebagai Rasul utusan terakhir...

Mencintai Rasulullah SAW merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah SAW

Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah SAW.

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda SAW

Mencontohi, mengikuti Rasulullah SAW dan berjalan di atas manhaj Baginda SAW serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda SAW adalah tanda pertama cintakan Rasulullah SAW. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang mengikuti Rasulullah SAW secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah SAW.

Orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:

] قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [

{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].

Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:

] قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ [

{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].

Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda SAW. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.

2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.



3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah:

] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].

4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi SAW ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.

Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW sangat banyak dan sangat masyhur.

5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda SAW baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah SWT telah berfirman:


] لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [

{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah SAW di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].

Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah SAW adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda SAW sahaja.

6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah SAW walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ.

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].



7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

((الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).

“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].

Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

“Sesungguhnya Akhlak Baginda SAW adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].



9. Mencintai orang yang Rasulullah SAW cintai, antaranya:

a. Ahlul-baitnya (keluarga)

Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah SAW adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].

Ulama’ lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah SAW tentang mereka.”

Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah SAW. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].

c. Para sahabat Baginda SAW.

Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi SAW adalah cinta kepada para sahabat Baginda SAW, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ

{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].

Firman Allah SWT juga:

لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ

فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].

Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((

“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ…

{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].

Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.

Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.



Rujukan:

1. Huquq An-Nabi ‘Ala Umatihi Fi Dha’il Kitab Was Sunnah, Dr. Muhammad Khalifah Al-Tamimi, Penerbit Adwaa’ Al Salaf, 1418 H,)

2. Mahabbatu An-Nabi Wa Ta’zimuhu. Fahd bin Abdullah Al-Habisyi.

3. [http://ustadzkholid.com/aqidah/bukti-dan-tanda-cinta-rasul/ ]

4. www.abuanasmadani.com

*Menurut Ketua persatuan Ulama' Antarabangsa,Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi bahawa sambutan maulid adalah sesuatu yang dianjurkan...Selamat menyambut Maulid Rasul.

Monday, February 15, 2010


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga membaca buku ini apabila seorang teman sudi meminjamkan buku ini.Banyak penagajaran yang boleh diambil dan dijadikan pedoman untuk mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan...
"Penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya, penghormatan buat isteri yang memuliakan suaminya..."

Di antara yang menariknya di dalam buku ini terdapat sajak yang dikarang oleh Aminah Qutb yang merupakan adik kepada as Syahid Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya:

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepaada Allah
Kita akn turut mencntai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah jua
Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
Campakkanlah ke dalam hatiku
Cinta kepadanya adalah keranaMu
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
Cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan olehMu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepdaku

*Selamat membaca buku ini wat yg belum membacanya, mudah-mudahan kita dapat mengambil 1001 hikmah yang terdapat di dalamnya...

Ihtifal Sukan dan Ilmiah SMAAM 2010



Bismillah walhamdulillah, berakhir sudah Ihtifal Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah dan selepas ini bersiap sedia pula untuk ihtifaal sukan dan ilmiah peringkat SMA Negeri Johor.Tahun ini menyaksikan pasukan Saidina Usman (pasukan biru) berjaya menjadi juara keseluruhan.

Pengalaman pertama yang dilalui sejak menjadi warga SMAAM selama 4 bulan pastinya tidak dapat dilupakan.Rasa syukur dan bangga dengan warga anak didik SMAAM yang berjaya membuktikan bahawa pelajar sekolah arab juga mampu untuk aktif di dalam bidang koku.

Dataran SMAAM bukan sahaja tempat ijtima' (perhimpunan) malah itu jugalah court untuk beriadhah.Keputusan tahun lalu mencatatkan SMAAM memperolehi naib Johan untuk semua kategori dan insya Allah tahun ini kita mensasarkan untuk menjadi johan keseluruhan.Amin...

Mudah-mudahan kalian nanti mampu membuktikan bahawa pelajar sekolah agama juga mampu untuk imtiyaz dalam semua bidang

Wednesday, December 09, 2009

Jom Baca Novel -Manikam Kalbu-Faisal Tehrani



Alhamdulillah, satu lagi buku yang berjaya ana khatami.Sebuah novel humor megenai busana melayu.Penulis mengajak kita untuk memahami betapa sains itu proses sementara seni adalah hasilnya.

Novel ini mengisahkan tentang satu-satunya pelajar lelaki yang mengikuti kelas jahitan dan fesyen di sebuah sekolah teknik..Ziryab Za'im seorang pelajar yang sangat berbakat kerana neneknya juga adalah jurubusana istana pada suatu ketika dahulu.

Cinta Ziryab mendalam sekali.Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana.Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan.

Dia menggali semua ketakjuban dalam kesenian.Katanya "sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya"Dia mempunyai seekor kucing.Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman.

Manikam kalbu adalah pemuda yang bertanggungjawab mencipta baju kurung pada zaman kesultanan melayu Melaka..sedikit petikan daripada Manikam Kalbu tentang rekaannya:

"Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung.Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan.Tetapi dengan sedikit perbezaan.Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung syara'.

Pakaian melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat.Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat.Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya.

Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong.Oleh baju kurung itu sekai-kali pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong."

Selamat membaca, mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat daripadanya...Jazakallah khair buat akhi yang hadiahkan buku ni, credit for u..

SIRIH PULANG KE GAGANG


Rasanya terlalu banyak ingin dikongsikan dalam entri ini..Bermula dari kepulangan ke tanahair dan seterusnya diterima untuk berkhidmat sebagai warden ASPURI RAUDHATUL JANNAH di SMA Mersing..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi, dengan izin dan rahmatnya tertunailah jua hasrat untuk kembali semula ke SEK MEN AGAMA AL-KHAIRIAH AL-ISLAMIAH MERSING..Kalau dahulu sebagai pelajar yang datang untuk menimba ilmu tetapi kedatangan kali ini agak berbeza kerana kedatangan pada kali ini adalah untuk mencurahkan ilmu.

Rasa syukur dan gembira apabila melihat sekolah yang dahulunya agak dhaif sekarang ini telah berubah wajah dengan dilengkapi dengan pelabagai prasana untuk kemudahan pelajar..Berbanding sewaktu ana menuntut ilmu di sini dahulu.

Di sinilah diri ini ditarbiyah dan belajar mengenali apa itu usrah dan apa tanggungjawab yang pelu dimainkan sebagai seorang muslim..Terima kasih buat ustaz Arif yang banyak membimbing diri ini dan semua para asatizah yang tidak jemu mencurahkan ilmu kepada kami.

Mudah-mudahan generasi di sini tidak tenggelam dengan keselesaan yang ada sehingga lupa akan tanggungjawab kepada agama, nusa dan bangsa.Semoga kalian jua nanti akan kembali berbakti di sini, meneruskan perjuangan asatizah yang terdahulu..benarlah seperti kata-kata as Syahid Syed Qutb yang mengatakan " kita bukanlah pemula atau pengakhir kepada perjuangan tetapi kitalah adalah penerus kepada perjuangan ini.."
Tugas kita terlalu banyak berbanding dengan masa yang kita ada...

Ya Allah semoga ini dipandang sebagai ibadah kepadamu Ya Allah!

Bedah Buku -Satu Rasa Dua Hati



Bismillah wahamdulillah, sagala kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi atas kurniaaNya yang tak terhingga sehingga memungkinkan diri ini menghirup udara ciptaanNya dan melihat alam yang terbentang luas ini...

Alhamdulillah, bersyukur kerana kelompangan masa terisi juga dengan membaca buku yang sangat menarik ini, hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi yang pernah menulis buku best seller - Tentang Cinta..

Buku ini sangat menarik dengan kupasan yang begitu indah untuk dinikmati seakan tidak puas untuk membeleknya..Falsafahnya yang tinggi tetapi dengan gaya bahasa yang indah, santai dan olahan yang mudah.

Sedikit petikan dari buku yang mungkin boleh dikongsi bersama:

MUDAHNYA MENDAPAT ISTERI YANG SOLEHAH

"Menerusi ilmu, kita dapati terlalu banyak kriteria seorang wanita solehah.Antara ciri-ciri wanita yang solehah itu ialah menjaga solat, taat ibu bapa, berakhlak, menutup aurat dan lain-lainperintah dalam ajaran Islam.itu baru soal lahiriah yang ketara oleh penglihatan mata.Namun,ciri wanita solehah bukan sekadar sifat luaran, tetapi ia juga menyentuh sifat dalaman seperti sabar, redha, syukur, pemurah dan lain-lain.
Jika ini menjadi ukuran, mencari yang solehah memanglah sukar sebab menilainya samalah seperti meneropong ke dalam hati seseorang..

Jadi, kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu.Muhasabah pula soal hati, soal dalaman...muhasabah iman dan taqawa kita sendiri.Bisikkan ke hati, apakah kita telah menjadi seorang lelaki yang soleh atau sekurang-kurangnya sedang berusaha menjadi soleh?"

Selamat membaca dan mengambil istifadah darinya..Jazakallah khair buat akhi yang menghadiahkan buku ini, credit for u...

Saturday, August 29, 2009

Muhasabah Ramadhan - Pusingan 1


Seperti yang difirmankan Tuhan di dalam al-Qur'an, "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183)

Pertamanya, dari nas ini umat Islam dapat mengenali agama-agama lain sebagai agama samawi dengan merujuk amalan berpuasa itu. Antara agama-agama yang memiliki ciri persamaan dari sudut amalan ini, iaitu berpuasa ialah Buddha, Hindu, Kristian dan juga Yahudi. Bagaimanapun, cara bagaimana amalan berpuasa dilaksanakan, ada sedikit perbezaan.

Jenis dan martabat berpuasa itu juga berbeza-beza mengikut agama, adat budaya bangsa dan martabat kerohanian seseorang itu.

Lantaran itulah, Tuhan menyatakan di hujung ayat itu, dengan harapan, amalan berpuasa yang kita lakukan itu dapat meningkatkan martabat kerohanian kita ke darjat ketaqwaan, iaitu darjat yang teragung dan paling tinggi.

Beriman atau bertaqwa?

Disebutkan dalam al-Qur'an, bahawa Tuhan menyeru orang yang beriman agar mencapai darjat ketaqwaan. Ini kerana, orang yang beriman, belum tentu dapat mencapai darjat ketaqwaan. Tapi, orang yang bertaqwa, sudah pastilah mereka beriman.

"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati melainkan berada dalam Islam. (Ali Imran: 102)

Juga kepada orang yang beriman itu, Allah s.w.t meminta mereka bertaqwa dengan cara menyatakan perkara yang benar walaupun pahit didengar. Ini kerana, orang yang beriman pun belum tentu dapat menyatakan perkara yang benar.

"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, maka Allah memperbaiki bagi amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-dosamu.." (Al-Ahzab: 70 - 71)

Maka, hendaklah orang-orang yang beriman itu berjuang mendapatkan tempat di martabat ketaqwaan. Ini kerana, hanya yang mampu menyatakan kebenaran itulah yang layak digelar mencapai darjat ketaqwaan.

Orang-orang yang beriman turut diseru mencapai darjat ketaqwaan dengan menyediakan amalan sebagai bekalan untuk hari akhirat mereka. Ini kerana, ramai orang beriman, tetapi seperti tidak mengendahkan amalan mereka untuk akhirat.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan segala kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (Al-Anfal: 29)

Kita biasa berdepan dengan kebuntuan hidup dalam kehidupan. Seolah-olahnya mereka gagal mengenal mana satu berlian dan permata, yang mana intan dan yang mana kaca. Mana yang betul dan salah.

Dan, kita seperti tidak berupaya mencari penyelesaiannya. Kenapa jadi begitu, walhal kita telah mengaku beriman kepada Tuhan? Mustahil Tuhan akan meninggalkan orang-orang yang beriman itu teraba-raba dalam mencari jawapan terhadap setiap permasalahannya itu.

Maka, jawapannya ialah - orang yang beriman yang ditimpa permasalahan tadi, masih tidak mencapai darjat ketaqwaan. Dan jika orang yang beriman itu bertaqwa, maka nescaya Tuhan menunaikan janjinya dengan cara memberikannya petunjuk.

Allah s.w.t mengingatkan kita dalam firmanNya, "Hai orang-orang yang beriman! Jauhi banyak berprasangka. Sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa. Dan jangan kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah antara kamu suka memakan bangkai saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang." (Al Hujuraat: 12)

Perbezaan lain antara orang yang beriman dan bertaqwa itu ialah insan yang beriman itu masih lagi tidak membebas diri daripada sikap prasangka, mengumpat dan mencela saudara mereka, mencari-cari keaiban orang lain untuk dihebah.

Maka, orang yang beriman dan telah sempurna jiwanya kerana kerohaniannya melompat ke darjat ketaqwaan itu, akan bersih lidahnya daripada mengumpat dan telinganya dibersihkan daripada mendengar keaiban orang lain.

Ada banyak lagi perbezaan sikap antara orang yang beriman dan bertaqwa ini. Dan, seperti yang termaklum, amalan puasa itulah antara salah satu daripada amalan yang mampu meletakkan kerohanian seseorang ke darjat ketaqwaan jika diamalkan dengan penuh keikhlasan dan kewaspadaan.

Orang yang berpuasa, digalakkan untuk tidak mencampuri urusan mendengar keaiban orang lain, selalu menyibukkan dirinya dengan zikrullah dan wirid.

Jika semua ini tercapai, maka lahirlah sikap suka menegakkan kebenaran, menyatakan yang benar di depan pihak berkuasa, kerap muhasabah tentang bekalan akhirat dan lain-lain ciri ketaqwaan yang lain.

Puasa telah menyebabkan anggota kita letih untuk melakukan maksiat dan amalan kerohanian itulah yang akan menguatkan kembali jiwa dan raga kita untuk meneruskan kehidupan.

Amalan berwirid dan berzikir di bulan Ramadhan akan menyebabkan kita kembali kepada fitrah yang suci dan asal, jika dilakukan dengan sempurna dan ikhlas menuju rahmat Allah

Mudah-mudahan kita memperolehi TAQWA di hujung madrasah Ramadhan nanti!Kun Rabbaniyyun wala takun Ramadhaniyyin..

Wednesday, August 26, 2009

Mesir dan Sungai Nil



Ketika membaca syair Ahmad Syauqi tentang Kibar Hawadis fi wadi Nil (silibus subjek Nusus), seakan teringat kembali akan sejarah sungai Nil yang telah mengalami pelbagai peristiwa penting.

Sekitar 5,000 tahun lampau, tamadun manusia muncul di sepanjang Sungai Nil.Panjangnya menjangkau 6,500km dan sekaligus meletakkan ia sebagai sungai terpanjang di dunia.Tamadunnya berkembang lebih 3,000 tahun lebih lama berbanding tamadun-tamadun lain dalam sejarah dunia.Tidak hairanlah sungai yang menganjur di antara benua Afrika dan Timur Tengah ini menyimpan khazanah sejarah lebih 6,000 tahun.

Sungai Nil telah menyaksikan pelbagai peristiwa demi peristiwa penting.Kita tentu telah arif akan peristiwa nabi Musa a.s dihanyutkan ibunya semasa baginda masih bayi.Kala itu, setiap bayi lelaki yang lahir diperintah bunuh oleh Firaun kerana pada tilikan ahli nujum, akan lahir seorang bayi yang suatu hari akan menjatuhkan Firaun.NAmun Allah Maha Kuasa telah menyelamatkan sang bayi sehinggalah ia bergelar Nabi dan Rasul.

Satu lagi peristiwa penting dalam sejarah Islam yang melibatkan sungai Nil.Kisah ini berlaku pada zaman Khalifah Umar al Khattab r.a
Sejak beribu-ribu tahun dahulu, sungai Nil menjadi sumber rezeki dan nadi pengangkutan Negara Mesir.Tanah deltanya subur untuk bermacam pertanian.Sebelum kedatangan Islam,sungai Nil sering kering apabila tiba bulan Bu’nah (antara Jun-Julai).Bu’nah ialah satu daripada bulan yang digunakan dalam kalendar masyarakat Mesir ketika itu.

Peristiwa sungai Nil menjadi kering menjejaskan kehidupan penduduk.Lalu, mereka mempunyai cara tersendiri untuk mengatasinya iaitu dengan mengorbankan seorang gadis.Gadis tersebut dihias cantik lalu dilontarkan ke sungai Nil.Upacara korban ini mrenjadi acara tahunan.

Amalan karut ini ternyata jelas ditolak Islam.Justeru, sebaik sahaja kedatangan Amru bin al ‘As ke Mesir membawa panji-panji Islam, beliau mengutuskan surat kepada khalifah Umar memaklumkan amalan jahiliah penduduk Mesir.Khalifah Umar segera memerintahkan Amru menulis sepucuk lagi surat.Surat itu ditujukan khas untuk sungai Nil.

“Daripada hamba Allah Umar Amirul Mukminin kepada Nil Penduduk Mesir..seandainya engkau mengalir sebelum ini dengan kehendak dan urusanmu, maka engkau tidak perlu mengalir, kami tidak berhajat kepadamu.Sebaliknya jika engkau mengalir dengan kehendak dan urusan Allah al-Wahidul Qahhar, maka aku memohon ke hadrat Illahi agar mengalirkan mu”

Sesetengah pendapat lain menyebut khalifah Umar membalas surat Amru al 'As dengan mengirim sebingkis surat khusus untuk sungai Nil.Amru diminta melemparkan surat itu ke dalam sungai Nil sebagai ganti kepada gadis korban.Surat tersebut antara lain berbunyi :

“Wahai sungai Nil, kamu ialah makhluk dari makhluk Allah, maka mengalirlah sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu.”

Sebaik Amru melontarkan surat itu ke sungai, dengan izin Allah mengalirlah air di sungai.Dengan karamah Umar al-Khattab r.a, sungai Nil tidak pernah kering hingga ke hari ini.

Penantian Berakhir...


Natijah yang telah siap ditampal

Bismillah walhamdulillah,segala pujian selayaknya untuk Rabbul Jalil atas dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam..

Alhamdulillah, natijah tahun 4 syu'bah lughah arabiah tolie' akhirnya pada 17hb yang lalu..Berakhir sudah penantian yang sungguh mendebarkan..Alfu mabruk buat rakan-rakan yang najah dan tasfiah dan bagi yang tidak berjaya, jangan bersedih kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang berharga kepada kalian..

Hasilnya ana tasfiah 2 subjek,Nahu tahun 3,subjek Doktorah Suhair Khalifah dan Nusus tahun 4, subjek Doktorah Suraya Abdul Mun'im Judah.Dua subjek yang memerlukan penumpuan sepenuhnya.Masa yang berbaki hanya seminggu.

Ya Allah, permudahkan urusanku untuk membantu agamaMu!

Wednesday, August 19, 2009

Selamatkan Anakku...


Alhamdulillah, baru-baru ini, berkesempatan menziarahi teman lama di rumahnya.Dia junior saya dan kami dipertemukan di dalam kepimpinan PMRAM.Apa yang menariknya,sahabat ana sempat mengambil gambar di atas sewaktu kami meninjau kawasan luar tingkap rumah ini.

Rasa kagum dengan kekuasaan Allah, menurut tuan rumah, burung itu sudah lama bertelur di situ dan tidak pernah bertukar tempat.Sewaktu gambar ini diambil, ibu kepada dua biji telur burung ini memerhatikan dari jauh dari arah pohon yang berdekatan.Dia seolah-olah bimbang yang kami akan mengapa-apakan telur tersebut.

Subhanallah!Itulah naluri seorang ibu yang Allah anugerahkan walaupun kepada seekor binatang..tetapi apa yang menyedihkan hati ini apabila membaca berita ini..

KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.

sumber:: http://www.kosmo.com.my

Sedih bukan??Apalah dosa bayi ini sehingga diperlakukan sedemikian rupa??Di manakah hilangnya sifat keperimanusiaan mereka??
Ya Allah kau berilah hidayah kepada mereka dan juga kepada kami ya Allah!!..
Teringat lirik lagu kumpulan Mestica:

WAJAH SUCI

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina
Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu
Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)
Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina

Ulas Buku - Tunggu Teduh Dulu



Alhamdulillah diberi kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang sebuah novel yang sudah ditekuni sekian lama tetapi baru diberi kesempatan untuk dimasukkan pada entri kali ini.
Novel ini hasil karya Faisal Tehrani.Novel yang mampu mengangkat tema kaum hawa sebagai insan yang mampu bersaing dengan kaum adam walaupun kaum hawa lebih dikenali sebagai kaum yang lemah.

Menekuni novel ini, kita dapat menyingkap rahsia batin Salsabila Fahim atau kak Sal dan padunya munajat serta penyerahan kak Sal kepada pencipta.Bagaimana pasrahnya kak Sal dalam menangani dugaan hidup ini dengan pelbagai ujian yang datang silih berganti..

Sedikit sedutan dari novel ini:


"Islam itu atur cara hidup yang kemas dan makmur kehendaknya.Di situlah ia bermula.Tidak di sini juga ia berakhir.Perjalanan hidup kita masih jauh, menempuh alam-alam lain juga.Cerita ini bukan cerita cinta tiga segi.
Ia lebih daripada itu.Saya telah buktikan ia lebih daripada itu.Ia cerita pengorbanan manusia kepada Tuhan, cerita tentang takdir yang sangat manis setelah dikecap.Ini cerita bagaimana saya menunggu teduh dalam ribut.

Ini cerita mengenai hubungan manusia dengan pencipta.Ini adalah cerita bahawa hakikat seluruh alam semesta ini berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya, tidak dapat tidak.Itulah titik hubungan kita di muka bumi ini, titik hubungan kita dengan insan lain dan juga segala tindakan.

Dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan.Kita cuma menunggu berteduh, cukup sahaja bekalan dan tiba masanya, kita juga akan berangkat seperti yang lain…
Hidup di dunia ini ibarat mengayuh perahu ke multaqa, bertemu air dari anaknya ke muara.Kalau molek kayuhnya, bermanfaat hingga ke tengah, kalau tidak imbang haluannya, takut terhumban mudarat ke bawah…

Hidupkan masih panjang.Rahsia Tuhankan masih banyak untuk kita kutip sepanjang jalan.Kalau tauhid kita pegang, dunia kita genggam.
Syahadah yang kita tuturkan bukan sahaja di lidah.Ia mesti dijelmakan dalam diri, jadi budi pekerti dan menguasai sikap dan segala perilaku."

Alfu Mabruk Buat Saff Kepimpinan AJKT&HEWI BKPJM 09/10


Bismillah walhamdulillah.Syukur yang tak terhingga kepada Rabbul Jalil dengan izinNya,Mesyuarat Agung Tahunan BKPJM kali ke 27 ini akhirnya selesai dan berjalan dengan lancar.Tahun ini merupakan tahun yang amat bersejarah sekali selama ana mengikuti MAT BKPJM selama 7 tahun.
YDP dan AJKT bertanding pada tahun ini bukan sahaja menampilkan muka-muka baru malah membuktikan bahawa mahasiswa Johor sudah mula menyedari betapa pentingnya kepimpinan dalam satu-satu organisasi.Sebagai mahasiswa kita seharusnya menyedari bahawa melibatkan diri dalam kepimpinan dan persatuan adalah satu medan latihan sebelum kita terjun ke medan masyarakat yang lebih mencabar.Justeru,kesedaran dan keprihatinan kalian amatlah perlu dalam mencorakkan kepimpinan negara pada masa akan datang.

Sedikit artikel yang dapat ana petik daripada tulisan saudara Mohd Bazli Abd Razak bertajuk "Kepimpinan dalam Organisasi Menurut Kacamata Islam":

Pemimpin yang bersifat adil adalah satu ciri penting yang sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Ianya tidak terbatas kepada jenis kepimpinan kepada sebuah keluarga atau perkumpulan kecil atau sebuah organisasi. Malah apa sahaja yang dipimpin olehnya, keadilan akan sentiasa dipersoalkan.
Artikel ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada dan dimiliki oleh seorang pemimpin kepada sesebuah organisasi menurut pandangan Islam.

Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Sebab itulah pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash yang mulia.

Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.

Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.

Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.

Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.
Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.

Keadilan yang meliputi segenap aspek yang dipimpin. Pemimpin yang adil adalah tunggak yang utama dalam sesebuah organisasi. Ciri kepimpinan yang adil mewarisi sifat-sifat utama pemimpin Islam sebagai termaktub dalam perjuangan para nabi dan rasul. Pemimpin yang adil juga dijamin keselamatannya di bawah naungan ‘Arash Allah swt.

Bersifat rahim. Sabda Rasulullah s.a.w. ; perumpamaan baginda dengan umatnya ialah seperti orang yang menghalau kupu-kupu dan belalang yang berkerumun dekat api. Baginda menarik umatnya dari belakang agar mereka tidak jatuh ke dalam api tetapi mereka selalu terlepas tangan dari baginda. Sabdanya lagi, “Sebaik-baik pemimpin ialah yang kamu mencintai dan Dia mencintaimu, dan kamu mendoakan dan ia mendoakanmu. Dan sejahat-jahat pemimpin ialah yang kamu benci dan membenci kamu…”.

Bijak dalam menangani masalah. Kisah Nabi Yusuf a.s dalam menangani masalah ekonomi meleset akibat musim kemarau yang berpanjangan melalui perancangan dan pentadbiran yang bijak adalah menjadi rujukan penting bagi sifat-sifat pemimpin yang bijak.
Sentiasa menyampaikan pesanan dan perkara-perkara yang hak. Pesanan Rasulullah s.a.w., “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat”.

Kesimpulannya, banyak lagi sifat-sifat yang digariskan dalam Islam bagi ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti memaafkan, bertanggungjawab, petunjuk akhlak yang baik dan sebagainya. Jelas sekali, dari sifat-sifat di atas perlu dijadikan panduan dan rujukan kepada pemimpin-pemimpin organisasi yang mahukan kepimpinannya berakhlak.

Semoga kepimpinan baru yang terlantik dapat melaksanakan tugas dan amanah ini dengan sebaik-baiknya.Tahniah dan takziah..mudah-mudahan kalian thabat dalam membawa teraju BKPJM seiring dengan al quran dan as sunnah.

Monday, August 17, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) BKPJM kali ke 27




KEMPEN Pilihanraya BKPJM

MESYUARAT Agung Tahunan BKPJM akan berlangsung pada hari Selasa, 18 Ogos ini bertempat di Asrama Pelajar Johor, Hayyu Thamin,Madinat Nasr,Kaherah.

Justeru, semua warga Johor dijemput mengundi SEORANG CALON YANG DIPERTUA dan TUJUH ORANG CALON AHLI JAWATANKUASA TADBIR BKPJM

DEMI MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN LEGASI PENTADBIRAN BKPJM DITERUSKAN OLEH GENERASI BKPJM, SAYA MEMOHON AGAR AHLI MEMILIH SAUDARA BASIR BIN MOHAMED UNTUK MENTADBIR BKPJM PADA SESI MENDATANG.

*p/s :Buatlah pemilihan yang TERBAIK, semoga dengan pemilihan anda dapat memastikan survival BKPJM di bumi anbiya' ini dan survival Islam itu sendiri.Takbir!Allahu Akbar!!

Thursday, August 13, 2009

Peranan Ulama' Dalam Perjuangan Kemerdekaan



Kejatuhan Melaka pada 1511 sering dikaitkan dengan bermulanya penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu.
Walaupun hakikatnya, Tanah Melayu pernah dijajah oleh Empayar Chola pada 1025-1044, diikuti pula oleh penjajahan Siam Sukhotai ke atas Langkasuka dan Tambralinga pada 1292 yang membawa kepada kejatuhan seluruh Tanah Melayu termasuk Temasik (Singapura) kepada Siam Ayuthia menjelang 1360.

Bagaimanapun, kemunculan Melaka pada 1450 telah memerdekakan semua negeri Melayu sehinggalah Melaka dijajah oleh Portugis pada 1511.
Kejatuhan Melaka telah memulakan perjuangan menuntut kemerdekaan.Soalnya, siapa sebenarnya yang mempelopori perjuangan menentang penjajah itu?

Sebenarnya ulama’lah yang paling banyak memainkan peranan Tanah Melayu semenjak 1511 disamping pahlawan bangsa-bangsa yang lain.
Ketika tercetusnya perang Melaka-Portugis pada 24 Julai 1511, ulama’ telah memainkan peranan besar dalam membangkitkan semangat jihadkepada tentera Islam unutk mempertahankan kemerdekaan tanahair.

Sulalatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama’ yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana.

Ketika perang tercetus, Sultan Mahmud Shah telah memerintahkan supaya dua buah kitab yang menceritakan tentang perang dan jihad dibacakan kepada tentera Melaka.
Kitab tersebut ialah Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Hanafiah yang mengisahkan perjuangan jihad pahlawan Islam.

Hasil nasihat ulama’, Sultan Mahmud Shah mengharapkan tentera Melaka tidak gentar menghadapi Portugis apabila mendengar Hikayat Amir Hamzah dan anaknya, Rastam yang Berjaya mengalahkan Peringgi (Portugis) di Kota Khurasan.

Hasilnya, tentera Melaka berjaya mengalahkan Portugis pada 25 Julai 1511 sebelum tewas dalamserangan ke2 bermula 10 Ogos 1511.
Selepas kekalahan Melaka pada 24 Ogos 1511, Sultan Mahmud dan Hang Nadim yang membina negeri di Johor telah melancarkan enam serangan ke atas Melaka antara 1512-1524.

Di samping serangan Sultan Mahmud ke atas Melaka, seorang ulama’ dari Jawa, Adipati Yunus yang menjadi Sultan Demak telah membentuk gabungan tentera Islam yang dipanggil Gabungan Armada Islam Demak-Banten-Ceribon pada 1512.

Pada 1513, Adipati Yunus dengan kerjasama Sunan Gunung Jati (Syarif Hidayatullah) salah seorang wali Songo telah mengisytiharkan jihad ke atas Portugis di Melaka.
Adipati Yunus telah menghantar satu pasukan armada laut ke Melaka pada 1513 unutk menghalau Portugis tetapi gagal.

Akibat kekalahan Demak dan pengisytiharan Raja Portugis, Emanuel 1 bahawa penjajahan ke atas Goa dan Melaka adalah unutk menyebarkan Kristian dan merampas kekayaan Timur, telah menarik perhatian kerajaan Uthmaniah Istanbul.

Sultan Salim 1 telah mengumumkan bahawa Istanbul akan menghantar armada lautnya untuk membebaskan Melaka daripada penjajahan Kuffar.
Pengumuman ini adalah lanjutan bantuan meriam bedil yang disalurkan oleh Istanbul ke Melaka melalui Hang Tuah pada 1482 dalam persiapan Melaka menghadapi ancaman musuh termasuk Portugis.

Pada 1521, Adipati Yunus telah mengetuai sendiri satu armada dengan 375 buah kapal perang dari Demak ke Melaka.
Dalam ekspedisi ini, adipati Yunus telah Berjaya mengepung Portugis sehingga musuh terpaksa mengadakan catuan makanan.

Walaubagaimanapun, Adipati Yunus dan dua puteranya syahid setelah Portugis mendapat bantuan Goa’ India.
Fatahillah kemudian mengambil alih tugas panglima perang ini, kerana jihad inilah Adipati Yunus dikenal sebagai Pangeran Sabrang Lor iaitu putera yang menyenberang Laut Jawa ke Melaka.
Selepas syahidnya Adipati Yunus di Melaka pada 1521, Acheh yang mula terkenal sebagai pusat keilmuan Islam telah melancarkan dua serangan ke atas Portugis pada 1537 dan 1547.

p/s:Mudahan-mudahan Hari Kemerdekaan yang jatuh dalam bulan Ramadhan yang mulia ini disambut dengan penuh keinsafan dan kesedaran di samping mengenang jasa pejuang terdahulu yang mengorbankan nyawa mereka untuk membebaskan tanahair tercinta ini daripada cengkaman penjajah...

Marhaban Ya Ramadhan!



Artikel ini ringkasan dari kitab Sifat Saum Nabi fi Ramadhan
Karya Syaikh Ali Hasan dan Syaikh Salim Alhilai

1. Keutamaan Puasa

Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mu’min, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyu`, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (Al Ahzab : 35)

a. Puasa adalah perisai
Puasa adalah perisai, dengannya seorang hamba terjaga dari api neraka (hadits shahih riwayat Ahmad)

b. Puasa memasukkan ke syurga
Dari Abu Umamah, ia berkata, aku bertanya Wahai Rasulullah tunjukkan kepadaku suatu amal yang memasukkanku ke syurga, Nabi bersabda : Hendaknya engkau berpuasa, tiada yang menyamainya. (Hadits riwayat Nasai, ibnu Hibban, dan Hakim dan sanadnya shahih)

c. Orang yang berpuasa mendapatkan pahala tanpa hisab
d. Bagi orang yan berpuasa ada dua kegembiraan
e. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi

Dalil-dalil (c) , (d), (e) :

Dari Abu Hurairah ia berkata : Rasulullah bersabda : Setiap amal manusia terdapat pahala yang terbatas kecuali puasa, sesungguhnya puasa adalah untuk-Ku dan Aku (Allah) yang membalasnya, dan puasa adalah perisai. Dan pada hari puasa janganlah kalian mengatakan atau melakukan perbuatan keji dan janganlah membuat gaduh, jika salah seorang kalian mencelanya atau membunuhnya maka hendaklah mengatakan : Sesungguhnya aku sedang berpuasa , demi Dzat yang jiwa Muhammad berada ditangannya benar-benar bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi, bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan yang ia gembira dengan keduanya : jika berbuka ia gembira, dan jika bertemu Allah dengan puasanya ia gembira. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan dalam riwayat Bukhari :
Ia tinggalkan makanan dan minumannya serta syahwatnya lantaran-Ku, puasa adalah untukku, dan Aku yang akan membalasnya, dan kebaikan itu adalah sepuluh kali lipat semisalnya”.

Dan dalam riwayat Muslim :
Setiap amal manusia dilipatgandakan kebaikannya sepuluh kali lipat semisalnya hingga tujuh ratus kali lipat, Allah berfirman : kecuali puasa sesungguhnya puasa aku yang membalasnya, ia tinggalkan syahwat dan makanannya hanyalah lantaran AKU. Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Rabbnya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi.

f. Puasa dan Al Qur’an akan memberi syafaat orang yang mengamalkannya
Rasulullah bersabda :
Puasa dan Al Qur’an akan memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat, berkata puasa : Ya Allah, Engkau telah mencegah orang yang berpuasa dari makanan dan syahwat, maka berikanlah syafaatku padanya, dan berkata Al Qur’an : (Ya Allah) Engkau mencegahnya dari tidur pada malam hari, maka berikanlah syafaatku padanya, Allah berfirman :Keduanya akan diberi syafaat.(Hadits riwayat Ahmad dan Hakim).

g. Puasa adalah kaffaarah (penghapus dosa)
Dari Hudzaifah bin Yaman ia berkata, Rasulullah bersabda :Fitnah laki-laki pada keluarganya, hartanya, anaknya, tetangganya, dihapuskan oleh shalat, puasa dan sedekah. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

h. Pintu syurga yang bernama Ar Rayyan bagi orang yang berpuasa
Dari Sahl dari Nabi bersabda :Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang bernama Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa akan masuk melaluinya pada hariu kiamat, dan selain mereka tidak akan masuk melaluinya.
Dikatakan : Dimanakah orang-orang yang berpuasa? Maka mereka pun berdiri.
Dan selain mereka tidak akan memasukinya .
Maka jika orang-orang yang berpuasa sudah memasukinya ditutuplah pintu itu dan tidak seorangpun akan memasukinya, Dan barangsiapa yang telah masuk ia pasti minum dan barangsiapa yang minum ia tidak akan kehausan selamanya. (Hadist riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Keutamaan bulan Ramadhan

a. Bulan Al Qur’an
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al Qur’an, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (Al Baqarah : 185)

b. Dibelenggunya Syaitan
Jika telah tiba bulan Ramadhan, dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibelenggulah syaitan-syaitan. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

c. Lailatul Qadr
Terdapat padanya malam yang lebih baik daripada seribu bulan

3. Wajibnya puasa Ramadhan

a. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan maka itulah yang lebih baik darinya.

Dari keutamaan-keutamaan bulan Ramadhan diatas, Allah mewajibkan puasa Ramadhan atas kaum muslimin, dan oleh kerana memutuskan jiwa dari syahwatnya dan menutup jiwa dari keinginan-keinginan syahwat adalah perkara yang paling berat, maka diakhirkanlah wajibnya puasa Ramadhan hingga sampai tahun kedua hijriyah.

Dan tatkala hati-hati telah tertanam tauhid dan mengagungkan syiar-syiar Allah, maka dipindahkanlah hati dengan cara bertahap.Maka dimulai dengan kebebasan memilih disertai anjuran untuk melaksakan puasa, karena dahulu puasa terasa berat oleh para sahabat,dahulu barangsiapa berkeinginan tidak berpuasa dan membayar fidyah maka ia melakukan hal itu, Allah berfirman :
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Al Baqarah : 184)

Allahumma ballighna Ramadhan!Marhaban Ya Ramadhan!

Monday, August 03, 2009

Kelebihan Syaaban


SAIDATINA Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.

Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.

Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada

segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.

Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih

mengetahui."

Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.

Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.

"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.

Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.

Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Monday, July 27, 2009

HAYAT '09

Bismillah walhamdulillah..Insya Allah,Hal Ehwal Wanita Islam(HEWI) PMRAM akan menganjurkan satu program mega, HAYAT'09 (Ihtifal Yaumul Fatayat al Mansyudat) yang akan bermula pada 28,29 dan 30hb Julai.Program ini akan berlangsung di Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabi' dan juga Nadi Syabab, Hayyu 'Asyir.Di samping itu juga turut diadakan Bazaria HAYAT yang akan menyediakan pelbagai menu yang menarik.Jangan lepaskan peluang ini, di samping kita bertalaqi dengan palbagai pengisian menarik dan bermanfaat, HAYAT '09 turut memberikan seribu kenangan berukhuwwah di antara kita.

Marilah bersama-sama memeriahkan HAYAT '09!Semoga bertemu di HAYAT '09!

p/s :Jemputlah beramai-ramai menjamu selera di NISA' CORNER yang akan menyediakan pelbagai menu menarik antaranya Meehun Sup,Nasi Ikan Keli Asam Pedas, Nasi Ikan Keli Berlada, Rojak Buah NISA',Puding Berkuah dan Tepung Pelita..Insya Allah anda pasti berpuas hati!Bersama menjana ekonomi Islam!

Sunday, July 26, 2009

Cerita Tentang Kita


Firman Allah Ta'ala:

"Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, niscaya mereka gembira dengan (rahmat) itu.Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa" (ar Rum:36)

Kita adalah keajaiban alam yang terbesar.Kita telah diberi mata untuk melihat dan akal untuk berfikir dan kita semakin mengerti bahawa semua masalah, kekecewaan, kesakitan jiwa dan seumpama dengannya adalah peluang besar yang datang dalam rupa yang berbeza, bahkan semua itu adalah hanya sedikit ujian yang ditimpakan berbanding manusia-manusia lain.

Kita dikandung di dalam kolam cinta dan dilahirkan untuk matlamat yang istimewa akan tetapi kita sering melupakan hal itu sebelum ini...
Tetapi mulai saat dan ketika ini kita akan membimbing hidup ke arah menyempurnakan sebuah aspirasi...

Hidup ini kalau tidak pernah merasai pahitnya sebuah kekecewaan, kita tidak akan merasai betapa manisnya sebuah kebahagiaan.Hidup memang begitu, kita perlu melalui waktu sukar, barulah akan timbul kekuatan dalam diri..

Oleh itu, kita hidup untuk melihat dan menilai.Biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik itu menjadi teladan.Tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang...

Kita akan menghayati hari ini seolah-olah ini adalah hari yang terakhir.Kita tidak perlu lagi memikirkan lagi bagaimana untuk melupakan perkara silam.Walaupun semalam terlalu banyak kisah sedih namun kesedihan orang lain lebih teruk berbanding kita..

Oleh itu, abaikanlah sengsara lama.Esok telah terkubur bersama semalam.Hari ini kita tidak akan memikirkannya lagi.Kita mempunyai satu nyawa dan nyawa itu tidak lain hanyalah ukuran waktu.Jika kita mensia-siakan nyawa hari ini sama seperti merosakkan nyawa terakhir.Maka, setiap jam yang berlalu di hari ini akan kita hargai kerana ia sama sekali tidak akan kembali lagi...

Isra' wa al Mi'raj

Bismillah walhamdulillah, segala pujian selayaknya buat Rabbul Izzati yang memberikan ruang kelapangan di celah kesempitan..Selamat menyambut bulan Syaaban buat semua sahabat walau di mana kalian berada..Bulan Rejab telahpun meninggalkan kita dengan meninggalkan suatu peristiwa penting yang harus diingat sampai bila-bilapun iaitu peristiwa isra' wa al mi'raj.

Firman Allah Taala:
"Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya senahagian tanda-tanda (kebesaran) kami.Sesungguhnya Dia maha Mendengar,Maha Melihat." (al Isra' : 1)

Marilah sama-sama kita hayati peristiwa Isra' wa al Mi'raj ini dengan mengambil beberapa intipati yang terkandung di dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr Fathi Hijazi, Pensyarah Fakulti Bahasa Arab, Universiti al Azhar dan juga sedikit petikan daripada artikel yang ditulis oleh Syeikh Fikri Hasan Ismail dalam majalah al Mujahid (Bil 251).

Peristiwa Isra' wa alMi'raj ini berlaku pada tahun ke 10 baginda diutuskan sebagai rasul.Tahun ini dinamakan 'Am al Huzni' (Tahun Dukacita) kerana Rasulullah SAW telah kehilangan dua orang yang disayangi yang telah menjadi tulang belakang kepada perjuangan ar Rasul selama ini iaitu pemergian isteri tercinta, Sadatina Khadijah al Khuwailid dan pakcik baginda Abu Talib.

Allah telah menerangkan di dalam surah al Isra' mengenai bagaimanakah bermulanya mukjizat ini sehinggalah ke akhirnya, kedudukan masjid al Aqsa dan kenapa Allah melakukan isra' ini pada waktu malam hari?

Padanya terdapat hikmah yang tersirat:

1.Menambahkan lagi keimanan bagi orang yang beriman dengan perkara ghaib dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak mahu beriman dengan allah.

2.Ia merupakan waktu khalwat dan 'privacy' Rasulullah SAW.

3.Membuktikan ketegasan baginda dalam menyampaikan al haq walau apa yang baginda sampaikan dicemuh oleh kafir musyrikin Mekah.

4.Allah telah memuliakan para nabi dan rasul pada waktu malam dengan pelbagai karamah dan kemuliaan contohnya pada apa yang berlaku kepada:
-Nabi Ibrahim alaihissalam :"Ketika malam telah menjadi gelap, dia (Ibrahim) melihat sebuah bintang." (al An'am :75)

-Nabi Luth alaihissalam :"Pergilah bersama keluargamu pada akhir malam" (Hud :81)

-Nabi Yaaqub alaihissalam, doanya di akhir waktu sahur malam Jumaat : "Dia (Yaaqub) berkata:"aku akan memohon ampunan bagimu kepada Tuhanku".

Sebahagian ulama' menyatakan waktu malam merupakan waktu untuk bersungguh-sungguh melakukan ibadah dan kerana itulah Rasulullah SAW memperbanyakkan qiamullail sehingga bengkak kaki baginda yang mulia malah Rasulullah SAW juga telah mewajibkan qiamullail ke atas diri baginda.Maka Allah telah memuliakan baginda dengan memberikan mukjizat Isra' wa al Mi'raj ini di waktu malam hari..

Kenapa Masjid al Aqsa?kerana disitulah tempatnya berkumpul seluruh para nabi dan rasul.Rasulullah SAW telah mengimami solat dua rakaat bersama-sama dengan seluruh para nabi dan rasul dan ini telah membuktikan bahawa Islam adalah kalimah terakhir yang disempurnakan oleh Rasulullah SAW.
Al Quran juga telah menerangkan kelebihan masjid al Aqsa in pada firman Allah "yang telah kami berkati sekelilingnya".Keberkatan ini membawa makna tersurat dan tersirat.

Ia merupakan tempat solatnya seluruh para nabi dan rasul sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad mafhumnya "Solat di Masjid al Aqsa adalah menyerupai 500 kali solat"dan pada riwayat yang lain menyatakan 1000 kali solat.

Konklusinya, umat Islam seharusnya bersatu untuk mengembalikan semula masjid al Aqsa kerana ia menyeru seluruh umat Islam bertindak dengan perkataan dan perbuatan memandangkan musuh-musuh Allah tidak mengetahui tempat ibadah yang suci bagi umat Islam.

Penghayatan tentang Isra' wa al Mi'raj ini seharusnya diterjemahkan ke dalam amal jamaie dan sewajarnyalah seluruh dunia Islam memberikan respon dan bertindak untuk mengembalikan semula masjid al Aqsa darri tangan musuh-musuh Allah...