Sewaktu menekuni Feqh sirah Ramadhan Al-Buthi baru-baru ni, tersentuh nubari ini bila membaca kisah Tragedi Yaum Ar Raji' dan Bi'r Ma'unah.Mudah-mudahan kita semua dapat mengambil istinbat dari kisah ini…
TRAGEDI YAUM AR-RAJI' (3 HIJRAH)
Satu rombongan qabilah 'Udhal dan al Qurrah telah menemui Rasulullah SAW menceritakan berita agama Islam telah tersebar di kalangan mereka dan mereka memerlukan kepada orang yang boleh mengajar mereka.
Rasulullah SAW mengutuskan :
1)Murthid Bin Abi Murthid
2)Khalid Bin Al Bakir
3)'Asim Bin Thabit (ketua)
4)Khubaib B.Adi
5)Zaid Bin Adduthanah
6)Abdullah Bin Thariq
Mereka bergerak sehingga sampai ke satu daerah yang terletak di antara Uthfan dan Mekah.Kampung ini merupakan kampung satu qabilah dari keturunan Huzail (Banu Lehyah).
Banu Lehyah ini telah mengekori perjalanan utusan Rasulullah SAW bersama 100 orang pemanah sehingga mereka sampai ke satu tempat persinggahan para utusan Rasulullah SAW dan mereka mendapati biji-biji tamar yang dibawa dari Madinah terbuang di sekitar kawasan tersebut.Mereka mengatakan "Ini tamar Yathrib!" dan mereka terus mengikut tapak kaki rombongan sahabat Rasulullah SAW hinggalah sampai kepada mereka.Berita ini sampai kepada 'Asim dan mereka telahberlindung di satu anak bukit .
Bani Lehyah ini mengepung mereka dan melaung :
"Kami beri janji dan sumpah kepada kamu sekiranya kamu turun ke hadapan, kami tidak akan bunuh kamu walau seorangpun."
Kemudian 'Asim berkata:
"Aku tidak akan turun dan menerima janji orang kafir.Ya Allah Ya Tuhan!Sampaikan berita ini kepada NabiMu di Yathrib!"
Mereka berlawan hingga terbunuh 'Asim dan 67 orang yang lain dengan panahan panah.Yang tinggal hanyalah Khubaib, Zaid dan seorang lelaki lain dan mereka pun terima tawaran gerombolan kafir tadi sebaik sahaja mereka memberi janji dan sumpah mereka.Rombongan yang masih hidup itu pun turun ke hadapan gerombolan puak itu. Lalu mereka memberkas dengan tali peluntar (pemidas) panah, berkatalah orang ketiga "Ini adalah pengkhianatan yang pertama"Dia enggan menuruti mereka dan tetap berdegil dan akhirnya dibunuh.
Mereka menjual Khubaib dan Zaid di Mekah kepada Bani Al-Harith.Khubaiblah yang membunuh Al-Harith dalam peperangan Badar dan Khubaib akhirnya tinggal di sana sebagai tawanan sehinggalah mereka mahu membunuhnya.
Sebelum dibunuh, Khubaib meminta pisau cukur untuk bercukur dari salah seorang anak Al-Harith.Tanpa disedarinya anak kecilnya telah merangkak ke arah Khubaib dan khubaib meribanya.Khubaib berkata : "Kamu takut aku mmebunuhnya?"Percayalah, aku tidak akan berbuat demikian.Insya Allah!".Aku belum pernah melihat seorang tawanan yang lebih baik dari Khubaib dan Khubaib pernah meminta anggur sedangkan bukan dalam musimnya.
Khubaib dibawa keluar dari Tanah Haram untuk dibunuh tetapi dia meminta untuk solat 2 rakaat dan kembali semula kepada mereka dan berkata "Kalau tidak kerana kamu menyangka aku ini takut dan gerun dengan mati, nescaya aku akan sembahyang lebih khusyuk dari itu.Khubaib merupakan orang pertama yang melakukan solat 2 rakaat sebelum dibunuh.Dia pun bermadah:
Sekiranya Allah menghendaki berkat # Pada anggota yang hancur lumat
Pedulikan tubuhku dibunuh mati # Untuk Allahlah kematianku pasti
Setelah itu beliau bangun menemui Uqbah Bin Al-Harith dan menyerah diri kepadanya kemudian dibunuh.
Orang kafir Quraisy meminta bukti dengan sebahagian tubuh 'Asim kerana beliau telah membunuh pembesar Quraisy dalam peperangan Badar.Dengan kehendak Allah, Allah telah mengutus sekumpulan tebuan memayungi jasadnya hingga mereka tidak dapat menghampirinya.
Jaafar Bin Amru Bin Umaiyyah telah menceritakan dari datuknya melalui ayahnya bahawa Rasulullah SAW telah mengutusnya sebagai pengintip kepada Quraisy sampai aku ke sana.Aku pun menghampiri kayu tempat Khubaib disalib dan berjaga-jaga dari dilihat oleh Quraisy.Aku naik dan rungkaikan ikatan lalu Khubaib jatuh ke tanah.Setelah itu aku beredar jauh sedikit dan apabila aku menoleh lalu aku dapati Khubaib sudah tidak ada (kesan-kesan tulang reputnya pun hilang) bagaikan bumi sudah menelannya dan sehingga hari ini tidak diketahui dan dikenali tulang-tulangnya.
Zaid telah dibeli oleh Suffian Bin Umaiyyah dan dibawa keluar ke tanah Haram untuk dibunuh.Abu Suffian menyoalnya"Mahukah kamu Muhammad menggantikan kamu dank au selamat.Kami pancung lehernya dan kau balik dengan selamat menemui keluargamu."
Jawabnya "Wallahi, aku tidak rela Muhammad SAW menggantikanku dan ditikam sebilah duri pun aku tidak mahu menyakitinya sedangkan aku ini duduk bersama-sama keluargaku."
Abu Suffian berkata "Aku tidak pernah melihat seorangpun dari manusia ramai mencintai seorang yang lain sebagaimana sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad."
TRAGEDI BI'R MAU'NAH
Amir Bin Malik menemui Rasulullah SAW bagi melahirkan Islamnya tetapi memeluk Islam.Beliau meminta Rasulullah SAW menghantar sahabat-sahabat kepada penduduk Najd.Rasulullah SAW mengatakan bahawa dia begitu curiga dengan penduduk Najd.Kata Amir pula: "Hantarkan sahaja mereka kerana mereka adalah di bawah lindungan dan jaminanku, biar mereka menyeru ke jalan engkau."
Rasulullah pun mengirimkan 70 orang tokoh pendakwah dari kalangan sahabat-sahabatNya yang terpilih.Peristiwa tersebut berlaku dalam bulan Safar (tahun ke 4 Hijrah) dan ia lebih hebat daripada peperangan Uhud.
Mereka berjalan sehingga sampai ke suatu tempat yang dikenali sebagai "Telaga Ma'unah".Mereka mengutuskan Haram Bin Mulhan membawa surat dari Rasulullah SAW kepada Amir Bin At-Tufail tetapi Amir tidak membaca surat itu dan terus menikam Haram lantas melaung meminta seluruh Bani Amir membantunya menyerang para daiah yang lain (yang masih tinggal) tetapi mereka enggan dan tidak mahu mengkhianati Amir Bin Malik.Amir meminta pertolongan dari Salim 'Usiyyah, Ru'l dan Zakwan.Mereka semua menyahut laungannya dan membunuh para daiah tersebut.
Rasulullah SAW menanggung derita dan kesedihan yang sungguh mendalam dari peristiwa pembunuhan ke atas para sahabatnya.Baginda sentiasa berdoa membawa Qunut Subuh (Qunut Nazilah) sebulan lamanya meminta pertolongan dari Allah ke atas qabilah-qabilah tadi.
p/s: "Perjuangan bukan mudah, diri perlu tabah, kepada Allah kita berserah, kemenangan pasti akan terserlah."
No comments:
Post a Comment