Thursday, October 18, 2012

Cubaan Mencuri Jasad Rasullullah


BeritaOleh: laniismaa

"

1. Samhudi, seorang ahli Sejarah menyebutkan dalam kitab tarikhnya ” Wafaul Wafa “
2. Abu Bakar Al-Maraghy dalam kitab tarikhnya ” Talkhisul Ma’alim Daril Hijrah “
3. Abbasi dalam bukunya ” Fi ‘Amdatil Akhbar “

Kitab-kitab di atas menceritakan tentang percubaan kaum Salib dalam membongkar kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan mencuri mayat baginda yang suci dan utuh , kerana mayat para Nabi tidak dimakan oleh tanah. Percubaan itu terjadi pada tahun 557H.(1162M) , iaitu pada zaman khalifah Abbasiah, Al-Mustanjid Billah.

Mereka telah mengirim 2 org lelaki dari benua Eropah ke tanah suci Madinah Al-Munawwarah, di mana Nabi dimakamkan. Mereka datang menyamar sebagai perantau dan tinggal di sebuah rumah tidak jauh dari “Raudhah ” di mana kubur Rasulullah s.a.w. berada. Keduanya menjalankan tugasnya siang dan malam menggali dan membuat terowong yang mengarah ke makam Rasulullah s.a.w.

Pada suatu malam juga, seorang raja bernama Raja Nurudin dari Iraq, bermimpi melihat Rasulullah. Baginda membangunkannya dan menerangkan bahawa diri baginda dalam bahaya dan beliau meminta perhatian Raja Nurudin tersebut.

Keesokannya, Raja Nuruddin bermimpi lagi Rasulullah s.a.w. yang juga mengatakan seperti malam sebelumnya, yakni baginda dalam bahaya.

Dan pada malam ketiga, Nuruddin bermimpi lagi dengan Rasulullah s.a.w. sambil membentak kepada Nuruddin mengapa tidak acuh sama sekali atas apa yang di alami Baginda s.a.w. dan pada malam itu jugalah, Nuruddin terbayang 2 orang lelaki sedang menjalankan perbuatan nekadnya itu.

Setelah itu, barulah Nuruddin yakin penuh percaya dengan mimpinya itu dan keesokannya, beliau memanggil Menteri yang bernama Jamaluddin untuk segera berangkat ke Madinah. Setelah 20 hari di jalan, maka kedua-duanya sampai di destinasi tersebut.

Ketika kedua-dua pembesar itu pergi ke Raudhah , maka benarlah terjadi seperti apa yang dilihat Raja dalam mimpinya, 2 orang lelaki yang mengaku beragama Nasrani sedang membuat terowong. Mereka mengaku bahawa mereka hendak mencuri jasad Nabi Muhammad s.a.w., Kedua-dua Nasrani itu pun dihukum bunuh dan mayatnya di bakar.

Demikianlah dalamnya rasa permusuhan dari kaum Salib itu terhadap Islam, dinul syumul, bukan sahaja umatnya mahu dibinasakan melalui perang 200 tahun, ajaran Islam juga mahu dilenyapkan. Begitu juga dengan jasad Nabi yang telah di dalam kubur pun mereka mahu merampas.

Kini tidak mungkin lagi cubaan untuk mencuri dan membongkar kubur Nabi kerana pengawasan yang terlalu ketat. Kaum Salib meneruskan perjuangan operasinya melalui bidang lain, iaitu di bidang dakwah, propaganda dan misi yang bertujuannya tidak lain menasranikan umat Islam. Ingatlah firman ALLAH , mafhumnya ;

” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. itu (Muhammad) bagimu adalah ikutan yang baik ! “ (Surah Al-Ahzab : 21)

5 kali percubaan mencuri jasad Rasulullah s.a.w

PERTAMA, Semasa pemerintahan Amrullah Al-Ubaidi. Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

KEDUA, Semasa pemerintahan Al-Ubaidi. Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran makam nabi dengan membuat terowong, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan kianat tersebut maka Allah mengoncangkan bumi Madinah.

KETIGA, Perancangan raja-raja Nasrani dengan komplot Nasrani Maghribi. Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , Mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

KEEMPAT, Sekumpulan Nasrani datang bersama jemaah haji dengan niat mencuri jasad Rasullullah. Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

KELIMA, Pada kurun ke-9 Hijrah, 40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh pemerintah Islam zaman tersebut. - Wallahu a’lam.

Monday, October 15, 2012

Subhaanallah, planet terbentuk daripada belian

Oleh: detikislam

"detik islam

Pasukan gabungan penyelidik Amerika-Perancis menemui sebuah planet yang diperbuat daripada berlian. Ini bukan mengada-ada, sebahagian besar susunan bahan planet yang diberi nama '55 Cancri e 'itu terdiri daripada berlian.

Ketua pasukan penyelidik dari Yale University, Nikku Madhusudhan, mengatakan, '55 Cancri e 'berukuran dua kali lebih besar dengan saiz lapan kali ganda daripada Bumi. Planet itu terletak di konstelasi Cancer, sekitar 40 juta tahun cahaya dari Bumi.

Para astronomi sejatinya telah mengesan planet ini sejak tahun lalu. Pengesanan itu kemudian dilanjutkan dengan pemerhatian oleh pasukan penyelidik terhadap radius dan massa planet untuk menentukan sususan kimianya.


"Permukaan planet itu lebih mungkin berupa grafit dan berlian daripada berupa air dan granit," kata Madhusudhan seperti dilaporkan AFP, Jumaat (12/10).

Lebih lanjut, '55 Cancri e 'bergerak mengelilingi sebuah bintang yang disebut '55 Cancri'. Jarak antara keduanya sangat dekat sehingga satu kali revolusi (satu tahun) hanya memerlukan masa 18 jam. Akibat jaraknya yang sangat dekat dengan bintangnya, suhu '55 Cancri e 'sangat panas. Suhu dianggarkan mencapai rata-rata dua ribu darjah celcius.

http://detikislam.blogspot.com"
 

Panduan Ibadah Korban

Oleh: al-bahanj

"

Pengertian korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri daripada unta, lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada ALLAH Ta`ala pada hari raya `Eidul Adha dan hari-hari Tasyrik.

Dalil Disyariatkan 
 
ALLAH Ta`ala berfirman:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

“Maka dirikanlah solat kerana TUHANmu dan berkorbanlah.”  
 
(Surah al-Kautsar, 108: 2)
 
 
 
Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang  maksudnya:

“Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk.  Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut Nama ALLAH, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.”

(HR al-Bukhari-5245 dan Muslim-1966)

Hukum Korban
 
Hukumnya ialah sunat muakkad.

Namun, ia boleh jadi wajib dengan 2 sebab, iaitu:

1)  Apabila seseorang mengisyaratkan kepada binatang miliknya yang sesuai untuk korban, seperti dia menyatakan:  ”Ini korbanku” atau “Aku akan korbankan kambing ini”.  Ketika itu korban menjadi wajib ke atasnya.

2)  Apabila dia mewajibkan ke atas dirinya untuk mendekatkan diri kepada ALLAH dengan melakukan korban.  Seperti dia berkata:  ”Wajib ke atasku korban kerana ALLAH”.  Ketika itu, korban menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadah lain ke atas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib ditunaikan.

Siapakah Yang Dituntut Untuk Berkorban?
 
Ibadah korban dituntut bagi seseorang yang mempunyai syarat-syarat berikut:

1)  Islam

2)  Baligh dan berakal.

3)  Berkemampuan:  Dengan memiliki harta yang lebih untuk korban iaitu melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan mereka yang di bawah tanggungannya samada makanan, pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari Tasyrik.

Binatang Yang Disyariatkan Untuk Korban
 
Tidak sah korban kecuali dengan unta atau lembu (kerbau) atau kambing.  Ini berdasarkan firman ALLAH Ta`ala:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat.”  
 
(Surah al-Hajj, 22:34)

Perkataan binatang ternakan (الْأَنْعَامِ) sebagaimana dalam ayat di atas bermaksud tidak terkeluar daripada 3 jenis binatang ternakan iaitu unta, lembu dan kambing.  Tiada riwayat daripada Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam atau para sahabat bahawa mereka berkorban dengan binatang lain.

Yang paling afdhal ialah unta, kemudian lembu, kemudian kambing.

Harus korban dengan 1 bahagian daripada 7 bahagian unta dan lembu (seekor unta atau lembu boleh dibahagikan kepada 7 bahagian.  Jabir radhiAllahu `anhu berkata:

“Kami melakukan korban bersama Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pada tahun Hudaibiyah dengan dibahagikan seekor unta kepada 7 bahagian dan seekor lembu juga dibahagikan kepada 7 bahagian.”

(HR Muslim-1318)

Syarat-syarat Binatang Korban
 
1)  Umur

Bagi unta, umurnya mesti sudah memasuki tahun ke-6.  Bagi lembu dan kambing (al-maiz), umurnya mesti memasuki tahun ke-3.

Manakala bagi kambing biri-biri (al-dho`nu), umurnya mesti memasuki tahun ke-2 atau gigi hadapannya telah gugur (kerana bersalin gigi) walaupun belum sampai satu tahun.  Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu katanya:  Aku mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:

“Sebaik-baik binatang korban ialah kambing biri-biri yang berusia 2 tahun.”  

(HR Ahmad-2/245)

2)  Selamat (tidak cacat)

Daripada al-Barra’ bin Azib bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:

“4 perkara yang menyebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk dikorbankan.  Yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas tempangnya dan yang terlalu kurus hingga tidak berotak.”

(HR at-Turmudzi-1497 dan Abu Daud-2800)

Keaiban yang disebutkan di atas diqiaskan kepada semua jenis keaiban yang seumpamanya yang boleh menyebabkannya kurus dan kurang daging.

Waktu Korban
 
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Perkara pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya `Eidul Adha) ialah kami bersolat.  Kemudian kami pulang dan menyembelih korban.  Oleh itu, sesiapa yang melakukan perkara tersebut maka dia telah melaksanakan sunnah kami.  Dan sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan untuk ibadah korban sedikit pun.”

(HR al-Bukhari-5225 dan Muslim-1961)

Maksud perkataan:  “Sesiapa yang telah menyembelih sebelum itu” ialah sebelum masuk waktu solat hari raya dan sebelum berlalu waktu sekadar yang sempat didirikan solat hari raya.

Dari Jabir bin Mut`im bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Setiap hari Tasyrik adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih korban).”

(HR Ibnu Hibban-1008)

Maka, waktu dilakukan korban ialah selepas waktu solat Hari Raya `Eidul Adha dan berlanjutan sehingga hari-hari Tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.  Berakhir waktu dilakukan korban ialah terbenamnya matahari 13 Dzulhijjah.

Adab-adab Ibadat Korban
 
1)  Makruh menghilangkan bulu atau memotong kuku bagi sesiapa yang berniat mahu melakukan ibadah korban.  Maka, dia hendaklah menjaganya dengan baik sehingga haiwan korbannya disembelih.

Dari Ummu Salamah radhiAllahu `anha bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Apabila kamu melihat anak bulan Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin melakukan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan dari memotong bulunya dan kukunya (sehingga haiwannya disembelih).”

(HR Muslim-1977)

2)  Sunat kepada yang berkorban menyembelih binatang korbannya sendiri.  Jika dia tidak boleh melakukannya, maka hendaklah dia hadir bersama menyaksikan penyembelihan yang dilakukan.

Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda kepada Fatimah radhiAllahu `anha yang maksudnya:

“Bangunlah kepada korbanmu dan saksikanlah ia kerana sesungguhnya (dengan tertitisnya) titisan darah yang pertama maka akan diampunkan dosamu yang terdahulu.  Fatimah bertanya:  Wahai Rasulullah, ini adalah untuk kita Ahlul Bait sahaja atau untuk kita dan orang-orang Islam seluruhnya?  Rasulullah menjawab:  Bahkan untuk kita dan untuk semua orang-orang Islam seluruhnya.”

(HR al-Hakim-4/222 dengan sanad yang sahih)

3)  Sunat bagi pemerintah orang-orang Islam atau pemimpin mereka untuk berkorban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang Islam dan melakukan ibadah korban di tempat dilakukan solat hari raya.

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah korbankan seekor kibasy.  Dan Baginda mengucapkan semasa sembelih:  Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad dan umat Muhammad.  Baginda menyembelih di tempat solat di mana orang ramai berkumpul untuk solat (musolla).  Dan Baginda menyembelih binatang tersebut dengan tangan Baginda sendiri.”

(HR Muslim-1967)

Daripada Ibnu `Umar radhiAllahu `anhuma, katanya:

“Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menyembelih (binatang korbannya) di tempat didirikan solat.”  

(HR al-Bukhari-5232)

Apa Yang Dibuat Dengan Korban Selepas Disembelih?
 
1)  Sekiranya korban itu wajib, samada dengan nazar atau ditentukan sebagaimana dijelaskan di atas, maka tidak harus bagi orang yang melakukan korban dan mereka di bawah tanggungannya memakan daging korbannya itu.  Jika salah seorang daripada mereka memakan sedikit daripadanya, maka hendaklah diganti dengan daging lain atau dibayar dengan nilaian (sekadar daging yang dimakan itu).

2)  Sekiranya korban itu sunat, harus baginya makan mengikut kadar yang dikehendaki dengan syarat dia hendaklah bersedeqah sedikit daripadanya.  Yang paling afdhal ialah makan sedikit untuk keberkatan dan bakinya disedeqahkan.  Harus baginya makan 1/3, dan 1/3 disedeqahkan kepada fakir, dan 1/3 lagi dihadiahkan kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekali pun mereka adalah orang kaya.

Apa yang diberikan kepada orang kaya, ia adalah hadiah, maka tidak boleh dijual oleh orang kaya itu.  Dan apa yang diberikan kepada orang fakir adalah untuk dimilikinya.  Oleh itu dia bebas samada hendak memakannya atau menjualnya.

3)  Bagi orang berkorban, dia boleh sedeqahkan kulit binatang korbannya atau dimanfaatkan untuk dirinya sendiri.  Tetapi tidak boleh dijual atau diberikan kepada penyembelih binatang korban sebagai upah kepada penyembelihannya.  Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekurangan pada binatang korban dan merosakkan ibadah korbannya.  Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjual kulit binatang korbannya maka tidak ada korban baginya.”

(HR al-Baihaqi-9/294)

Allahu A`lam.  Begitulah antara maklumat dan ilmu mengenai ibadah korban yang disunting dari kitab terjemahan Al-Fiqhul Manhaji `ala Madzhab al-Imam asy-Syafi`i, karya Dr Mustofa al-Khin, Dr Mustofa al-Bugho dan Ali asy-Syarbaji.  Mudah-mudahan bermanfaat.

Bagi menambahkan lagi maklumat, ilmu, kefahaman serta mengetahui perbahasan ringkas mengenai ibadah korban, tuan/puan boleh juga membaca artikel dari pautan ini, in sha’ ALLAH:
Semoga kita semua diberikan hidayah dan taufiq dari ALLAH Ta`ala dan semoga amalan-amalan kita semua diterima olehNYA, amin.

28 Dzulqa`idah 1433
15 Oktober 2012

Wednesday, August 29, 2012

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Oleh: kamal_hasan

"Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya.

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."



ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Sunday, August 26, 2012

Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Ikut Barat


Oleh: ismanusa

"
Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine samada lelaki atau wanita memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saintis muda yang tekun dalam kajian bidang fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang ahli yang aktif di pusat tersebut.





Pusat Islam Kyiv
Selepas Imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz syahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan perisytiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry mula menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukannya didalam Islam ialah hasil dari kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya memeluk Islam.
Majlis Lafaz Syahadah Saudara Dimitry
Dimitry mula menerangkan bahawa ia menjalankan kajiannya bersama sepasukan saintis yang berwibawa dalam bidang kajian Vacuum Physics dibawah kelolaan Prof Nikolay Kosinikov yang merupakan pelopor dalam bidang tersebut. Dia menyatakan mereka membuat ujikaji terhadap sebuah globe bagi mengesahkan teori terbaru yang menjelaskan tentang putaran bumi dipaksinya, dan mereka berjaya mengukuhkan teori itu. 

Akan tetapi Dimitry mengetahui terdapat riwayat dalam sebuah hadis dari nabi saw yang diketahui umat Islam, bahkan termasuk dalam asas akidah mereka. Hadis ini mengukuhkan lagi tentang kajian yang telah dibuatnya. Dimitri merasa yakin bahwa pengetahuan seperti ini, yang terdapat lebih dari 1.400 tahun yang lalu hanya mungkin didapati dari Tuhan yang mencipta alam ini sendiri.

Teori yang dikemukan oleh Prof. Kosinov merupakan teori yang paling baru dalam menjelaskan fenomena perputaran bumi pada paksinya. Kumpulan pengkaji ini menyediakan sebuah sampel berupa globe yang diisi penuh dengan cairan dari logam, kemudiannya mengenakannya dengan medan magnet yang terhasil dari electrode akibat caj dua elektronik. Iaitu proses aliran arus letrik DC melalui electrode yang menghasilkan medan magnet kemudiaanya menyebabkan globe diisi cairan logam itu berputar pada paksinya. Fenomena ini dinamakan “electo-magno-dynamic phenomenon”. Gerak ini pada asanya menjadi aktivitas perputaran bumi pada paksinya.

Realitinya di alam ini, daya matahari merupakan “kekuatan penggerak” yang melahirkan medan magnet yang mendorong bumi untuk berputar pada paksinya. Kemudian gerak putaran bumi ini samada cepat atau lambatnya seiring dengan daya kekuatan daya matahari. Atas dasar ini pula bergantung kedudukan arah kutub utara dan juga kearah manakah kedudukan tersebut.

Telah didapati bahawa kutub magnet bumi hingga tahun 1970 bergerak dengan kecepatan tidak lebih dari 10 km dalam setahun, akan tetapi pada tahun-tahun terakhir ini kecepatan tersebut bertambah hingga 40 km dalam setahun.

Bahkan pada tahun 2001 kutub magnet bumi bergeser dari tempatnya hingga mencapai jarak 200 km dalam sekali gerak. Ini berarti bumi dengan pengaruh daya magnet tersebut mengakibatkan dua kutub magnet bergantian tempat. Artinya bahwa “gerak” perputaran bumi akan mengarah pada arah yang berlawanan. Ketika itu matahari akan terbit (keluar) dari Barat.

Ilmu pengetahuan dan maklumat seperti ini tidak didapati Dimitry dalam buku-buku atau didengar dari manapun, akan tetapi ia memperoleh kesimpulan tersebut dari hasil kajian dan uikaji makmal yang dijalankan. Ketika dia meneliti berbagai-bagai kitab agama lain, ia tidak mendapatkan satupun petunjuk kepada maklumat tersebut selain dari Islam.

Ia mendapati maklumat tersebut dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda,” “Tidak akan terjadi kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya, apabila ia telah terbit dari barat dan semua manusia melihat hal itu maka semua mereka akan beriman, dan itulah waktu yang tidak ada gunanya iman seseorang yang belum pernah beriman sebelum itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah. Dan riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah)

Matahari terbit dari Barat akan terjadi selama satu tempoh, kemudian tertutuplah pintu taubat. Setelah itu, gerakan matahari pun akan kembali seperti sebelumnya terbit dari timur sampai terjadinya kiamat. Saintis NASA juga mengesahkan fenomena ini seperti dalam artikel dibawah. 


Dari Ibn ‘Abbas, “Maka Ubai bin Ka’ab berkata: “Maka bagaimana jadinya matahari dan manusia setelah itu?” Rasulullah menjawab: “Matahari akan tetap menyinarkan cahayanya dan akan terbit sebagaimana terbit sebelumnya, dan orang-orang akan menghadapi (tugas-tugas) dunia mereka, apabila kuda seorang laki-laki melahirkan anaknya, maka ia tidak akan dapat menunggang kuda tersebut sampai terjadinya kiamat.” (Fathul Baari, Kitaburriqaq, Juz 11, Thulu’issyamsi Min Maghribiha)

Thursday, July 19, 2012

13 Kesilapan Dan Kesalahan Puasa


Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikan-Nya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesilapan dan kesalahan ketika puasa. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat
sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama
aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
 
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda. 

5. Semakin cepat marah
sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
 
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun

Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya;

Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan, sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)

Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar
solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;

Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur

"Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?”   Jawab Nabi:Ya abal Hasan!
Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Di kutip dari:"Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Miz

Ramadhan Yang Dinanti..


Daripada Ka’ab Bin Ujrah r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hadirlah ke mimbar.” Maka kami semua pun hadir.
Apabila beliau naik satu anak tangga mimbar, beliau berkata, “amin” dan apabila naik anak tangga yang kedua, beliau berkata “amin” dan apabila beliau naik anak tangga yang ketiga baginda berkata “amin.”
Apabila beliau turun, kami telah bertanya, “Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar.”
Beliau bersabda, “Sesungguhnya Jibril telah muncul kepadaku dan berkata :Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan. Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan didepannya, tidak pula dia menselawatimu.Maka aku berkata, amin.”
“Apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : Binasalah dia yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapimereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga. Aku berkata “amin.”
[Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban di dalam sahihnya]
Pengajaran yang diperoleh daripada hadis ini:*
1. Bersegeralah bertaubat meminta keampunan daripada Allah SWT dan berazam untuk tidak mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan itu lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, lagi Maha Pengampun. Tiada dosa dan kesalahan yang tidak akan diampunkan-Nya, melainkan perbuatan syirik kepada-Nya. Oleh itu, janganlah sesekali kita berasa sedih dan berputus asa terhadap-Nya. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. Sabda Nabi SAW, ertinya:
“Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka” [Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106]
Berkata At-Tibi : “Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menhalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat”[Tuhfatul Ahwazi, 7/193] [1]
2. Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan mulia, Rasulullah SAW terutamanya  setiap kali nama baginda SAW disebut. Firman Allah SWT yang acapkali dilafazkan oleh para khatib di masjid-masjid ketika khutbah Jumaat;
ahzab56
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. [al-Ahzab: 56]
Diriwayatkan bahawa makna selawat Allah kepada Nabi adalah pujian atas beliau di hadapan para malaikat-Nya, sedang selawat malaikat bererti mendoakan manakala selawat umatnya bererti permohonan ampun untuknya. (Demikian seperti disebutkan al-Bukhari dari Abul Aisyah). [2]
Antara dalil-dalil lain yang berkaitan dengan keutamaan amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW:[3]
Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )
Sabda Nabi s.a.w : “ Berselawat atas para Nabi Allah dan utusan-Nya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus . “ (Hadis Riwayat Ahmad & Al-Khatib )
Sabda Nabi s.a.w : “ Dari Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda:Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku , maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada . “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )
Sabda Nabi s.a.w : “ Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah menerima ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya. “ ( Hadis Riwayat Abu Daud )

3. Berbaktilah kepada kedua-dua ibu bapa kita sebelum terlewat.Hendaklah kita sentiasa mengambil berat dan menjaga hati mereka lebih-lebih lagi tatkala usia mereka semakin lanjut. Jangan sesekali kita berkasar terhadap mereka, kerana sesungguhnya tiada suatupun yang dapat kita lakukan untuk membalas jasa-jasa yang telah mereka taburkan ke atas kita. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Wa iyazubillah, jangan sesekali kita menderhaka kepada kedua-dua orang tua kita. Firman Allah SWT;
al-isra23al-isra24
“Dan telah memutuskan Tuhanmu supaya janganlah kalian menyembah selain Dia, dan hendaklah kalian berbuat baik kepada ibu bapa kalian dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu atau kedua-duanya, maka sekali-kali janganlan engkau mengatakan “ah!” kepada kedua-duanya dan janganlah membentak mereka dan  ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia (baik dan sopan). Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua mendidik aku ketika kecil” .[al-Isra`: 23-24]