Terdapat begitu banyak keistimewaan al Quran di antaranya :
Menceritakan Perkara Ghaib
Al Quran mengandungi beberapa cerita tentang perkara ghaib (ghaibiyyat) iaitu suatu cerita tentang peristiwa yang belum dan akan terjadi (pada saat ayat tersebut diturunkan).Ayat-ayat yang menceritakan perkara ghaib di antaranya ialah:
1)Fathu Mekah
Eirman Allah Taala:Maksudnya:".Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu)".(al Fath :27)
Diceritakan bahawa sebelum Perjanjian Hudaibiyyah, Nabi SAW bermimpi memasuki Kota Mekah dan Masjidil Haram bersama para sahabat.Berita tersebut tersebar di kalangan umat Islam, munafik, Yahudi dan Nasrani.
Setelah Perjanjian Hudaibiyyah, umat Islam ketika itu tidak dapat memasuki Kota Mekah.Orang-orang munafik mempermainkan Nabi dengan mengatakan bahawa mimpi baginda adalah palsu.Peristiwa tersebut menjadi asbab al nuzul ayat di atas.Dinyatakan bahawa mimpi baginda akan menjadi kenyataan pada tahun berikutnya.Umat Islam telah memasuki Mekah dan Masjidil Haram sebelum berlakunya Perang Khaibar.
2)Kemenangan Rum
Firman Allah Taala:
Maksudnya:" Di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya " (ar Rum:3)
Ayat ini memberitahu bahawa setelah kekalahan Rum di tangan parsi sekitar tahun 1614-1615M, Rum akan menang kembali.Khabar tentang perkara ghaib ini telah menjdi kenyataan selepas kira-kira tujuh tahun ayat ini diturunkan.Berita kemenangan Rum amat bermakna bagi umat islam kerana Rum beragama Nasrani dan mempunyai kitab suci.Sebaliknya kemenangan Parsi yang beragama Majusi dn menyembah api merupakan dukacita bagi umat Islam dan kegembiraan bagi musyrikin Mekah.
*Ini adalah sebahagian assingment Pengajian Agama Islam ana...
No comments:
Post a Comment