Sunday, February 27, 2011

Hadapi Pilihanraya Dengan Akhlak Islami


1. Kita adalah mewakili Gerakan Islam yang menyertai politik berpilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk meloloskan Islam dari kepungan jahiliyah moden hari ini mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun selama mana cara dan kaedah itu diizinkan oleh syara' .

2. Justeru itu, penyertaan dan penglibatan kita dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh rasa ingin berpilihanraya semata atau didesak keinginan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh semata, sebaliknya ia adalah didokong oleh prinsip untuk menjulang Islam dan segala syariatnya agar menempati ruang yang selayaknya sebagai cara hidup [ way of life ] pula mengatasi kedudukan ideologi ciptaan manusia.

3. Bertolak dari nokhtah ini, partisipasi kita dalam seluruh kegiatan politik tanahair hari ini adalah satu ibadah atau pengabdian diri kita kepada Allah swt. Justeru itulah, kita bertanggungjawab pula untuk memastikan setiap langkah kita dalam sebarang aktiviti politik ini, samaada dalam aspek menggaris matlamat, melakar objektif, merencana strategi dan mengurus operasi, segalanya mestilah berlandaskan syariat dan akhlak Islami.

4. Tindakan yang dihambat emosi, dihasut nafsu dan dirasuk dendam adalah suatu yang mesti dielakkan dalam gerak langkah kita berkempen dan mencari sokongan politik. Bahkan apa yang wajar dan sayugianya ialah setiap pimpinan dan ahli PAS mempamerkanqudwah yang unggul dan uswah yang luhur mencerminkan bayangan akhlak terpuji didikan Rasul saw.

5. Jauhkan diri dari politik maki hamun dan caci nista biapun saat mendepani provokasi luarbiasa dari pihak lawan. Kekalkan rentak berakhlak sekalipun dilatari kebingitan melampau yang mencabar rasa dan cita kita sepanjang tempoh perjuangan, khasnya di saat mendepani detik pilihanraya umum atau kecil.

6. Bukankah Allah swt mewahyukannya kepada kita semua :

فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب لانفضوا من حولك فاعف عنهم و استغفر لهم و شاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين

Maka dengan sebab Rahmat [yang melimpah] dari Allah swt [kepadamu Wahai Muhammad], Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka [sahabat-sahabat dan pengikutmu], dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka [mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu], dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka dalam urusan [peperangan dan hal-hal keduniaan] itu. kemudian apabila Engkau telah berazam [Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu] maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Surah Aali Imran : 159

7. Ayat ini sebahagian dari strategi penting yang perlu dilaksana dan dihayati untuk menghasilkan kesan mendalam dalam urusan kempen kita sepanjang tempoh pilihanraya. Sementara umum mengetahui bahawa pilihanraya adalah berkait dengan undi yang ingin diperolehi dari rakyat atau pengundi. Maka ia memerlukan satu pendekatan yang lunak dan meyakinkan pengundi untuk mereka hampir dengan kita lalu memberikan undinya kepada kita.

8. Pilihanraya bukan medan peperangan untuk menghunus senjata tajam seumpama pedang guna memenggal leher lawan dan menebas betis penghalang, tetapi pilihanraya adalah gelanggang untuk memenangani hati pengundi agar memberi peluang serta kepercayaan kepada kita untuk memimpin dan mewakili mereka dalam satu - satu kawasan pilihanraya yang ditandingi.

9. Akhlak menjadi senjata berkesan di medan pilihanraya justeru ia berkait dengan usaha konsisten untuk memenangi hati pengundi. Memenangi pilihanraya, kita perlukan undi dari semua pihak sekalipun bukan dari kalangan kita. Maka hal ini hanya boleh dicapai apabila kita berjaya memenangi hati dan meyakinkan mereka untuk memberi sokongan kepada kita. Hanya akhlak mulia [ Islami ] yang boleh memenangi hati manusia. Caci nista pula menjauhkan kita dari mereka dan menjarakkan mereka dari kita.

10. Kawal diri dan kekang emosi terutama saat berdepan provokasi. Marilah kita bina suasana politik baru yang berteraskan politik Rasulullah saw. Terutama pada hari perarakan penamaan calon dan hari akhir sewaktu merayu undi, sekali lagi saya seru agar elakkan diri dari melontarkan kalimah dan slogan yang tidak mencerminkan ketinggian budi dan akhlak muslim. Berwatak matanglah dalam memimpin slogan serta aksi tanpa mencemuh pihak lain. Pilih slogan yang boleh menaikkan semangat juang dengan penuh hemah.

Murnikan Perjuangan maknakan Kemenangan

Oleh : nasrudin

*Dakwah bilhal afsah min dakwah billisan..

Tuesday, February 08, 2011

Bahagia Yang sukar Diungkap...

Bismillah walhamdulillah...Maafkan diri ini kerana membiarkan entri ini tidak terisi..Hidup ini benar-benar satu ujian. Pejam celik pejam celik, usia semakin meningkat. Tempoh hidup semakin singkat. Sesekali kesihatan terjejas, jiwa terasa lemah. Longlai nafas perjuangan. Lelah, letih, jemu dan segala-galanya menjengah. Sedaya mungkin.. bermengah-mengah mencari punca, agar jiwa terus bermaya. Tidak cepat menyerah kalah apatah lagi berputus asa...

Segera perkukuh rasa berhubung dengan Allah (Ma'iyatulLah), adalah antibiotiknya. Pertemuan ukhuwwah dan tarbiyah adalah ubatnya. Menyibukkan diri dengan amal dakwah adalah pencegahannya. Sedikit demi sedikit tubuh kembali terasa segar.. menghirup nafas panjang perjuangan dengan kelapangan dada dan kebesaran jiwa..

Bersyukur ke hadrat Illahi dan jazakallah khair buat Us Zairol yang mengundang diri yang serba kekurangan ini untuk mengisi kuliah muslimat di Kota Warisan..Alhamdulillah dengan izinNya kuliah tersebuat telah pun bermula pada 30hb Januari yang lalu dan insyaAllah kuliah ini akan berterusan sebulan sekali..

Terima kasih Ya Allah, melorongkan aku di jalan ini. Sungguh, tiada daya dan upaya diri ini tanpa keagungan kasihMu, tanpa keluasan rahmatMu. Seringkali dalam perjalanan dakwahku yang kerdil ini, mereka para mad'u (sasaran dakwah) menyatakan penghargaan dan terima kasih mereka buatku atas usaha yang sangat sedikit itu. DemiMu Ya Allah! Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya akulah yang lebih memerlukan mereka dan akulah yang sepatutnya berterima kasih kepada mereka...

Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan dakwah ini. Untuk membasuh dosa-dosa silamku yang tidak mereka ketahui, namun Engkau Maha Mengetahuinya, Ya Allah. Akulah yang sebenarnya sangat memerlukan mereka. Perkongsian ilmu, didikan dan bimbinganku selama ini kepada mereka sebenarnya bukan sepenuhnya untuk mereka, tetapi juga untuk diriku. Terlebih banyak sebenarnya untuk diriku sendiri. Agar selepas itu aku mempunyai satu sebab yang sangat jelas yang boleh memaksa diriku untuk lebih gigih beramal dan mempertingkatkan diri. Agar aku boleh mengherdik diriku diriku sendiri "cakap jangan tak serupa bikin". Agar boleh aku mencela hatiku sendiri "apa ni, cakap bukan main lagi, mu sendiri buat ker tidak?" Semoga semua celaan dan herdikan itu menjadi satu sebab yang boleh mendorong aku mempertingkatkan diri. Sungguh, aku lebih memerlukan dakwah ini dari mereka.

Ya Allah, peliharalah hatiku atas penghargaan yang mereka berikan. Kerana hakikatnya diriku ini memang langsung tidak berharga tanpaMu Ya Allah. Ya Allah bantulah aku untuk terus menikmati manisnya berhubung denganMu di atas jalan dakwah ini. Terima kasih kerana menjadikan lelahku di atas jalan dakwah ini, satu nikmat yang tidak terucap. Letih tapi sangat membahagiakan... Termengah-mengah, tapi melahirkan kerinduan yang bersangatan... Sehingga kini aku sedari, tak mungkin dapat aku jalani hidup ini tanpanya. Tak tergambar bagaimana boleh aku melalui hari demi hari tanpanya. Moga bahagia itu adalah keranaMu. Moga rindu itu adalah untukMu... terima kasih Ya Allah!

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat suamiku yang mengizinkan aku memulakan perjalanan dakwah ini, sungguh tanpa sokonganmu diri ini masih lagi tidak mampu memulakan langkah yang pertama ini..Mudah-mudahan kita terus thabat dalam menggapai mardhatillah...insyaAllah

Thursday, January 06, 2011

Fikir-fikirkanlah...

Parti Islam Se-Malaysia PAS merakamkan perasaan sedih yang menimpa kepada rakyat Malaysia kerana terpaksa membayar kos hidup yang mahal dengan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak sepuluh sen menjadikan sekarang harga RM2.40 sen seliter bermula tengah malam 4 Januari 2011. Sebelum pilihanraya kecil Galas minyak RON 97 naik 15 sen, selepas BN menang pilihanraya kecil RON 95 pula naik 5 sen. Senario yang sama juga akan berlaku sebelum dan selepas Pilihanraya kecil Tenang pada 30 Januari 2011 jika BN menang.


Menjadi kelaziman biasa, ketika minyak naik kerajaan memberi alasan untuk mengurangkan sabsidi petrol untuk 27 juta rakyat sebanyak RM 11 bilion, tetapi untuk penjana bebas (IPP) milik kroni tidak dikurangkan subsidi sebanyak RM19 bilion. Rakyat Malaysia tidak tidak dengar sepatah perkataan daripada pemimpin yang kononnya rakyat didahulukan akan menarik balik subsidi untuk IPP. Apa yang kita kedengaran ialah subsidi untuk rakyat ditarik setiap bulan dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan yang ada tidak pernah memikirkan penderitaan dan keperitan rakyat sehingga berkerut dahi membayar yuran sekolah anak di awal pengajian. Belum sempat bernafas, datang pula berita kenaikan harga minyak RON 97. Layaklah singkatan BN, ialah barang naik, bila naik baru naik, berapa naik, banyak naik dan BN “Bala Nanti”.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

*Apabila harta negara hanya berlegar di kalangan orang yang tertentu sahaja...

Wednesday, January 05, 2011

TENANG :PEMUDA PAS SIAP SIAGA

Pilihanraya adalah medan demokrasi untuk rakyat diberi kebebasan dan hak dalam memilih pemimpin mereka. Justeru itu, suasana yang hormonis dan kondusif sangat diperlukan oleh pengundi agar mereka mampu membuat pilihan yang tepat tanpa sebarang tekanan dan gangguan yang mengalih tumpuan mereka.

2. Kempen dari parti - parti yang bertanding sewajarnya adalah untuk memberi maklumat dan membuat tawaran - tawaran yang positif kepada rakyat demi kepentingan mereka. Sangat tidak wajar apabila pilihanraya dijadikan medan untuk menyogok dan mengugut. Lebih malang medan demokrasi itu dicemari dengan fitnah dan tohmahan yang tidak berasas.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar tindakan terdesak

sesetengah pihak dalam usaha mereka mencari kemenangan dalam pilihanraya kecil N 05 Tenang dengan menabur fitnah bagi menjatuhkan reputasi lawan mereka secara tidak bermoral dan tidak gentleman .

4. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan yang bertugas diletakkan dalam keadan siap siaga mendepani fitnah jahat yang dilancarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jelas ini adalah tindakan desprado yang hanya berusaha meraih simpati , sokongan dan pengaruh murahan .

5. Saya menyeru kepada semua pihak agar beraksi di gelanggang pilihanraya ini dengan mengamalkan pendekatan politik yang matang dan berhemah . Santuni pengundi, menangi hati mereka dan raih sokongan mereka secara positif dan informatif . Elakkan sebarang tindakan provokatif yang mencetus suasana tidak aman dan tenang justeru pilihanraya untuk memilih pemimpin bukan untuk beradu kekuatan fizikal.

Oleh:Us Nasrudin

*Ya ALLAH, berikanlah kepada mereka yang memperjuangkan agamamu...

Thursday, December 09, 2010

Kenalilah Ketuanan Melayu UMNO


Apabila pemimpin Umno bercakap soal ketuanan Melayu, sama seperti kalau isteri pemimpin Umno menyeru wanita semua kena menutup aurat, kerana ini adalah arahan Allah. Inilah analogi yang layak dipakai, dalam erti kata yang lain cakap tidak serupa bikin. Selepas PRU 2008 pemimpin Umno macam orang kena sawan. Berbagai formula yang dicari untuk menyembuhkan penyakit. Sudah banyak doktor pakar datang merawat, sudah banyak tok bomoh membaca jampi, namun penyakit ini tidak juga sembuh malahan makin parah.

Cuma ada satu lagi ubat untuk dicuba iaitu Ketuanan Melayu. Dengan muka tidak malu pemimpin Umno mula menunjukkan Umno juara Melayu dan Pakatan Rakyat tidak bela Melayu. Dakwaan mereka, yang boleh tegak ketuanan Melayu ialah melalui Umno. Sebenarnya Umno cuba menutup bangkai gajah dengan tudung saji, kerana cuba untuk menutup kegagalan mereka selama ini.


Orang Melayu jangan tertipu lagi dengan slogan ketuanan Melayu ala Umno. Pemimpin Umno cuba meniupkan sentimen ini melalui media televisyen terutamanya. Media ini akan pusing isu ini seolah-olah Umno sahaja yang mempertahankan ketuanan Melayu sehingga setengah rakyat yang menganggap Umno begitu suci dan tidak boleh diganggu.

Sebenarnya ketuanan Melayu Umno hanya untuk menjadi tiket pemimpin mereka menggadai hak Melayu dan memberi kesenangan kepada keluarga dan suku sakatnya sahaja. Dalilnya sudah lebih separuh abad Umno diberi peluang untuk menjaga hak Melayu akhirnya satu persatu tergadai. Bukankah ini semua angkara Umno?

Faktanya ketuanan Melayu Umno telah merugikan orang Melayu, bukan mengangkat martabat Melayu di negara ini.

Ketuanan Melayu Umno menjadikan taraf hidup orang Melayu semakin menurun, malahan lebih teruk daripada kaum India. Dalam parlimen pada tahun 2007 , disebutkan bahawa lebih 600,000 rakyat di negara ini hidup di bawah paras kemiskinan iaitu berpendapatan kurang dari RM800. Statistik kaji selidik pendapatan isi rumah yang dilakukan menunjukkan hampir 90 peratus daripada mereka yang berada di bawah paras kemiskinan adalah orang Melayu. Memanglah kemiskinan adalah satu senjata untuk Umno guna bagi mengekalkan kuasa, dalilnya Sabah dan Terengganu yang berada di bawah ketuanan Melayu Umno merupakan negeri termiskin di Malaysia walaupun keduanya kaya dengan minyak


Ketuanan Melayu Umno yang menindas negeri Kelantan, walaupun majoriti rakyatnya Melayu. Sebanyak 118 projek pusat disekat sejak RMK 6 tahun 1991. Apakah Tuan Guru Nik Aziz yang memimpin Kelantan seorang Bangladesh?

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan peneroka bandar telah dihalau macam anjing. Yang menjadi broker ialah pemimpin Umno dengan pemaju. Contoh yang terdekat seperti yang berlaku kepada penduduk setinggan di Kampung Plentong Tengah Pasir Gudang. Mereka sudah tinggal 30 tahun dan menjadi penyokong tegar Umno. Sewaktu mereka dihalau, batang hidung pemimpin Umno langsung tidak nampak. Begitu juga apa yang terjadi di Kampung Berembang Ampang di zaman Umno berkuasa. Ini semua kawasan tegar menyokong Umno. Sewaktu berhadap dengan pemaju ialah daripada PAS, PKR, DAP dan NGO sehingga ada yang merengkok dalam lokap. Mana pergi pemimpin Umno yang hendak menegakkan ketuanan Melayu ketika penyokong mereka dihalau.



Ketuanan Melayu Umno menyebabkan orang Melayu ketinggalan kebelakang. Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku kepada pemimpin Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat. Seperti yang pernah dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Dato’ Zainal Osman Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%.


Ketuanan Melayu Umno mengorbankan kepentingan agama dan bangsa sendiri. Persempadanan semula 2003, menunjukkan Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Akibat persempadanan ini selepas pilihan raya umum ke 11 pada 21 Mac 2004 lalu, kerusi Melayu tinggal hanya 54.33 peratus sahaja. SPR dengan arahan BN enggan menambah kerusi majoriti Melayu, khuatir kedudukan politik mereka terancam. Walaupun pertambahan pengundi di Kelantan 24 %, Terengganu 21.76% dan Kedah 17.4%. Malangnya kerusi Parlimen di negeri tersebut tidak bertambah.

Ketuanan Melayu Umno, menyebabkan lesap RM52 bilion saham yang diperuntukkan kepada para pelabur bumiputera dari 1984 hingga 2005. Hanya nilai RM2 bilion sahaja yang masih ada di tangan bumiputera.

Ketuanan Melayu Umno punya angkara, sehingga pernah menjual saham BERNAS (Syarikat Beras Negara) kepada syarikat Wan Tak Co. Ltd yang berpengkalan di Hong Kong sebanyak 31.36%. Umno tidak sedarkah majoriti yang mengusahakan sawah ialah orang Melayu. Apakah jaminan petani-petani ini tidak dizalimi. Amat merbahaya apabila syarikat asing menguasai lesen beras negara di negara yang tercinta. Cuba bayangkan kalau yang menjual itu ialah kerajaan Pakatan Rakyat, nescaya akan dituduh agen asing di negara ini.


Ketuanan Melayu Umno sanggup mengkhianati hak orang miskin contohnya lesap wang PPRT sebanyak 32 juta ditipu oleh lelaki Cina Ooi Kee Siang. Yang menjadi menterinya pada waktu itu ialah Datuk Anuar Musa daripada Umno.

Ketuanan Melayu Umno yang sanggup membunuh bahasa sendiri dengan menyokong mata pelajaran Metematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris, walaupun berpuluh orang profesor dan pakar pendidikan tidak bersetuju. Demi untuk memberi projek kepada kroni, biarlah bahasa hancur dan RM6 bilion wang negara hangus. Sedangkan berapa lama usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu telah hancur berkecai. Malahan pemimpin Umno melemparkan tuduhan kepada pejuang bahasa sebagai pelampau. Jika bahasa sendiri pun Umno tidak boleh pertahankan, apa yang hendak diharapkan untuk menegakkan satu bangsa yang lebih gagah.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, November 24, 2010

Aku Ingin Menjadi Ketua Bidadarimu...


" Aku rasa tenang dan gembira apabila mengetahui suami isteri yang soleh dan solehah akan berkahwin lagi di akhirat, Aku sangat takut jika aku tidak mampu untuk menjadi isteri solehah untuk suami sesoleh dirimu...

Jika kedudukanku tidak melayakkan aku untuk bernikah lagi denganmu, Allah SWT akan menggantikan untukmu pasangan yang jauh lebih baik.Tika itu, aku tidak layak lagi menjadi Ketua Bidadarimu...na'uzubillah..

Suamiku, andai dengan redhamu, aku layak ke sana, pasti aku akan minta dirimu bersama dan aku akan memilih untuk menjadi Ketua Bidadari untukmu...

Bingkisan ini kutulis hanya kerana aku terlalu menghargai dan mencintaimu duhai suamiku...
Terima kasih kerana menjadi IMAM untuk hidupku ini..Aku berdoa dapat bercinta lagi denganmu di Taman Firdausi..."Amin Ya Rabb!

Sunday, November 07, 2010

Memikul Keldai


Suatu hari, seorang pemuda diserahkan oleh bapanya kepada seorang guru sufi untuk dididik cara mengawal nafsunya.
"Siapkan bekalan.Mari ikut saya bermusafir."kata guru sufi itu sebaik sahaja pemuda itu tiba di madrasahnya.Pemuda itu agak terkejut kerana dia masih keletihan akibat perjalanan yang jauh ke madrasah guru sufi itu.

"Apa yang perlu saya bawa?"
"Bawa pakaian sehelai dua,"jawa guru sufi itu.

Mereka pun memulakan perjalanan yang jauh.Setelah agak lama, mereka menemui satu bukit yang agak tinggi.

"Kita akan mendaki bukit ini,"
"Mana jalannya?"
"Kita susuri jalan di tepi lereng bukit,"kata guru sufi.

"Nanti, nanti...saya sangat keletihan.alangkah baik jika ada keldai.Kita boleh menunggangnya."
"Kamu hendak menunggang keldai?Baiklah, mari kita membelinya dahulu."

Dalam hatinya berasa lega, dia tidak akan terpaksa berjalan lagi.Dia sangat-sangat keletihan.
Setelah guru sufi membeli dua ekor keldai, dia pun berkata,"Sekarang ada dua ekor keldai.Saya akan menunggang salah seekor daripadanya..."

"Dan saya akan menunggang seekor lagi,"pintas pemuda itu.
"Tidak!"kata guru sufi.
"Mengapa?"
"Jangan bertanya.Patuh sahaja."

Pemuda itu terkejut.Tetapi dia tidak berani melawan.
"Habis, kita akan biarkan seekor keldai ini berjalan tanpa apa-apa beban?"
"Tidak, sebaliknya kamu mesti memikulnya!"

"Memikul keldai menaiki bukit yang tinggi ini?"
"Ya.Pikul keldai ini dan naik ke atas bukit," jawab guru sufi itu pendek dan tajam.

Maka dengan susah payah, dia memikul keldai sambil menyusuri jalan di tepi lereng bukit itu.Termengah-mengah.Dia benar-benar keletihan,Sebaliknya guru sufi itu bersantai-santai menaiki keldainya berjalan di hadapan pemuda itu.Belum sampai separuh perjalanan, pemuda itu pun jatuh keletihan.Dia hampir pengsan.

Setelah merawat si pemuda dan memberinya minuman, guru sufi itu berkata,"Anakku, keldai itu umpama nafsumu.Allah ciptakan nafsu untuk kau menungganginya bukan kau ditunggangi olehnya."

"Maksud tuan?"
"Dengan menurutkan nafsumu, kau akan disusahkannya.Jiwa, hati dan badanmu akan kelelahan.Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas.Lepas satu-satu kehendak dan kerenahnya.Ini samalah dengan kau memikul keldai dan menaiki bukit yang tinggi."

Pemuda itu terdiam.
"Sebaliknya, jika kau menunggangi nafsu dengan mengawal dan menguruskannya, kau akan mendapat kemudahan dalam menjalani kehidupan.Nafsu berguna selagi dia menjadi hamba tetapi apabila dijadikan tuan, apalagi tuhan, maka hidup kita akan dihancurkan."

"Seperti saya yang memikul keldai tadi?"
"Ya.Dan lihat pula betapa mudahnya menyusuri jalan di lereng bukit ini dengan menaiki keldai.Begitulah nafsu apabila dikawal dan digunakan ke arah kebaikan."

"Ya.Ya.Orang yang mengikut perintah hawa nafsunya bagaikan memikul keldai mendaki bukit!"akui pemuda itu.
(Solusi:25)

*Betapa ramai manusia yang melakukan kerosakan di muka bumi akibat mengikut hawa nafsunya...

Saturday, November 06, 2010

Kekalahan di Galas Sebagai Loceng Amaran PRU 13


Parti Islam Semalaysia PAS menganggap kekalahan di Galas dan PKR di Parlimen Batu Sapi sebagai satu loceng amaran untuk terus bangkit dan muhasabah terhadap kerja parti bagi menghadapi Pilihanraya ke 13. PAS menerima kekalahan di Galas sebagai satu adat perlawanan. Pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi merupakan satu siri pilihanraya yang menampakkan ketempangan demokrasi dan pencabulan media terhadap PAS dan Pakatan Rakyat.



Keputusan di Galas bukan satu yang mengejutkan kerana, sebelum ini pilihanraya kecil Manik Urai yang merupakan kubu kuat PAS pun,
PAS hampir tewas dengan majoriti 65 sahaja. Begitu juga sebelumnya ketika PRK Pengkalan Pasir merupakan kubu kuat PAS tewas dan dapat tawan kembali dalam PRU 12.



Insya Allah PAS akan membuat muhasabah ke dalam dengan melihat masalah-masalah yang perlu diperbaiki. Sebagai sebuah parti Islam kekalahan ini akan memberi satu pengajaran yang berguna, kerana setiap musibah ada hikmahnya. Kemungkinan Allah tidak mahu kita leka dengan kemenangan cemerlang PRU 12 sehingga menimpa kekalahan yang mengejutkan dalam PRU 13.

Kekalahan PAS di Galas, bukan bererti kita menjadi malas untuk berjuang, sebaliknya kita mesti bersemangat untuk menggalas amanah ummah di negara ini untuk menggantikan Umno sebagai wadah perjuangan orang Melayu di negara ini. PAS tidak akan membiarkan rakyat menjadi mangsa kezaliman Umno terhadap rakyat sehingga kualiti hidup rakyat semakin teruk. Kenaikan harga barang, jenayah bunuh meningkat, perzinaan dan buang bayi meningkat. PAS mesti berusaha untuk bekerja dengan lebih kuat. Kita perlu sekat kemenangan mereka, dengan kita mesti bekerja kuat untuk menangkis fitnah dan menerangkan wadah perjuangan kepada masyarakat. Sudah cukup mandat yang mereka perolehi selama 53 tahun menyebabkan anak cucu kita terutamanya yang akan menanggung beban.

Kegigihan PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang bekerja dalam pilihanraya tanpa diupah adalah merupakan satu kekuatan, berbanding dengan Umno. Mereka hanya menumpang tuah jentera kerajaan, jika diharapkan jentera Umno maka sudah lama Umno akan berkubur.

Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

*Tiada kekalahan mengikut kamus dan definisi pejuang Islam. Sebab matlamat mereka adalah keredhaan Allah SWT dan apa yang menjadi perkiraan dan perhitungan adalah amal atau kerja. Semuanya dikira dan dihitung disisinya. Semoga ia dikira sebagai amal soleh. Kamus mujahid mencatatkan bahawa hanya ada dua dapatan yang diperolehi. Samada MENANG atau SYAHID. Tetapi mati dijalan Allah itu juga kemenangan disisi Tuhan dan itulah status yang tertinggi. Matlamat sebenarnya sudah digariskan Allah SWT yang menjadikan kita istiqamah dalam perjuangan. Menang atau kalah hanyalah suka-duka perjuangan. Sebagai bunga-bunga diperjalanan. Matlamat sebenar amal kita sebagaimana digariskan Allah SWT dalam surah as-saff: 12:

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Cuma sebagai kesukaan kepada orang yang berjihad, Allah Swt memberi juga kemenangan diatas muka-bumi ini. Kemenangan yang dekat. Kemenangan memerintah di atas mukabumi ini dan itu merupakan kepastian. Bila??? Allah SWT yang tahu. Kalaulah dicukupkan ciri dan syarat kemenangan itu, InsyaAllah sampai masanya takkan kemana. Buah yang sudah masak dan ranum, pasti akan gugur jua. Janganlah dijolok kerana kurang sabar, kerana kemenangan yang demikian tidak matang dan sementara.

Kerana itu, tahniah dan syabas! Buat semua petugas-petugas, ahli dan penyokong semua yang berjaya berkerja dan beramal dijalan Allah SWT sepanjang PRK Galas ini. Kepada mereka yang telah menyumbang segenap kemampuan masa, wang ringgit, harta, tenaga. Semoga amal kita diterima sebagai amal soleh. Kita berkhidmat segenap keupayaan demi untuk kemenangan Islam. Tanpa rasa gugah, kecewa dan putus asa. Kita bertemu lagi dilain PRK ataupun dalam PRU-13 nanti sebagai medan sebenar kita demi melangsungkan perjuangan dibumi bertuah ini. Semoga Allah menganugerahkan kita dengan istiqamah. Kemenangan sebenar adalah kemenangan dunia & akhirat. Teruskan jihad kita…

Monday, October 11, 2010

Apa Masalahnya PAS Menjadi Kapten?



Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Presiden MCA telah cuba memberi gambaran yang salah khususnya kepada masyarakat Cina berkenaan kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya Pakatan Rakyat(PR) memerintah negara ini. Semasa berucap dalam Perhimpunan Agung MCA kali ke 57 pada hari Ahad 10/10/10, beliau telah menyatakan bahawa jika PR memerintah maka PAS akan menjadi kaptennya. PAS akan membawa dasar-dasar autokratik dan kembali kepada perjuangan asalnya. Ucapan ini disampaikan di hadapan Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional serta para pewakilan MCA seluruh negara. Persoalannya apa masalahnya jika PAS menjadi Kapten PR?



Dasar PAS adalah Islam. Semenjak ditubuhkan 59 tahun dahulu hingga ke hari ini dasar PAS tidak pernah berubah. Islam adalah agama yang universal. Kebaikan yang dibawa oleh Islam adalah untuk seluruh manusia tidak kira agama mahupun bangsa. PAS berkeyakinan bahawa Islam di turunkan atas mukabumi ini adalah untuk menyelamatkan dunia ini daripada kehancuran akibat kerakusan manusia. Buktinya sekitar kampung Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sendiri di Batu Pahat, masyarakat Cina boleh tinggal dengan selamat dan berniaga bersama orang Melayu yang beragama Islam. Bilangan masyarakat Cina tidak sampai 10% di perkampungan tersebut tetapi mereka boleh hidup selesa. Islam menjamin keselamatan semua umat manusia. Jika terdapat kelemahan bukanlah disebabkan oleh Islam tetapi disebabkan oleh penganutnya yang tidak melaksanakan Islam yang sebenar. Kemuliaan bangsa Melayu itu hanya apabila ia berpegang kepada Islam. Jika orang Melayu meninggalkan Islam maka kita akan dapat melihat kehancurannya.


Berapa ramai orang Cina di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang tertindas semasa pemerintahan PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah(APU), Barisan Altenatif(BA) dan Pakatan Rakyat(PR) daripada tahun 1990 hingga sekarang? Jika Islam itu zalim maka PAS sudah menindas masyarakat bukan Islam sejak tahun 1990. Jika Islam itu tidak bertamadun maka sudah beribu orang bukan Islam yang dibunuh oleh PAS. Islam melarang memaksa orang lain untuk menganut agama Islam. Hak memilih agama adalah hak masing-masing. Agama bukan untuk ikut-ikutan tetapi diikat dengan keyakinan teguh dalam hati yang ikhlas. Bagi Islam, tiada paksaan dalam agama. Namun apabila telah menganutnya, tiada pilihan melainkan wajib mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan Allah.



Islam menentang perkauman sempit. Islam melarang umatnya berlaku zalim dan menafikan hak orang bukan Islam. UMNO adalah parti perkauman. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek , jangan mengambil contoh pegangan agama Islam daripada UMNO. Sebahagian besar pemimpin UMNO gagal menunjukkan ciri-ciri Muslim yang sebenar. Sebelah tangan memegang Islam sementara sebelah tangan lagi menerima rasuah. Dalam Islam tidak boleh bercampur antara yang baik dengan yang jahat. Parti perkauman seperti UMNO tiada panduan yang jelas tetapi PAS jadikan Al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad sebagai panduan yang jelas. Ini termaktub dalam perlembagaan PAS. Tidak ada satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam. Kalau Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek terjumpa satu ayat Al-Quran yang menindas orang bukan Islam sila kemukakan dengan segera.


Dalam Islam tiada halangan bagi orang bukan Islam melaksanakan ibadat dan amalan masing-masing seperti meminum arak, memakan daging kinzir dan lain-lain. Pernahkah Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek melihat orang alim yang melarang penjualan daging khinzir kepada masyaraka Cina di kampung-kampung sekitar Batu Pahat. Mereka bebas melakukan aktiviti perniagaan ini. Itulah ajaran Islam sebenar. Islam hanya melarang penjualan barang terlarang seperti arak dan daging khinzir kepada orang Islam sahaja.


Sekarang UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah tidak dapat mengawal rasuah dalam negara. Penaiktarafan BPR kepada SPRM tidak dapat membantu imej negara keluar daripada budaya rasuah. Dalam Islam rasuah boleh dihindari dengan menyemai perasaan takut kepada Allah S.W.T. Segala perbuatan kita mesti dirujuk kepada perintahNya. Umat Islam berkeyakinan segala perbuatan jahat akan dibalas dengan azab neraka apabila mati kelak. Semua orang tidak terlepas daripada mati. Oleh kerana UMNO mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan urusan politik daripada agama maka perbuatan rasuah tidak dikaitkan dengan kemarahan Allah S.W.T dan seksaan api neraka. Secara automatik masyarakat Islam beranggapan rasuah itu tidak menjadi kesalahan yang membawa manusia masuk neraka. Sebab itu tidak mustahil umat Islam yang berfahaman sekular boleh memakai serban yang tebal tetapi tetap melakukan rasuah. Sebenarnya tidak banyak kos diperlukan untuk membanteras rasuah mengikut ajaran Islam sebenar. PAS mempunyai rekod yang jelas dalam isu rasuah ini. Tiada seorang pun exco PAS yang terlibat dengan rasuah di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bandingkan pula dengan UMNO, berapa ramai pemimpinnya terlibat dengan rasuah. Itulah bukti Islam sebenar yang dibawa oleh PAS dan bukan Islam sekular yang dibawa oleh UMNO. PAS didik pemimpinnya dengan Islam sebenar. Dengan Islam sebenarlah PAS dilihat mempunyai integriti yang tinggi.


Orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina menguasai ekonomi dalam negara ini. Islam menjamin harta-harta mereka. Islam melarang umatnya merampas harta orang bukan Islam. Islam juga melarang umatnya mencuri dan merompak harta orang bukan Islam. Jika mengikut ajaran Islam sebenar jenayah dapat dikurangkan. Negara kita sudah terlalu tepu dengan jenayah sehingga sangup membunuh dan membakar mayat manusia dengan begitu kejam sekali. Sejarah dunia telah membuktikan bahawa Islam dapat mengurangkan jenayah dalam sesebuah negara. Itulah bukti bawa Islam sebenar dapat mengatasi masalah jenayah dalam negara. PAS tidak mampu menggubal sebarang undang-undang Islam jika rakyat tidak menyetujuinya. Oleh itu PAS mengambil pendekatan mendidik terlebih dahulu terhadap prinsip-prinsip keadilan yang terdapat dalam Islam kepada seluruh rakyat Malaysia. PAS yakin suatu masa nanti rakyat Malaysia akan terbuka hatinya untuk menerima undang-undang Islam. Hati manusia sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya adalah milik Allah S.W.T. Dialah yang membuka hati atau menutup hati rakyat Malaysia. PAS berserah sahaja kepada Allah S.W.T setelah berusaha mendidik rakyat memahami keadilan dalam Islam. PAS yakin suatu masa nanti mereka yang bernama Ah Chong atau Ramasami secara relahati memohon keadilan dalam Islam untuk melindungi nyawa, akal, harta dan keturunan mereka.


Antara kegagalan UMNO dalam memerintah negara ini adalah gagalnya UMNO mendidik masyarakat Islam menjadi umat Islam yang cemerlang dalam pendidikan, ekonomi, sosial dan lain-lain. Statistik menunjukkan bahawa remaja Islam menjadi juara masalah sosial dalam negara. Dalam pencapaian akademik pula kualiti pelajar Islam lebih rendah daripada bukan Islam. Keadaan tidak seimbang inilah menyebabkan dasar afirmatif terpaksa dikenalkan sehingga ke hari ini. Sebenarnya dasar afirmatif sudah tidak diperlukan lagi jika kedudukan sosio-ekonomi semua masyarakat sudah seimbang. Islam yang sebenar mampu membina jatidiri remaja Islam sebenar. Buktinya sekolah-sekolah aliran agama Islam di negara ini menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik dan tidak menghadapi masalah sosial yang besar dibandingkan sekolah yang bukan aliran Islam. Umat Islam yang hampir dengan Tuhannya dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak bermoral. Oleh itu agenda utama PAS dan PR jika memerintah negara ini adalah membina hubungan mantap remaja dengan Tuhannya. Tentunya modalnya tidak sebesar Program Rakan Muda atau PLKN.


Islam sebenar dapat menjaga nyawa, harta, keturunan dan akal fikiran manusia. Saya penuh yakin masyarakat bukan Islam lebih selamat bersama Islam sebenar. Mereka boleh mengundi PAS dan PR dalam pilihanraya akan datang. Jika masyarakat bukan Islam merasa tidak selesa dengan cara-cara PAS maka mereka boleh menyalurkan pandangan mereka kepada Dewan Himpunan PAS, DAP/PKR rakan sekutu PAS atau NGO yang berkaitan. Negara kita adalah sebuah negara demokratik. Tempoh 5 tahun bukannya lama. Jika masyarakat bukan Islam tidak selesa dengan PAS dan PR maka pilihanraya seterusnya pilihlah UMNO-BN. Pada waktu ini, apakah masyarakat bukan Islam lebih rela bernaung di bawah UMNO-BN yang telah terbukti tidak mampu menjaga kepentingan rakyat Malaysia dengan peningkatan rasuah, jenayah, kemerosotan ekonomi dan sebagainya. Atau masyarakat bukan Islam perlu mencuba pemerintah baru yang menjanjikan pemerintahan yang lebih bertanggungjawab, telus, demokratik dan adil. Sebahagian usaha ini telah dilaksanakan di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pernah menjadi Exco Kanan Kerajaan Negeri Johor, Ahli Parlimen Labis dan Pengerusi MCA Batu Pahat. Sudah tentunya beliau mendapat gambaran Islam daripada daripada Tan Sri Muhyidin bin Mohammad Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Dato Abd. Ghani Othman(Menteri Besar Johor). Saya kira Datuk Seri Dr Chua Soi Lek belum mendapat gambaran Islam sebenar daripada PAS khususnya PAS Johor. Saya mencadangkan kepada beliau agar mendapatkan maklumat Islam sebenar daripada anak-anak Johor seperti Dato Mahfoz Muhammad (Pesuruhjaya PAS Johor), YB Sallehuddin Ayub (Naib Presiden PAS) dan Sdr Mazlan Alman (AJK PAS Pusat) dan lain-lain lagi. Mungkin adalah lebih mudah berbicara tentang Islam yang sebenar sesama anak Johor sendiri.



Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat

*Dalam satu kisah, Saidina Utsman Ibn Affan r.a. turun dari mimbar dan berkata: “Mana-mana perintah Allah di dalam al-Quran yang tidak dapat kita sempurnakan, maka kita akan menggunakan kuasa politik untuk menyempurnakannya.”

Islam itu sempurna. Sebahagian perintah Allah di dalam al-Quran tidak berhajat kepada kekuasaan seperti perintah solat dan puasa. Tetapi, untuk menyempurnakan sebahagian perintah Allah yang lain berhajat kepada kekuasaan. Seperti pengharaman arak, judi dan zina. Kuasa politik menyempurnakan perintah Allah tersebut.

Oleh sebab itulah mereka bimbang jika Islam yang memerintah..

Saturday, October 09, 2010

PRK N.45 GALAS


Menggalas Tugas di Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas

Berikutan dengan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.45 Galas, Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah pun menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat, negeri, kawasan dan DUN untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil berkenaan yang akan diadakan pada 4 November 2010.

Dalam Pilihan Raya Kecil itu nanti, PAS akan meletakkan calon yang berwibawa dan selayaknya untuk memikul amanah rakyat di DUN Galas, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Almarhum Chek Hashim sepanjang tempoh beliau berdampingan dengan rakyat di DUN Galas.

Saya menyeru kepada seluruh ahli dan petugas PAS, serta seluruh petugas dari Pakatan Rakyat yang berada di seluruh negara dengan kepakaran yang berbagai itu supaya dapat turun ke DUN Galas, Kelantan untuk sama-sama bertugas bagi mempertahankan kemenangan kerusi PAS di DUN Galas yang diperolehi menerusi Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Bertugaslah dengan penuh semangat dan dedikasi dengan menggunakan segala bentuk ilmu kemahiran berpilihan raya, dan janganlah kita terperangkap dengan provokasi dan segala bentuk taktik buruk serta tidak bermoral yang akan dilakukan oleh lawan kita nanti. Sebagaimana pilihan raya kecil yang lepas, kita akan sekali lagi berhadapan dengan segala bentuk mainan media cetak dan televisyen yang berupa laporan berat sebelah, ugutan, cercaan dan rasuah janji pilihan raya terhadap pengundi.

Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerakerja yang kemas, serta kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun. InsyaAllah, kita akan mempertahankan kerusi di DUN Galas nanti.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

*Semoga Allah berikan kemenangan kepada mereka yang berjuang menegakkan SyiarNya..Takbir!Allahu Akbar!

Friday, October 08, 2010

Betapa Rindu Itu Dahsyat..


Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaan-Mu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan


Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun pada-Mu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan


Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan kutahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang kumahu...


Muncullah hangat nafas yg terhela
Ada dingin saat menyebut nama-Mu
Terarah segala ronda rasa
Pada damainya dakapan-Mu (Ya Allah)


Aku tahu inilah kasih-Mu
Aku tahu inilah cinta-Mu
Dan kutahu di segenap ruang rasaku
Telah kautitipkan kekuatan oh Tuhan...


*betapa rindu itu dahsyat...angin yang mendesir, membuaikan pohonan, mengirim gerimis jernih dari halilintar, lalu berlopaklah bumi di titis air mata awan,aku jauh dari semua itu, dalam alam rindu padanya...suamiku...

Sunday, August 29, 2010

Tazkiyyatun Nafsi...


Bismillah walhamdulillah...Kesyukuran yang tidak terhingga kami rafa'kan ke hadrat Allah SWT kerana memilih kami(ana wazauji) sebagai TETAMU ke rumahNya, Baitullah yang menjadi impian kami sekian lama untuk berkunjung ke sana.

Alhamdulillah penerbangan kami pada 16hb8 baru-baru ini berjalan lancar dan kami dapat mengerjakan umrah dan ziarah di Mekah dan Madinah.Terharu rasanya apabila dapat menatap kaabah dari dekat dan memohon doa ke hadrat Illahi..

Tersentuh hati apabila melihat pelbagai bangsa dari pelbagai negara tanpa mengira warna kulit bersungguh-bersungguh melaksanakan ibadah lillahi Taala.Inilah kehebatan Islam, berjaya menyatukan manusia tanpa mengira bangsa.

Pada 25hb8, kami terpaksa meninggalkan Mekah dan Madinah.Penerbangan kami dari Jeddah ke Kuala Lumpur menaiki pesawat MAS, MH151..Berat rasanya hati untuk meninggalkan 'pesta ibadah' di sini tambahan pula di bulan yang penuh keberkatan ini,bulan Ramadhan.

Selamat tinggal Haramain, moga kami terpilih lagi untuk bertamu!

Wednesday, July 28, 2010

Guru Dibenar Berpolitik



Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
WEDNESDAY, 28 JULY 2010 11:35



Parti Islam Se-Malaysia PAS menyambut baik pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd. Sidek Hassan untuk membenarkan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik bermula 1 Ogos 2010


PAS mengharapkan tidak ada pilih kasih ketika kebenaran diberi samada mereka hendak aktif pembangkang atau kerajaan, kerana kuasa muktamad kebenaran ini terletak kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran. Sekiranya ada unsur pilih kasih maka kebenaran ini tidak ada apa-apa makna untuk penyuburan demokrasi di negara ini.


Sepatutnya perkara ini sudah dibenarkan dahulu lagi sesuai dengan hak kebebasan rakyat yang dijamin dalam perlembagaan. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bahawa guru-guru adalah mereka yang berjaya mencetuskan semangat memperjuangkan kemerdekaan pada peringkat awal. Pelajar yang pulang daripada Timur Tengah yang dipimpin oleh Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara penggerak utama untuk meniupkan kesedaran berpolitik di kalangan orang Melayu pada ketika itu. Mereka membuka sekolah di Melaka dan juga di Pulau Pinaang sebagai tapak meyebarkan fikrah perjuangan mereka. Guru-guru telah memberi sumbangan untuk meniupkan semangat petriotik pada waktu itu samada mereka yang aliran agama, aliran Melayu dan aliran Inggeris. Sejarah tidak melupakan sumbangan daripada tenaga pengajar Mahad Ehya alSyarif Gunung Semanggul Perak yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar alBaqir yang meniupkan kesedaran politik di negara ini.


PAS yakin guru-guru yang sudah terdidik dengan moral yang tinggi tahu tentang tugas mereka walaupun mereka aktif berpolitik. Mereka sudah diasuh supaya amanah dengan kerjaya mereka.. PAS mengharapkan juga jangan ada pula selepas ini ada guru yang ditukar tempat kerja kerana aktif berpoltik. Guru-guru ini boleh diambil tindakan bukan kerana terlibat dalam aktiviti PAS atau pembangkang, tetapi bertindaklah kalau guru tersebut mengabaikan tugas seperti ponteng kelas dan tidak menjalankan tugas akademik.


PAS yakin guru-guru PAS dan aktivis PAS adalah orang yang amanah dengan kerja kerana mereka sudah ditarbiah dengan dosa dan pahala, insyaAllah tanggungjawab mereka di sekolah tidak akan terabai. Selama ini pun prestasi guru-guru PAS teruji dan mendapat pujian daripada pentadbir walaupun setengah guru besar penyokong Umno kerana aktivis PAS tekun tanpa mengira penat lelah dan upah.


Ustaz Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Persiapan Menyambut Ramadhan...




Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung dari Allah SWT kepada umat Muhammad SAW iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh kerahmatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Didalamnya ada puasa, solat terawih, tadarus al-quran, sedekah, zakat dan lailatulqadr. Maha suci Allah yang memuliakan umat Muhammad SAW dengan sebaik- baik bulan, agar mereka dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa bersama kealam yang kekal abadi.

Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur menggambarkan perjalanan orang-orang mukmin dalam bulan Ramadhan itu seperti melalui sebuah taman yang dipenuhi segala keindahan yang menyejukkan mata memandang setelah melalui tanah gersang yang dipenuhi pelbagai fitnah. Alangkah seronoknya orang-orang yang beriman, menerima kedatangan bulan Ramadhan untuk mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kearah membersihkan jiwa mereka dari segala dosa dan noda, menggembalikannya semula kepada fitrah sekaligus mencapai matlamat taqwa yang dijanjikan buat mereka... subhanallah...

Justeru apakah persediaan kita menjelang ketibaan tetamu agung yang wajib kita layani ini. Sekiranya kita diberitahu kedatangan seorang kenamaan ke rumah kita, pastinya kita tidak akan senang duduk. Berfikir untuk mengemas dan menghias rumah sebaik mungkin. Jika perlu dicat, diganti perabut dan dibaiki kerosakan yang ada pasti kita akan lakukan. Hasrat kita adalah untuk melayan tetamu tadi dengan sebaik mungkin, supaya tetamu merasa selesa berada di rumah kita. Itu belum lagi menyediakan makan minum yang enak-enak serta menyelerakan.
Sudah tentu tetamu tadi akan merasakan kedatangnya benar-benar dihargai dan sangat dialu-alukan.

Nah, sekarang persoalannya bagaimana jika tetamu tadi itu adalah Ramadhan Al-Mubarak, bagaimana persiapan kita? Adakah kita merasa tidak senang duduk dengan kehadirannya, tidak membuat sebarang persiapan untuk Ramadhan yang bertamu atau merasakan kehadirannya tidak penting. Kegembiraan seorang mukmin dalam menyambut kedatangan Ramadhan telah digambarkan oleh Baginda SAW melalui sepotong doa yang bermaksud:

“Wahai Allah tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan rejab dan Syaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

Doa ini jelas memberi kefahaman bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh baginda dan begitu jugalah orang- orang yang beriman yang meneladani Rasulullah SAW.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Ramai dikalangan kita merasa sedih jika tidak ada persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi ramai yang tidak sedih jika tidak ada persiapan untuk meyambut Ramadhan. Bukan persiapan fizikal yang diperlukan untuk menghadapi Ramadhan, tetapi persiapan ruhi untuk menyambut Ramadhan sebagai ‘tetamu’ agung dari Allah dengan penuh kemesraan dan kesyukuran. Oleh itu, ada beberapa persiapan yang wajar kita laksanakan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak dan antara yang perlu sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Khaliq Al-Syarif (lihat www.Islamonline.net) ialah:

1. Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa yang kecil mahupun besar dengan tujuan membersihkan diri dan hati untuk menempuh gerbang bulan ramdhan yang mulia dengan jiwa yang bersih dan suci.

2. Menjernihkan semula hubungan baik sesama manusia sama ada kedua-dua ibubapanya, sanak saudara mahupun sahabat handai.

3. Melatih diri dengan amal-amal kebaikan dibulan Syaban dengan
memperbanyakkan tilawah al-quran, qiyamullail dan puasa supaya dapat melaksanakan ibadat-ibadat tersebut dengan lebih sempurna pada bulan Ramadhan.
Bahkan Rasulullah SAW juga banyak berpuasa dalam bulan Syaban sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih (lihat Riyadh al-solihin/hadis: 1247).

4. Merujuk semula fiqh puasa, untuk mengingati semula kaedah puasa yang bertepatan dengan sunnah, berserta rukun dan syarat-syaratnya terutamanya berkaitan adab-adab puasa yang sering diabaikan. Dalam hal ini para pembaca boleh merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar seperti Fiqh Mazhab Syafie (Al- Fiqh Al-Minhaji) yang terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Oleh itu, marilah bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menerima kunjungan Ramadhan dalam pesta ibadah yang menjanjikan ganjaran bonus berlipat kali ganda. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini lebih baik dari yang pernah kita lalui. Disamping taqwa sebagai sasaran, marilah kita bersama menginsafi diri kita dengan merenung kebesaran Allah diatas segala nikmatNya kepada kita disamping berazam dengan sepenuh hati untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Dengan harapan juga agar Ramadhan kali ini tidak ˜berkecil hati menerima layanan kita.
Wallahu a’lam.

*mudah-mudahan kami sempat menemui Ramadhan nanti Ya Allah!

Sediakan Suasana Kondusif Untuk Buang Bayi


Wajarkah semua masalah berlaku dalam negara diletakkan di atas bahu kerajaan yang memerintah? Mungkin ada yang berkata, ia keterlaluan. Semua pihak sepatutnya mengambil tanggungjawab.

Saya setuju. Tapi saya juga meyakini kata-kata Saidina Usman ‘Sesungguhnya ada perkara yang boleh dibuat oleh kuasa, perkara yang tidak boleh dibuat oleh Quran’. Saya juga faham bahawa ‘Rakyat menurut agama pemerintah’ dan tentunya mafhum ayat al-Quran ‘Mereka yang Kami berikan kuasa…antaranya menyuruh perkara yang baik, melarang mungkar’.

Dalam konteks Malaysia sekarang, BN telah memerintah Malaysia lebih 50 tahun. Dari lambang kapal layar hingga lambang alat penimbang usang. Kalau di negara lain, pemerintah bertukar tanpa sempat mereka menebang semua balak di hutan dan menyedut semua minyak dalam bumi. Di Malaysia, hanya BN itukah yang mampu mentadbir negara ini?

Perdana Menteri bertukar baton tapi semua batonnya dari cap yang sama-nasionalis dan sekularis. Kalau ada nampak kesungguhan laksana Islam dan terapkan akhlak mulia di kalangan rakyat, hanya dalam bentuk slogan ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam’, ‘BCA-Bersih, Cekap, Amanah’. Itupun hanya sementara, kemudian tenggelam. Benar kata pemimpin PAS, ia ibarat lipstik di bibir. Penerapan seperti kain yang diterap dengan batik tak ori, warnanya hanya sementara. Dan itulah yang berlaku. Datang Islam Hadhari. Ditubuh Institut, Kelab dan lain-lain. Tenggelam juga akhirnya dengan perginya orang yang mempromosikannya.

Saya yakin dan beriman sepenuhnya dengan ayat al-Quran ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak berfirman ‘dan jangan kamu berzina.’ tetapi berfirman dengan ayat penuh erti dan mendalam maknanya. Itulah mukjizat. Tetapi itulah yang sehingga sekarang tidak mahu difahami oleh pemerintah dalam menangani segala gejala jenayah, dari paling berat hingga yang terkini- isu remaja hamil dan buang bayi yang tak kesudahan.

Tuan-tuan jangan lupa bahawa generasi ibubapa sekarang yang punya anak remaja adalah generasi ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM. Jangan lupa di zaman itulah kata-kata menghina hukum hudud begitu kuat dan lantang. Masa itulah juga sekolah-sekolah agama ditarik bantuan. Dan inilah di antara hasil tuaian itu. Kalau padi yang ditanam, padilah yang dituai. Kalau suasana kondusif untuk zina diberi prasarana lengkap secara sedar atau tidak, maka beginilah natijahnya.

Sebagai rakyat Melayu Muslim yang punya hak untuk menegur dan mengkritik kerajaan, saya ingin bertanya: Semenjak merdeka hingga sekarang:

-Berapa banyak lesen pusat hiburan diluluskan oleh kerajaan BN yang memerintah? Kelab malam, kabaret, disko, pub, pusat karaoke.
-Berapa banyak rumah urut dibiarkan dan diberi lesen?
-Berapa banyak pesta-pesta yang menggalakkan pergaulan bebas disuburkan?
-Berapa banyak program tv yang melalaikan dan menggalakkan secara halus kepada muda-mudi untuk mendekati zina.
-Berapa banyak majalah, akhbar, laman web porno yang dibiarkan lucah dan melucahkan diri tanpa diambil tindakan. Mantan PM, Tun Dr Mahathir hanya bersuara sekarang tentang laman porno. Kenapa tidak diambil tindakan ketika beliau menjadi PM dahulu? Lambat dan lembap. Tempoh lebih 20 tahun kuasa memerintah ada di tangan, apa yang dibuat untuk Islam dan perkembangan nilai mulia dan akhlak?
Saya sekali lagi ingin menyarankan kepada pihak berwajib beberapa perkara yang boleh diambil tindakan:

-Buat peraturan tertentu mewajibkan kilang atau industri yang mempunyai pekerja dengan jumlah tertentu menyediakan paling kurang seorang ustaz atau pembimbing agama (imam muda?) dengan kuota munasabah bagi mengendalikan program agama terutama kuliah mingguan. Ramai operator pengeluaran terdiri dari gadis remaja lepasan SPM datang dari kampung yang tak tahu apa-apa tentang agama. Wajibkan mereka mengikuti program ini. Kejahilan tentang hukum-hakam agama adalah musuh utama diri.
-Letakkan billboard besar di persimpangan jalan bahaya zina, hukuman berat kepada pembuang bayi, ingatkan dosa pahala.
-kepada ibubapa, jadilah manusia yang mendidik anak dengan Islam, bukan hanya memberi makan dan minum sahaja. Nasihatilah anak-anak, ingatkan mereka dengan tanggungjawab dan ambil berat terhadap perkembangan dan perubahan diri mereka. Jangan ambil ringan tentang batas aurat, pergaulan bebas dengan rakan sebaya berlainan jantina, sentiasa pantau sms, email, facebook dan lain-lain.
-kepada masyarakat, berusahalah untuk memiliki iman yang tinggi dengan menegur remaja yang berpeleseran dan melakukan mungkar. Ia bukan kerja mudah, tapi itulah cara bagi menyelamatkan anak remaja kita.
-ambil tindakan segera oleh Kementerian terbabit menyekat segala bentuk kelucahan dalam semua media-internet, majalah yang berlambak di pasaran, tv. Mungkin ada tersenyum sinis, tapi sebelum Malaysia dipenuhi anak luarnikah lebih ramai dari anak dalam nikah, bertindaklah demi generasi akan datang.
Melaka pernah memerintah menggunakan hukum Islam. Terengganu juga demikian. 27 tahun Sultan Zainal Abidin ke 3 memerintah Terengganu, dikatakan hanya ada beberapa kes jenayah besar. Saya tak pasti adakah ketika itu kes buang bayi berlaku atau tidak, walaupun dalam kitab fiqh ada juga bab luqatah.

Tapi yang pasti, negeri tercinta ini pernah aman damai dan tenteram dengan Islam dan di bawah payung Islam. Tiada cara lain melainkan kembali kepada Islam secara total dan holistik. Ia perlukan political will cukup tinggi dari mereka yang punya akhlak tinggi."

Posted on Tuesday, July 27 @ 17:21:02 PDT (tranungkite)
Dilulus untuk paparan oleh kerissakti
Oleh: ustnik

*Ya Allah berikanlah kemenangan kepada mereka yang berjuang menegakkan syiarMu!

Thursday, July 22, 2010

PAS Parti Islam Terbesar di Malaysia



Ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
THURSDAY, 22 JULY 2010 17:59



KENYATAAN MEDIA

PAS PARTI ISLAM TERBESAR DI MALAYSIA



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 1951 kini mengorak langkah lebih jauh sebagai parti yang berteraskan perjuangan Islam dan membawa mesej Islam yang terbesar dinegara ini.



Kita tidak menafikan sumbangan rakan-rakan NGO lain yang turut sama memperjuangkan dakwah Islamiah dinegara ini dan dari semasa ke semasa PAS turut menjalinkan hubungan yang akrab serta saling bekerjasama dengan mereka.



PAS memilih untuk menyertai politik dan pilihanraya sebagai satu wadah bagi menyumbang kepada penyebaran dakwah serta mengangkat martabat umat Islam dinegara ini disamping kekal menjalankan tanggungjawab mengharmonikan hubungan antara kaum dan agama lain.



PAS parti yang mengutamakan keamanan, perpaduan serta berpegang teguh kepada prinsip bahawa akidah Islam dan dasar-dasar Islam mampu memberikan kesejahteraan kepada semua.



PAS bukanlah parti perkauman yang khusus buat kaum-kaum tertentu, tetapi kita tidak nafikan bahawa majoriti ahli PAS adalah dari kalangan umat Melayu. Namun mereka bersama dengan parti ini atas semangat Islam dan bukannya kerana semangat Melayu.



PAS juga jelas berdiri teguh menghormati dan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu khususnya dalam aspek agama, budaya, tanah dan juga sosialogi yang lain. PAS prihatin dengan nasib umat Melayu akhir-akhir ini yang sering dijadikan mangsa dasar Liberalisasi dan Model Ekonomi Baru Kerajaan BN yang akhirnya mengecilkan kuota ekuiti Melayu daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus sahaja. Banyak lagi hak Istimewa orang Melayu yang gagal diangkat oleh Umno walaupun mereka bangga mengatakan bahawa merekalah Parti Melayu Terbesar.



PAS sedar kepentingan orang Melayu dan mengajak seluruh umat Melayu untuk bangkit berjuang atas nama Islam, kerana hanya dengan Islamlah mereka akan lebih dihormati. Perpaduan umat Melayu atas nama Islam adalah pilihan terbaik berbanding apa yang ditawarkan oleh Umno, kerana dalam Islam kita tegas mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.



PAS akan terus berjuang untuk semua, kerana PAS yakin setiap yang lahir kedunia ini ada hak untuk diperjuangkan tanpa mengira apa bangsa mereka. Keterbukaan PAS ini jelas dengan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS, dimana sebagai parti Islam kita juga mempunyai sokongan yang kuat kalangan bukan Islam untuk memimpin negara ini.



Pemerintahan PAS di Kedah dan Kelantan berjaya membuktikan bahawa Islam adalah agama yang memberikan kesejahteraan kepada semua bangsa dan agama. Tidak cukup dengan itu, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat jelas memberikan manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dan PAS dari semasa ke semasa akan terus menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan yang harus difahami bahawa sesuatu perkara yang ingin dilakukan haruslah bermula dari tangga pertama hingga tangga terakhir secara bijaksana.



Oleh itu, PAS terus menyeru kepada rakyat untuk sama-sama menyertai parti ini, menyokong parti ini dan memberikan kepercayaan untuk parti ini menjadi alternatif kepada Umno menjelang Pilihanraya ke-13.



Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Monday, July 12, 2010

Kelebihan Bulan Syaaban


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

•Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.


Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

•Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

•Bertaubat

Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Syaaban.

1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril a.s pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata , Ya Muhammad,pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilahdan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit !" Kata saya (Nabi Muhammad) :
"Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontraversi pada waktu itu. Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT. Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulamak sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat. Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya’. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi’)

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi. Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madhinah. Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.

Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq. Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya. Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah. Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq. Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Istimewa Buatmu...Zauji Habib


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuag di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi Imam
Yang hidup di bawah naungan Al Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya
Dialah suami saya yang tercinta
Zauji Habib...Mohd Azhar Abd Ghani

Saturday, July 03, 2010

Kenapa Rakyat Perlu Turun Kempen Tak Nak Judi - 3 Julai 2010?



Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina. Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara.

Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.

Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.
Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya. GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah.

Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat . Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi. Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.

Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikhuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat
Setiausaha
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

*Perhimpunan ditangguh ke jam 5pm kerana menghormati majlis pengebumian isteri Allahyarham Tun Dr Ismail.. Ya Allah bantulah hamba-hambaMu yang berjuang menegakkan kebenaran...

Thursday, June 24, 2010

Kelebihan Bulan Rejab


FADILAT BULAN REJAB

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."

Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"

Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"

Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."

SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.