Sekian lama kau bersama kami
Susah dan senang kami di sini
Kau tetap setia di sisi
Sekian lama kau menaungi kami
Sekian lama kau bersama kami
Susah senangmu kami rasai
Cintamu tetap di hati…
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang menjadi wadah perjuangan mahasiswa di Mesir kini telah melewati usia kematangannya.Sepanjang tujuh dasawarsa, kronologi yang panjang ini telah mencatatkan pelbagai peristiwa dan suasana yang menyelubungi PMRAM sejak kelahirannnya hingga kini.
Keutuhan dan kelangsungan PMRAM yang telah sedia wujud manifestasi kerjasama dan dorongan para ahlinya zaman berzaman.Namun kita tidak hanya boleh bermegah dengan sejarah yang lampau tanpa usaha dan pemugaran terhadap sikap dan kredibiliti sebagai mahasiswa agen perubah ummah.Lantaran itu, untaian hikmah Saidina Umar al-Khattab seharusnya kita jadikan azimat perjuangan:
Bermaksud: "Kita adalah golongan yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam.Maka sekiranya
kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan ke atas kita
dengannya, kita akan dihina oleh Allah”
Sejarah PMRAM yang begitu lama juga tidak lekang daripada mehnah dan tribulasi sepanjang kewujudannya.Cabaran dalam menyatukan anak-anak Melayu di perlembahan Nil bukan sedikit sehinggalah mutakhir ini.Malahan pertembungan di antara PMRAM dan pihak tertentu di sini bukanlah satu episod baru, malahan ia sudah lama hingga tiada kesudahannya.
Oleh itu, anggota-anggota PMRAM wajar bersama-sama membantu memberi sokongan serta dokongan terhadap kepimpinan PMRAM untuk sama-sama menyelesaikan epik pertembungan tersebut dengan cara yang terbaik dan berhikmah.
Bukan itu sahaja, semua warga al-Azhar perlu sama-sama berganding bahu menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap PMRAM khususnya dan masyarakat pelajar Mesir amnya.
Ini boleh dibuat melalui pelbagai wasilah dan paling utama peningkatan diri masing-masing hasil muhasabah dan tohmahan yang diwawarkan oleh pihak yang kurang senang dengan kewujudan PMRAM.Firman Allah Taala:
Bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah(agama) Allah, dan
janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu
ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah) bermusuh-musuhan maka Allah
mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-
orang yang bersaudara Ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah
menyelamatkan kamu daripadanya.Demikianlah Allah menerangkan ayat- ayatnya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk"
Wahdah merupakan asas kekuatan PMRAM, sesungguhnya jumlah keahlian yang ramai sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang erti kiranya wahdah gagal digembleng bersama.Kita melihat sejarah 1975 telah membuktikan bahawa PMRAM lumpuh tanpa wahdah yang utuh di kalangan pendokong dan penyokongnya.Penggantungan PMRAM akibat perpecahan di kalangan para anggota pada ketika itu telah mengakibatkan usaha kebajikan ke atas mahasiswa Melayu di bumi anbiya’ ini terhenti seketika sementara menanti wahdah kembali dipugar.
Keahlian yang ramai menjadi tidak bermakna ketika itu apabila masing-masing dengan sikap dan pendirian sendiri tanpa usaha mewujudkan satu titik pertemuan fikrah dan tindakan.Maka cukuplah noktah hitam ini dijadikan pengajaran agar tidak diulangi perpecahan yang berlaku.
PMRAM kini telah mencecah usia 70 tahun, usia yang sebegini sebenarnya tidak menjamin kelangsungan wahdah yang konsisten sehingga kita boleh berbangga dengan kesatuan yang wujud.Kita seharusnya perlu memikirkan cara untuk meletakkan PMRAM pada koordinat yang selesa tanpa gangguan mana-mana pihak yang sememangya tidak senang dengan kewjudan PMRAM sebagai ketumbukan yang bebas bersuara dan mempertahankan kebenaran.Sesungguhnya membina sesuatu kesatuan itu sukar namun mempertahankan kesatuan yang wujud adalah lebih sukar.
Begitu juga perbezaan pendapat dan idea tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita terus menguraikan tautan wahdah yang terbina, biarlah kita bersatu di atas semua lapangan.Bersama kita jadikan peribadi mulia Umar al-Khattab sebagai satu didikan dalam konteks berlapang dada.Beliau telah menerima keputusan khalifah Abu Bakar untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat walaupun pada asalnya belia tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.Apatah lagi idea beliau lebih mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat lain berbanding idea khalifah.Namun demi wahdah dan keunggulan Islam, beliau berlapang dada menerima keputusan tersebut walaupun beliau seorang yang digelar al-Faruq ketika itu.
Penyatuan tenaga yang padu lagi jitu bukan sahaja akan memudahkan matlamat tercapai, malahan akan menjadi benteng menghadapi cabaran dan serangan musuh luar.Kekatan kombinasi setiap unit dan struktur dalam persatuan perlu digembleng sebagai mata rantai yang kukuh bagi memastikan kesatuan ahli-ahli PMRAM tidak goyah biarpun pelbagai masalah melanda perjuangan ini.Sabda Rasulullah saw:
Bermaksud: "Kamu adalah satu benteng di antara benteng- benteng Islam maka janganlah
(biarkan musuh) menembusi benteng ini melalui kamu".
Biarpun perjuangan ini tidak dihampari dengan permaidani merah bahkan penuh dengan onak-onak duri yang menuntut pengorbanan ikhlas dari setiap ahli untuk menghadapinya.Namun, ganjaran Allah swt di akhirat kelak merupakan satu yang pasti, setimpal dengan segala keringat yang dikerah dan dicurahkan.
Tegasnya, wahdah yang kita inginkan bukan sekadar wahdatul fikri malah lebih dari itu menjangkau wahdatul amal yang menjadi penyelarasan dan kelancaran gerak kerja.Dari itu, segenap usaha dan tenaga perlu dikerah guna membina satu ribat wahdah di atas landasan semangat ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah, menyatukan hati-hati ke arah melangsungkanwahdahmenujuizzah.