Friday, June 10, 2011

Para Dai'e Yang Berada Di Pinggir Dakwah



Ramai di kalangan para da’ie masa kini yang belum benar-benar memahami tentang selok-belok dan tujuan yang harus mereka ikuti; memahami berapa jauhkah jarak yang akan mereka tempuh. Mereka belum insaf bahawa da’wah adalah pengorbanan. Mereka belum mengerti tentang apa yang harus mereka korbankan dalam melaksanakan tugasnya itu, baik yang berupa harta dan jiwa raganya. Hal ini menyebabkan para da’iee sering menjadi contoh yang tidak baik terhadap ajaran Islam yang mereka sampaikan kepada masyarakat.

Mereka menjadi contoh yang tidak mulia terhadap perbuatan baik yang mereka kemukakan dalam Amar-ma’rufnya. Dengan demikian mereka menjadi beban yang berat bagi da’wah. Mereka menjadi batu penghalang yang memperlambatkan kelancaran da’wah.

Di antara mereka ada yang menyangka bahawa perintah-perintah Islam itu gugur dari pundak mereka kalau mereka sudah menulis buku tentang Islam, atau menulis artikel yang dimuatkan dalam surat khabar atau majalah, atau menyampaikan khutbah yang jitu di masjid, atau mengisi pengajian tetap Ada pula yang menyangka bahawa puncak kemuliaan dan kedudukan yang dicita-citakan ialah terdaftar namanya sebagai pengurus yang aktif dalam sesuatu jama’ah Islam dan nampak kegiatannya menghadiri program-program yang bertujuan memajukan jama’ah itu....!

Kita tidak ragu lagi bahawa mereka ini dan mereka itu adalah para petugas yang baru tegak di pinggir da’wah, di tepi ‘amal keislaman. Mereka belum turut terjun ke bidang da’wah. Mereka malahan belum turut masuk ke RUANG LINGKUP agama Islam yang sebenamya, malah masih belum turut menghirup udaranya yang segar…!

Pengertian yang benar tentang tugas ber’amal dalam Islam, seharusnya mendarah daging dalam fikiran mereka yang bertugas di lapangan itu. Mereka sedang mengajak masyarakat dan memberi contoh untuk mengerjakan sesuatu yang bernama “PENGORBANAN”. Pengorbanan dalam ertinya yang luas, melewati batas-batas jenisnya dan sifatnya. Pengorbanan mencakupi segala peredaran dalam roda Islam, walau bagaimanapun hangatnya keadaan dan suasana alam sekitar, dan bagaimanapun beratnya tugas yang harus dilaksanakan!

قدرشحوك لامرلوفطنت له، فاربابنفسك ان ترعىمع الهمل.
Sesungguhnya anda sudah dicalonkan unuk tugas itu....
Jika anda telah mengerti hal itu....,
Maka anda perlu mempersiapkan diri....,
Agar jangan sampai tejadi...,
Anda dikenang orang di samping kegagalan

‘Amal dalam Islam merupakan usaha, yang bertujuan merombak masyarakat Jahiliyyah dalam segala seginya; kemudian membangun masyarakat Islam dalam segala aspek kehidupan! Jadi, mencabut kebudayaan Jahiliyyah sampai ke akar-akarnya, baik Jahiliyyah cara berfikir, atau Jahiliyyah susunan masyarakat, atau Jahiliyyah budi pekerti! Hal itu bererti, bahawa para da’iee harus berhadapan dengan mereka yang menyiarkan dan mempertahankan kebudayaan, cara berfikir, budi pekerti, dan segala Ajaran Jahiliyyah itu! Tujuan terakhir dari da’wah ialah menegakkan agama Allah di bumi ini, dan
meruntuhkan kekuasaan Thaghut....

Jalan yang begini sukar menempuhnya, dan tujuan yang begitu agung, di samping tugas yang begitu berat, tentu saja sukar untuk dipikul oleh petugas yang lemah imannya. Yang sanggup mengerjakan tugas itu hanyalah para penda’wah yang telah mewaqafkan hidupnya untuk berjuang menegakkan agama Allah...., mereka yang sudah tidak ada yang lebih dicintainya selain Allah dan Rasul-Nya. Mereka bersedia melepaskan dirinya dari kesenangan hidup dunia dan segala keinginannya.

Mereka tidak mahu mengarahkan kegiatannya untuk meni’mati godaan dunia ini, dengan segala ragamnya....!
( وََأمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ اْلهَوَى ( 40 ) َفإِنَّ الْجَنََّة هِيَ اْلمَْأوَى ( 41
“Dan adapun arang yang takut memikirkan kedudukannya di sisi Tuhan-Nya, dan ia melarang dirinya dari memperturutkan kemauannya, maka syurga itulah kelak yang akan menjadi tempat menetap……
(Surah Al-Nazi’at: Ayat 40-41)

Ber’amal untuk Islam belumlah dapat dijangkau oleh para penda’wah yang berda’wah hanya dengan lisan saja, hanya berbicara meyampaikan ajaranajaran Islam kepada masyarakat! Kata-kata yang diucapkannya itu harus disertainya dengan niat yang ikhlas, hidup untuk Islam, mati kerana Islam... tidak pernah lengah kerana berdagang dan berjual-beli. Ia tidak pernah lupa untuk mengingati Allah, dan berjuang untuk menegakkan agama Allah....!

إِنَّ الّلهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ َأنفُسَهُمْ وََأمْوَاَلهُم بَِأنَّ َلهُمُ ا َ لجنََّة يَُقاتُِلو َ ن فِي سَبِيلِ الّلهِ
َفيَ ْ قتُُلو َ ن وَيُ ْ قتَُلو َ ن وَعْدًا عََليْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالُْقرْآنِ وَمَنْ َأوَْفى بِعَهْدِهِ مِنَ
الّلهِ َفاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وََذلِكَ هُوَ اْلَفوْزُ الْعَظِيمُ
“Mereka bejuang untuk menegakkan agama Allah; akhimya mereka membunuh musuh kemudian terbunuh itulah janji Tuhan yang benar, yang telah termaktub dalam Taurat, Injil dan Qur-an. Dan tidak ada siapa pun yang lebih sempurna menepati janjinya dari Allah. Oleh sebab itu bergembiralah kamu dengan perdaganganmu yang telah kamu iqrarkan. Dan itulah dia, kemenangan yang besar.”
(Surah Al-Taubah: Ayat 111)

Para penda’wah perlu mengingati bahawa memang sebenarnya jalan ke syurga itu sulit dan sempit. Barang dagangan Allah itu hanya dapat dijangkau oleh mereka yang mahu membayar harganya dan mencukupi perhitungannya! Sungguh tepat penjelasan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam, pada waktu baginda bersabda:

من خاف ادلج ومن ادلج بلغ المنزل. الا اسلعة الله غالية ألا ان سلعة
الله الجنة (رواه الترمذي ولحاآم)
“Barangsiapa yang takut kepada Allah, tentu ia tidak akan maju-mundur. Barangsiapa yang tidak maju-mundur tentu akan sampai ke tempat tujuan. Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu mahal, Ketahuilah, bahawa barang dagangan Allah itu ialah syurga”
(Hadith Riwayat: Tirmidzi dan Al-Hakim).

Syadad Ibnu’l-Hadi pernah berkata: “Dahulu ada seorang laki-laki Badui datang menghadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu menyatakan Bagaimana Kita Menyeru Kepada Islam bahawa dia beriman dan mengikuti Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Kemudian ia berkata:

اهاجرمعك
“Saya ingin hijrah bersama-sama dengan Rasulullah”

Maka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam menasihatkan kepada beberapa orang sahabat, supaya memelihara orang itu. Kemudian tibalah sa’atnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam berangkat ke Perang Khaibar. Di sana beliau berhasil menang dan memperoleh banyak harta rampasan perang.

Beliau lalu membagi harta itu. Beliau sendiri, dan orang Badui itu sama turut dapat bahagian. Lalu orang Badui itu berkata:
ماعلى هذا اتبعتك ولكن اتبعتك ان ارمى هاهنا (اوأشارالى خلقه بسهم)
فاموت فادخل الجنة
“Bukanlah untuk memperoleh harta ini aku mengikuti Rasulullah! Aku mengikuti
Rasulullah kerana ingin kena lempar di sini dengan ini (sambil menunjuk ke lehemya dan ke anak panah) , agar supaya aku mati dan lalu masuk syurga.”

Mendengar kata-katanya itu, RasuluLlah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:

ان تصدق الله ليصد قنك الله
“Jika anda berkata benar, kerana Allah, tentu Allah akan membenarkan kata-katamu itu.”

Kemudian mereka tegak kembali, untuk melanjutkan pertempuran.

Akhirnya orang itu dibawa ke hadapan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam dalam keadaan ia sudah syahid. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam lalu bertanya:

أهوهم؟
“Benarkah dia..?
Para sahabat menjawab:
نعم
“Ya benar!”

Akhirnya Rasulullah bersabda:
صدق الله فصد قه.
“Dia benar-benar berjuang kerana Allah, maka Allah membenarkan kata-kata yang telah
diucapkannya”

Wahai para da’ie! Inilah dia jalan ke syurga! Perjuangan yang terusmenerus, pekerjaan yang tak kunjung selesai! Semuanya disertai keinginan untuk termasuk golongan syuhada’!

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا َلنَهْدِيَنَّهُمْ سُبَُلنَا وَإِنَّ اللَّهَ َلمَعَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan mereka yang bejuang untuk menegakkan agama Kami, tentu akan Kami tunjuki ke jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang-orang yang berbuat baik.”
(Surah Al-’Ankabut: Ayat 69)

Wednesday, June 08, 2011

Keistimewaan Al Quran


Terdapat begitu banyak keistimewaan al Quran di antaranya :

Menceritakan Perkara Ghaib

Al Quran mengandungi beberapa cerita tentang perkara ghaib (ghaibiyyat) iaitu suatu cerita tentang peristiwa yang belum dan akan terjadi (pada saat ayat tersebut diturunkan).Ayat-ayat yang menceritakan perkara ghaib di antaranya ialah:

1)Fathu Mekah

Eirman Allah Taala:

Maksudnya:".Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu)".(al Fath :27)

Diceritakan bahawa sebelum Perjanjian Hudaibiyyah, Nabi SAW bermimpi memasuki Kota Mekah dan Masjidil Haram bersama para sahabat.Berita tersebut tersebar di kalangan umat Islam, munafik, Yahudi dan Nasrani.

Setelah Perjanjian Hudaibiyyah, umat Islam ketika itu tidak dapat memasuki Kota Mekah.Orang-orang munafik mempermainkan Nabi dengan mengatakan bahawa mimpi baginda adalah palsu.Peristiwa tersebut menjadi asbab al nuzul ayat di atas.Dinyatakan bahawa mimpi baginda akan menjadi kenyataan pada tahun berikutnya.Umat Islam telah memasuki Mekah dan Masjidil Haram sebelum berlakunya Perang Khaibar.

2)Kemenangan Rum

Firman Allah Taala:

Maksudnya:" Di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya " (ar Rum:3)

Ayat ini memberitahu bahawa setelah kekalahan Rum di tangan parsi sekitar tahun 1614-1615M, Rum akan menang kembali.Khabar tentang perkara ghaib ini telah menjdi kenyataan selepas kira-kira tujuh tahun ayat ini diturunkan.Berita kemenangan Rum amat bermakna bagi umat islam kerana Rum beragama Nasrani dan mempunyai kitab suci.Sebaliknya kemenangan Parsi yang beragama Majusi dn menyembah api merupakan dukacita bagi umat Islam dan kegembiraan bagi musyrikin Mekah.

*Ini adalah sebahagian assingment Pengajian Agama Islam ana...

Semoga Amalmu Bertambah...





Alhamdulillah kesyukuran terhadap Illahi kerana memberikan nikmat usia dan pada 7hb Jun yang lalu genaplah sudah usiaku 33 tahun...Diri bermonolog..."Semoga amalmu juga bertambah seiring dengan usiamu...amin..."

Syukran buat suami atas ingatan..."Selamat hari lahir, semoga menjadi isteri solehah, dikurniakan zuriat yang ramai, soleh dan solehah dan bahagia dunia dan akhirat.."amin...

Ya Allah..dosaku menggunung tinggi tapi rahmatmu melangit luas...harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmatmu di bumi..."

Sunday, June 05, 2011

Kurafa'kan Syukur...


Alhamdulillah segala pujian dan sanjungan untuk Rabbul 'Izzati di atas limpahan rahmat dan nikmat yang tidak terhingga...Alhamdulillah pada 29hb Mei yang lalu rasmilah sudah menjadi pelajar kepada Institut perguruan Temenggung Ibrahim.KPLI-KDC JAJ ini akan berlangsung selama setahun setengah dan pastinya pelbagai cabaran bakal dihadapi.

Cabaran pertama ialah apabila diletakkan ke kelas minor pengajian bahasa Melayu.Pada awalnya cuba untuk sesuaikan diri dengan perkara-perkara baru tetapi terasa diri tidak mampu.Mujurlah dengan budi bicara Tuan Haji Mad Zain Badui, ana dan sahabat ana kak N dapat juga bertukar ke kelas yang mana minornya Bahasa Arab..Bersyukur sangat-sangat sabab pada awalnya tiada yang sanggup tukar suka sama suka.

Cabaran kedua yang bakal dihadapi ialah badan beruniform yang mana ana diletakkan dalam Badan Beruniform Pengakap.Tak tergambar rasanya, bolehkah diri ini menghadapinya?maklumla masa sekolah dulu pun terlibat dengan Pergerakan Puteri Islam.

Ya Allah, ku memohon kepadaMu agar mudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku yang lain...bantulah kami ya Allah...amin...

Thursday, May 12, 2011

Monolog Hati...


Akulah petualang pencari kebenaran.

Akulah manusia yang mencari makna dan hakikat kemanusiaannya di tengah manusia.

Akulah patriot yang berjuang menegakkan kehormatan, kebebasan, ketenangan, dan kehidupan yang baik bagi tanah air di bawah naungan Islam yang hanif.

Akulah lelaki bebas yang telah mengetahui rahasia wujud-Nya, maka aku pun berseru : Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan semesta alam yang tiada sekutu bagi-Nya. Kepada yang demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.

Inilah aku. Dan kamu sendiri siapa?

(As-Syahid Imam Hassan Al-Banna)

*Ya Allah, berilah daku kekuatan...

Monday, May 09, 2011

Menata Hati..


Bismillah walhamdulillah..Kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi di atas nikmatnya yang tidak terhitung..dengan izinNya juga memungkinkan diri ini meraih peluang untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu yang tiada noktahnya..

Alhamdulillah, terpilih untuk meneruskan pengajian diploma pendidikan(KPLI-KDC) selama setahun setengah di Kampus Temenggong Ibrahim (bulatan merah) yang terletak di Jalan Datin Halimah,80350 Johor Bahru.

InsyaAllah interaksi akan bermula pada 30hb Mei ini dan untuk tahun ini adalah pada Mei/Jun dan Nov/Dis..InsyaAllah biiznillah akan tamat pada25hb Dis 2012.

'Ala kulli hal, terima kasih atas doa semua terutama buat suami tersayang yang begitu memahami dan memberikan sokongan.Begitu juga dengan keuarga di Mersing dan Kuala Nerang..Doakan (acik / kak ngah) berjaya dengan keputusan yang cemerlang.Amin...

PERJUANGAN TAK BERPENGHUJUNG

perjuangan ini bermula lagi
dari celik kelopak mata
hingga tenggelam sang suria
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
selagi manusia ada nafsu, ada akal
selagi mereka ada matlamat
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
dari kesilapan yang lalu
dari kejayaan semalam
demi gemilangan masa hadapan
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan ini bermula lagi
sejak lahirnya insan ke bumi
hingga kembali ke liang lahad
perjuangan ini
perjuangan tak berpenghujung
perjuangan tak berpenghujung ini
tiadalah hala tujunya
bagi mereka yang menutup matahati
dari cahaya kebenaran
perjuangan tak berpenghujung ini
tetap ada penyudahnya
bagi mereka yang berpegang teguh
pada tali kukuh yang tidak akan reput
Tali Addin..

Selamat Hari Ibu...


Dedikasi buat bonda dan bonda mertua...

"Kasih sayangmu buat kami bererti, cinta kasihmu buat kami peduli,perjuanganmu buat kami mandiri dan ketulusanmu buat kami mengerti..."

Selamat hari ibu dari kami, anakandamu..khaujah dan azhar.

*Doakan anakanda berjaya menghabiskan diploma pendidikan (KPLI-KDC) selama setahun setengah ini.Moga urusan anakanda dipermudahkan oleh Allah SWT...

Wednesday, April 27, 2011

Sanah Helwah Ya Zauji...


Selamat hari lahir buat suami tersayang...Semoga amalmu bertambah seiring dengan usiamu..Semoga rahmat Allah sentiasa mengringi setiap langkahmu sayangku...


Lot's of luv:
.:ayang:.

TAMRIN NUQABA' SIRI 1


Alhamdulillah wa syukru lillah...Akhirnya berpeluang juga untuk update entri kali ini..Tanggungjawab yang dipikul nampaknya semakin bertambah apabila diberi amanah untuk menerajui unit Pembangunan Sahsiah Pelajar sekolah.

Bak kata pepatah, 'Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'..Namun bila teringat kembali pentarbiyahan yang pernah diterima sewaktu di Mesir dulu, diri kembali bersemangat..anggap cabaran sebagai peluang...

Hasilnya inilah tugasan pertama yang dapat dilaksanakan...


TAMRIN NUQABA’ SIRI 1

TEMA: NUQABA’ CEMERLANG USRAH GEMILANG

TEMPAT :SUARA'S CHALET

JUMAAT:22 APRIL 2011

2.30 - 3.30pm :Pendaftaran

3.00 - 4.30 :Slot 1 - Ke Arah Pembentukan Nuqaba’ Yang Berjaya

4.30 - 5.00 :Solat Asar

5.00 - 6.00 :LDK 1

6.00 - 7.00 :Riadhah dan kendiri

Makan malam

7.00 - 8.30 :Solat Maghrib

Tazkirah

8.30 - 9.00 :Solat Isya’

9.00 - 10.30 :Slot 2 - Kefahaman Antara Amal Jamaie dan Amal Ijtimaie

10.30 - 11.30 :LDK 2

11.30 - 4.30am Lena Pejuang

SABTU :23 APRIL 2011

4.30 - 5.30am :Qiamullail

5.30 - 6.00 :Solat Subuh

6.00 - 7.00 :Tazkirah

7.00 - 8.00 :Riadhah, kendiri dan sarapan

8.00 - 9.30 :Slot 3 - NAQIB :Tugas dan Tanggungjawab

9.30 - 10.30 :LDK 3

10.30 - 12.00 :Slot 4 - Pembinaan Generasi Dakwah

12.00 - 1.00 :LDK 4

1.00 - 2.00 :Solat zuhur dan makan

2.00 - 3.30 :Slot 5 - Persediaan Para Dai’e

3.30 - 4.30pm :Presentation,penutup dan solat Asar

Alhamdulillah, semua berjalan lancar.Mudah-mudahan Tamrin ini dapat dilaksankan lagi pada masa akan datang..Amin...

Saturday, March 05, 2011

Sambutan Ulangtahun SMAAM ke 60


Bismillah walhamdulillah 1hb Februari yang lalu genaplah sudah umur SMAAM yang ke 60..Hingga ke hari ini SMAAM sudah berjaya melahirkan individu yang berjaya di dalam semua bidang.Kalau tidak kerana jasa generasi yang terdahulu sudah pastinya SMAAM tidak akan berdiri semegah hari ini setelah melalui pelbagai rintangan dan onak duri yang sentiasa menghalangi kembara dakwah yang tidak menjanjikan habuan duniawi...

Semoga SMAAM terus gagah berdiri teguh demi melahirkan modal insan yang diharapkan di tengah-tengah kebobrokan ummah yang semakin hari semakin jahil akan agama..hilang jati diri..

Moga Allah mencucuri rahmatNya di atas pengorbanan generasi terdahulu dalam membawa nur Islam di daerah Mersing ini dan usaha ini akan diteruskan oleh generasi mutakhir yang nantinya akan mewarnai daerah tercinta ini dengan warna-warna Islam dan menjulang panji-panji Islam..Insya Allah!


Sambutan Maulidur Rasul 1432H


Alhamdulillah...kesyukuran yang tidak terhingga dirafa'kan ke hadrat Illahi atas nikmat iman dan Islam yang memungkinkan kita meneruskan kehidupan sebagai khalifatulllah..

Alhamdulillah tahun ini SMAAM berpeluang mengadakan sambutan Maulidur Rasul besar-besaran melibatkan penduduk kampung, KEMAS, Sek Ren Agama dan PASTI...Sambutan ini akan dimulakan dengan perarakan bersama sepanduk firqah masing-masing, persembahan nasyid dan marhaban oleh Shoutul Syabab dan ceramah oleh Komander Maritim Hj Nik Kamaruddin B hj Yunoh..

Mudah-mudahan majlis akan berjalan lancar dan mendpat pimpinan dari Illahi..Insya Allah..

Thursday, March 03, 2011

Kewajipan Al akh Muslim


Dalam hubungan kewajipan-kewajipan al-akh muslim yang menggabungkan diri ke dalan gerakan Islam,Ustaz Hasan Al-Banna telah menentukan dalam Risalah Ta’alim lebih dari tiga puluh kewajipan. Melalui kewajipan-kewajipan ini,Ustaz Hasan Al-Banna telah merumuskan kewajipan al-akh terhadap dirinya, rumahtangga dan masyarakatnya.Ustaz Hasan Al-Banna telah mengatakan : “Saudara yang jujur, keimananmu terhadap bai’ah ini mewajibkan saudara menunaikan kewajipan-kewajipan berikut, sehingga dengan kewajipan-kewajipan ini saudara telah menjadi seketul bata yang kuat dalam proses pembinaan ini ;

  • Hendaklah saudara mempunyai wirid tertentu dari Al-Quran tidak kurang dari satu juzuk tiap-tiap hari. Hendaklah saudara mengkhatamkan Al- Quran tidak lebih dari masa sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.

  • Hendaklah saudara mengelokkan bacaan Al-Quran, mendengar Al-Quran dan mengambil pengajaran dari Al-Quran. Hendaklah saudara mengkaji sejarah Rasulullah saw dan sejarah orang-orang Islam yang terdahulu sekadar keluangan waktu saudara. Paling kurang hendaklah saudara membaca buku “Humatul Islam”. Hendaklah saudara banyak membaca hadis Rasulullah saw dan menghafaz sekurang-kurangnya empat puluh hadis, sebaik-baiknya empat puluh itu ialah hadis susunan Imam Nawawi. Hendaklah saudara mengkaji risalah usul akidah dan risalah cabang hukum fekah.

  • Hendaklah saudara bersegera memeriksa kesihatan saudara secara umum dan mengkaji penyakit yang ada pada saudara. Hendaklah saudara mengambil berat tentang soal-soal kekuatan tenaga saudara, menjaga tubuh badan dan menjauhi sebab-sebab yang membawa kelemahan kesihatan saudara.

  • Janganlah saudara berlebihan minum kopi, teh dan lain-lain minuman yang merangsang. Hendaklah saudara jangan merokok sama sekali.

  • Hendaklah saudara menjaga kebersihan dalam semua perkara, tempat tinggal, pakaian, anggota dan tempat bekerja. Sesungguhnya Islam dibina di atas kebersihan.

  • Hendaklah saudara benar dalam percakapan. Jangan berdusta sama sekali.
  • Hendaklah saudara menunaikan janji dan mengotakan apa yang saudara perkatakan. Jangan saudara menyalahinya walau bagaimana keadaan saudara.

  • Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan. Keberanian yang paling mulia ialah berterus terang demi hak dan kebenaran, menyimpan rahsia, mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan.

  • Hendaklah saudara bersifat serius dan mengutamakan kesungguhan, tetapi keseriusan saudara tidaklah menghalang saudara dari bergurau dengan gurauan yang benar dan senyum ketawa yang tidak melampau.

  • Hendaklah saudara bersifat pemalu, halus perasaan, sensitif terhadap perkara-perkara baik dan jahat dengan merasakan gembira melihat kebaikan dan dukacita melihat kejahatan. Hendaklah saudara menuntut martabat kedudukan atau pangkat yang lebih rendah dari martabat yang sepatutnya saudara terima demi untuk mencari martabat saudara yang sebenar.

  • Hendaklah saudara berlaku adil, menghukum dengan yang sebenarnya dalam semua hal. Kemarahan saudara jangan sampai melupakan kebaikan orang, demikian juga keredaan saudara jangan sampai melupakan kejahatan orang lain. Permusuhan saudara jangan sampai melupakan kebaikan orang lain. Saudara mestilah berkata benar sekalipun terhadap diri saudara dan orang yang paling hampir dengan saudara, sekalipun perkara itu pahit bagi saudara.

  • Saudara mestilah cergas, melatih diri memberikan khidmat umum. Saudara mestilah merasa bahagia apabila dapat memberikan khidmat kepada orang lain, oleh itu saudara hendaklah menziarahi pesakit, menolong orang yang berhajat, membantu orang yang lemah, memujuk dan menenangkan mereka yang ditimpa kemalangan sekalipun dengan perkataan yang baik dan saudara mestilah sentiasa bersegera melakukan kerja-kerja kebajikan.

  • Saudara mestilah bersifat belas kasihan, pemurah dan pengampun. Saudara hendaklah mengampun dan memaafkan, berlembut dan berlemah lembut. Saudara hendaklah belas kasihan kepada manusia dan binatang, baik hubungan dengan orang lain, menjaga adab sopan masyarakat Islam; dengan itu saudara mestilah berlembut dengan orang yang lebih muda, menghormati orang yang lebih tua, melapangkan tempat duduk dalam majlis, jangan mengintip rahsia, jangan mencerca dan mengutuk, minta izin waktu masuk dan keluar dan lainnya.

  • Saudara seharusnya cekap membaca dan menulis. Saudara hendaklah membanyakkan membaca dan meneliti risalah Ikhwan Muslimin, akhbar dan majalah lainnya .Hendaklah saudara menyediakan khutub-khutub khas untuk saudara sekalipun kecil. Saudara mestilah meluaskan ilmu dan mempertingkatkan pengkhususan saudara dalam satu-satu bidang.Saudara juga mestilah memahami masalah-masalah Islamiah secara umum dengan kefahaman dan membolehkan saudara menggambarkan permasalahan itu dan menentukan hukumnya sesuai dengan tuntutan fikrah kita.

  • Saudara mestilah melakukan kerja-kerja iktisad yang mendatangkan hasil kemasukan wang walau bagaimanapun kekayaan saudara. Mengutamakan kerja-kerja bebas sekalipun kecil pendapatannya, menaruh minat kepada pekerjaan itu walau setinggi mana kelulusan saudara.

  • Jangan mengutamakan jawatan kerajaan. Saudara mestilah menganggap jawatan kerajaan itu sebagai satu sumber rezeki yang sempit, tetapi saudara jangan menolaknya jika di beri peluang dan jangan saudara meletakkan jawatan itu kecuali ianya benar-benar bertentangan dengan kewajipan dakwah.

  • Saudara mestilah bersungguh-sungguh menunaikan tugas-tugas saudara dengan berusaha memperelok dan memperkemaskannya,menjaga masa dan jangan menipu

  • Saudara mestilah menerima hak saudara dengan baik, menyempurnakan hak orang lain dengan tidak kurang, tidak payah di minta dan jangan melambat-lambatkannya sama sekali.

  • Saudara mestilah menjauhi segala jenis perjudian walau bagaimanapun tujuan di sebaliknya,menjauhi punca-punca pencarian yang haram walau bagaimanapun besar dan cepatnya keuntungan dari punca-punca itu.

  • Saudara mestilah menjauhi riba dalam semua urusan dan membersihkan diri saudara dari riba.

  • Saudara mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secara umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadanan ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidak jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam.


  • Saudara mestilah mempunyai wang dalam dakwah dengan memberikan sebahagian dari harga saudara. Saudara mestilah menunaikan zakat, jadikanlah zakat itu sebagai hak yang tertentu bagi mereka yang berhak walau bagaimanapun kecilnya pendapatan saudara.

  • Saudara mestilah menyimpan sebahagian dari pendapatan saudara untuk masa-masa kecemasan sekalipun sedikit dan jangan sekali-kali saudara berlebihan dalam perkara-perkara mewah.

  • Saudara mestilah bekerja sekadar yang upaya untuk menghidupkan adat istiadat dan kebudayaan Islam dan menghapuskan kebudayaan kuning dalam kehidupan saudara yang zahir. Sebahagian dari adat-adat itu ialah salam, bahasa, sejarah, pakaian, perabut, masa kerja dan rehat, makan minum, adat waktu datang ziarah dan permisi, adat waktu kegembiraan dan kedukaan dan lainnya. Saudara mestilah mengikut sunnah dalam semua hal ini.

  • Saudara mestilah memulaukan mahkamah-mahkamah tempatan dan semua mahkamah yang tidak bercorak Islam. Saudara mestilah memulaukan akhbar-akhbar, majalah, kelab-kelab, perhimpunan-perhimpunan sekolah-sekolah, dan pertubuhan-pertubuhan yang bertentangan dengan fikrah Islamiah.

  • Saudara mestilah sentiasa ingatkan Allah, hari akhirat dan bersedia untuk menghadapinya. Saudara mestilah mengikut jalan mencari keredhaan Allah dengan himmah dan azam yang tinggi. Saudara mestilah menghampirkan diri kepada Allah dengan melakukan ibadat-ibadat yang sunat seperti sembahyang waktu malam, puasa paling kurang tiga hari sebulan, membanyakkan zikir dalam hati dan lisan. Saudara mestilah memilih doa-doa ma’athur, yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw dalam semua keadaan.

  • Bila saudara bersuci, saudara mestilah menyempurnakan syarat rukunnya dan saudara mestilah sentiasa dalam keadaan berwuduk.

  • Saudara mestilah menyempurnakan syarat dan rukun sembahyang dan sentiasa menunaikannya dalam waktunya. Saudara mestilah mengutamakan sembahyang berjemaah sembahyang di masjid sedapat yang mungkin.

  • Saudara mestilah berpuasa dalam bulan Ramadhan, menunaikan haji jika upaya dan saudara mestilah melakukannya sekarang jika saudara berkuasa.

  • Saudara mestilah berniat untuk berjihad, ingin mati syahid dan membuat persediaan untuk tujuan tersebut sedaya yang boleh.

  • Saudara mestilah sentiasa memperbaharui taubat dan istighfar,menjauhi dosa-dosa kecil lebih-lebih lagi dosa-dosa besar. Saudara mestilah menentukan satu masa yang khas sebelum tidur untuk saudara menghisab segala buruk baik yang telah saudara lakukan. Saudara mestilah menjaga masa, kerana masa itulah hidup. Jangan saudara menggunakan sedikit pun masa saudara untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Saudara mestilah bersifat warak,menjauhi perkara-perkara syubahat supaya saudara tidak terjatuh ke dalam perkara-perkara yang haram.

  • Saudara mestilah menjauhi arak dan bahan-bahan yang memabukkan dan yang seumpamanya.

  • .Saudara mestilah melawan nafsu saudara sekeras-kerasnya sehingga mudah bagi saudara mengendalikannya. Saudara mestilah menutup pandangan saudara dari melihat perkara yang mungkar, melawan peasaan, melawan dorongan naluri dalam diri saudara. Saudara mestilah mengangkat taraf saudara melalui naluri saudara dengan mengarahkannya kepada perkara-perkara baik dan halal. Saudara mestilah menjauhkan naluri saudara dari perkara-perkara haram,bila dan di mana sahaja.

  • Saudara mestilah memerangi tempat-tempat hiburan apa lagi mendekatinya. Saudara mestilah menjauhi perkara zahir yang menunjukkan kemewahan,boros dan bongkak.

  • Saudara mestilah menjauhkan diri dari mendampingi rakan-rakan yang jahat dan kawan-kawan yang rosak akhlaknya. Saudara mestilah menjauhi tempat-tempat maksiat dan dosa.

  • Saudara mestilah benar-benar mengenali anggota kumpulan saudara seorang demi seorang dan memperkenalkan diri saudara kepada mereka, demikian juga saudara hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan dengan sempurnanya dan dengan rasa kasih sayang, menghargai, tolong-menolong, mengutamakan orang lain dan saudara mestilah hadir dalam perhimpunan-perhimpunan mereka, jangan saudara ketinggalan kecuali dengan keuzuran yang tidak dapat dielakkan di samping saudara sentiasa mengutamakan mereka dalam pergaulan dan perhubungan saudara.

  • Saudara mestilah memutuskan hubungan saudara dengan mana-mana pertubuhan atau mana-mana perhimpunan yang tidak ada hubungan dengan maslahat fikrah saudara lebih-lebih lagi bila saudara diperintahkan berbuat demikian.

  • Saudara mestilah bekerja menyebarkan dakwah kita di mana-mana sahaja.

  • Saudara hendaklah memberitahu pucuk pimpinan tentang keadaan dan hal-hal yang melingkungi saudara dan jangan saudara melakukan sesuatu amal yang akan memberi kesan dan menjejaskan perkara-perkara asasi pada pucuk pimpinan kecuali setelah mendapat izin. Saudara mestilah sentiasa melakukan hubungan roh dan amal dengan pucuk pimpinan. Saudara mestilah menganggap diri saudara sebagai seorang tentera dalam suasana tegang yang sentiasa menunggu perintah.

Dari buku: Mengapa saya menganut Islam.

Sunday, February 27, 2011

Hadapi Pilihanraya Dengan Akhlak Islami


1. Kita adalah mewakili Gerakan Islam yang menyertai politik berpilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk meloloskan Islam dari kepungan jahiliyah moden hari ini mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun selama mana cara dan kaedah itu diizinkan oleh syara' .

2. Justeru itu, penyertaan dan penglibatan kita dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh rasa ingin berpilihanraya semata atau didesak keinginan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh semata, sebaliknya ia adalah didokong oleh prinsip untuk menjulang Islam dan segala syariatnya agar menempati ruang yang selayaknya sebagai cara hidup [ way of life ] pula mengatasi kedudukan ideologi ciptaan manusia.

3. Bertolak dari nokhtah ini, partisipasi kita dalam seluruh kegiatan politik tanahair hari ini adalah satu ibadah atau pengabdian diri kita kepada Allah swt. Justeru itulah, kita bertanggungjawab pula untuk memastikan setiap langkah kita dalam sebarang aktiviti politik ini, samaada dalam aspek menggaris matlamat, melakar objektif, merencana strategi dan mengurus operasi, segalanya mestilah berlandaskan syariat dan akhlak Islami.

4. Tindakan yang dihambat emosi, dihasut nafsu dan dirasuk dendam adalah suatu yang mesti dielakkan dalam gerak langkah kita berkempen dan mencari sokongan politik. Bahkan apa yang wajar dan sayugianya ialah setiap pimpinan dan ahli PAS mempamerkanqudwah yang unggul dan uswah yang luhur mencerminkan bayangan akhlak terpuji didikan Rasul saw.

5. Jauhkan diri dari politik maki hamun dan caci nista biapun saat mendepani provokasi luarbiasa dari pihak lawan. Kekalkan rentak berakhlak sekalipun dilatari kebingitan melampau yang mencabar rasa dan cita kita sepanjang tempoh perjuangan, khasnya di saat mendepani detik pilihanraya umum atau kecil.

6. Bukankah Allah swt mewahyukannya kepada kita semua :

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين

Maka dengan sebab Rahmat [yang melimpah] dari Allah swt [kepadamu Wahai Muhammad], Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka [sahabat-sahabat dan pengikutmu], dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka [mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu], dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan [peperangan dan hal-hal keduniaan] itu. kemudian apabila Engkau telah berazam [Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu] maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Surah Aali Imran : 159

7. Ayat ini sebahagian dari strategi penting yang perlu dilaksana dan dihayati untuk menghasilkan kesan mendalam dalam urusan kempen kita sepanjang tempoh pilihanraya. Sementara umum mengetahui bahawa pilihanraya adalah berkait dengan undi yang ingin diperolehi dari rakyat atau pengundi. Maka ia memerlukan satu pendekatan yang lunak dan meyakinkan pengundi untuk mereka hampir dengan kita lalu memberikan undinya kepada kita.

8. Pilihanraya bukan medan peperangan untuk menghunus senjata tajam seumpama pedang guna memenggal leher lawan dan menebas betis penghalang, tetapi pilihanraya adalah gelanggang untuk memenangani hati pengundi agar memberi peluang serta kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan mewakili mereka dalam satu - satu kawasan pilihanraya yang ditandingi.

9. Akhlak menjadi senjata berkesan di medan pilihanraya justeru ia berkait dengan usaha konsisten untuk memenangi hati pengundi. Memenangi pilihanraya, kita perlukan undi dari semua pihak sekalipun bukan dari kalangan kita. Maka hal ini hanya boleh dicapai apabila kita berjaya memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk memberi sokongan kepada kita. Hanya akhlak mulia [ Islami ] yang boleh memenangi hati manusia. Caci nista pula menjauhkan kita dari mereka dan menjarakkan mereka dari kita.

10. Kawal diri dan kekang emosi terutama saat berdepan provokasi. Marilah kita bina suasana politik baru yang berteraskan politik Rasulullah saw. Terutama pada hari perarakan penamaan calon dan hari akhir sewaktu merayu undi, sekali lagi saya seru agar elakkan diri dari melontarkan kalimah dan slogan yang tidak mencerminkan ketinggian budi dan akhlak muslim. Berwatak matanglah dalam memimpin slogan serta aksi tanpa mencemuh pihak lain. Pilih slogan yang boleh menaikkan semangat juang dengan penuh hemah.

Murnikan Perjuangan maknakan Kemenangan

Oleh : nasrudin

*Dakwah bilhal afsah min dakwah billisan..

Tuesday, February 08, 2011

Bahagia Yang sukar Diungkap...

Bismillah walhamdulillah...Maafkan diri ini kerana membiarkan entri ini tidak terisi..Hidup ini benar-benar satu ujian. Pejam celik pejam celik, usia semakin meningkat. Tempoh hidup semakin singkat. Sesekali kesihatan terjejas, jiwa terasa lemah. Longlai nafas perjuangan. Lelah, letih, jemu dan segala-galanya menjengah. Sedaya mungkin.. bermengah-mengah mencari punca, agar jiwa terus bermaya. Tidak cepat menyerah kalah apatah lagi berputus asa...

Segera perkukuh rasa berhubung dengan Allah (Ma'iyatulLah), adalah antibiotiknya. Pertemuan ukhuwwah dan tarbiyah adalah ubatnya. Menyibukkan diri dengan amal dakwah adalah pencegahannya. Sedikit demi sedikit tubuh kembali terasa segar.. menghirup nafas panjang perjuangan dengan kelapangan dada dan kebesaran jiwa..

Bersyukur ke hadrat Illahi dan jazakallah khair buat Us Zairol yang mengundang diri yang serba kekurangan ini untuk mengisi kuliah muslimat di Kota Warisan..Alhamdulillah dengan izinNya kuliah tersebuat telah pun bermula pada 30hb Januari yang lalu dan insyaAllah kuliah ini akan berterusan sebulan sekali..

Terima kasih Ya Allah, melorongkan aku di jalan ini. Sungguh, tiada daya dan upaya diri ini tanpa keagungan kasihMu, tanpa keluasan rahmatMu. Seringkali dalam perjalanan dakwahku yang kerdil ini, mereka para mad'u (sasaran dakwah) menyatakan penghargaan dan terima kasih mereka buatku atas usaha yang sangat sedikit itu. DemiMu Ya Allah! Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya akulah yang lebih memerlukan mereka dan akulah yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka...

Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan dakwah ini. Untuk membasuh dosa-dosa silamku yang tidak mereka ketahui, namun Engkau Maha Mengetahuinya, Ya Allah. Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan mereka. Perkongsian ilmu, didikan dan bimbinganku selama ini kepada mereka sebenarnya bukan sepenuhnya untuk mereka, tetapi juga untuk diriku. Terlebih banyak sebenarnya untuk diriku sendiri. Agar selepas itu aku mempunyai satu sebab yang sangat jelas yang boleh memaksa diriku untuk lebih gigih beramal dan mempertingkatkan diri. Agar aku boleh mengherdik diriku diriku sendiri "cakap jangan tak serupa bikin". Agar boleh aku mencela hatiku sendiri "apa ni, cakap bukan main lagi, mu sendiri buat ker tidak?" Semoga semua celaan dan herdikan itu menjadi satu sebab yang boleh mendorong aku mempertingkatkan diri. Sungguh, aku lebih memerlukan dakwah ini dari mereka.

Ya Allah, peliharalah hatiku atas penghargaan yang mereka berikan. Kerana hakikatnya diriku ini memang langsung tidak berharga tanpaMu Ya Allah. Ya Allah bantulah aku untuk terus menikmati manisnya berhubung denganMu di atas jalan dakwah ini. Terima kasih kerana menjadikan lelahku di atas jalan dakwah ini, satu nikmat yang tidak terucap. Letih tapi sangat membahagiakan... Termengah-mengah, tapi melahirkan kerinduan yang bersangatan... Sehingga kini aku sedari, tak mungkin dapat aku jalani hidup ini tanpanya. Tak tergambar bagaimana boleh aku melalui hari demi hari tanpanya. Moga bahagia itu adalah keranaMu. Moga rindu itu adalah untukMu... terima kasih Ya Allah!

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat suamiku yang mengizinkan aku memulakan perjalanan dakwah ini, sungguh tanpa sokonganmu diri ini masih lagi tidak mampu memulakan langkah yang pertama ini..Mudah-mudahan kita terus thabat dalam menggapai mardhatillah...insyaAllah