Sunday, May 30, 2010

Panas yang Membahang...



Bismillah walhamdulillah, segala pujian selayaknya untuk Rabbul Jalil atas nikmat iman dan Islam yang begitu berharga..

Bahang panas di tanahair mengingatkan ana bahang musim saifi di Mesir yang benar mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan mental.Musim saifi ini juga mengingatkan bahang imtihan yang melanda penuntut ilmu Allah di ardhil kinanah.

Selalunya di musim saifi ini kedai 'asir (jus) selalu menjadi tumpuan.Asir manggo biasanya menjadi pilihan, tak pun tamar hind yang dicicipi buat penghilang dahaga dan letih pulang dari imtihan..

Mujurlah di Malaysia ini dapat juga minum 'asir,'asir rumman penghilang dahaga dan peneman bila menanda kertas jawapan pelajar..Sabar jela..Sesiapa yang berminat untuk mencicipi 'asir rumman yang diimport dari Iran ini bolehlah dapatkan di SMAAM (stokis Mersing) tapi boleh juga melalui:

Sirul Asrar Enterprise,(Headquater and Showroom) di PT11213 Jln BBN 6/1N,Taman Desa Cempaka,71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
atau hubungi Azwan (019-4141417) dan Azhar (019-3614288)

Semoga Berbahagia Sahabatku...


Puisi buat mempelai Ukhti Norfuzidah Jenal dan suami..

Ketika memasuki dunia baru
Katakanlah, dunia itu dunia kita
Dimana dunia itu akan diwarnai bersama
Menjadi syurga pengantin penuh kasih

Sejurus kusampaikan doa
Untuk saudaraku yang bahagia
Memasuki dunia baru penuh cinta
Menggapai kasih karena Illahi

Ya Allah,
Hadirkan diantara mereka cinta abadi karena MU
Jauhkan dari mereka cinta yang membuat lupa pada MU

Ya Allah,
Berikan mereka kasih sayang MU
Seperti kasih sayang MU pada Rasulullah
Seperti kasih sayang Rasulullah pada umatnya

Ya Allah,
Kurniakan mereka penerus di jalanMU
Kurniakan mereka kebahagian dan cintaMu

amien...


*Alf mabruk buat sahabatku, Norfuzidah Jenal dan pasangannya Khairul ariffin yang selamat diijabkabulkan semalam..Macam tak percaya kak ngah dah jadi suri orang ye..sekejapnya masa berlalu, teringat kenangan kita sama-sama menyambung pengajian ke sekolah arab selepas SPM..Ana doakan kak ngah bahagia hingga ke syurga...

Wednesday, May 26, 2010

Malaysia Hari Ini...




KUALA LUMPUR, 26 Mei - Dewan Pemuda PAS (DPPP) akan mengedarkan risalah membantah judi kepada pengunjung premis judi di seluruh negara bermula hari ini.



Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, pemuda akan ditempatkan di hadapan premis judi secara bergilir-gilir mengikut shif sehinggalah kerajaan membatalkan judi bola sepak Piala Dunia 2010 bermula Jun ini.


Menurutnya juga, DPPP mengajak semua insan yang anti- judi dan prihatin dengan kemungkaran ini bersama-sama mereka mengedarkan risalah berkenaan.


"Bermula hari ini sehingga lesen judi dibatalkan, DPPP mengarahkan semua pemuda PAS dan menjemput semua insan prihatin yang anti judi supaya membuat shif secara bergilir-gilir untuk menunggu di hadapan kedai sport toto dan lain-lain premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah bantah judi kepada pelanggan atau pengunjung premis perjudian tersebut," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau juga memberitahu, risalah berkenaan juga boleh didapati di blog Gerakan bantah Judi di http://bantahjudi.wordpress.com.


Dalam perkembangan lain, di peringkat zon timur, DPP kelantan Jumaat ini akan mengadakan demontrasi membantah lesen judi dan mendesak Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin meletakkan jawatan.


Bantahan itu akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Repek, Bachok selepas solat Jumaat.


Ia akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, timbalan DPPP Azman Shapawi Abdul Rani dan ketua DPP Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman.


Manakala di zon Selatan pula, bantahan sama akan diadakan perkarangan Masjid Al Azim, di bandar Melaka.

*Apabila syariat Allah tidak ditegakkan..

Sunday, May 23, 2010

Sambutan Hari Guru SMAAM





Bismillah walhamdulillah... segala pujian selayaknya untuk Rabbul Jalil.Bersempena dengan Hari Guru baru-baru ini, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SMAAM telah pun menyusun satu program khusus untuk para guru.

Majlis dimulakan dengan solat hajat dan bacaan yasin melibatkan para guru dan pelajar.Acara diteruskan dengan beberapa acara permainan yang telah diatur khusus untuk para guru.

Di antara acara yang menarik untuk guru-guru wanita ialah Isyarat Manja, Bebola Cinta, Sambungan Cinta dan Rebut-rebut Manja.Alhamdulillah kumpulan ana, cikgu awin dan cikgu Ros telah mendapat johan bagi acara yang dipertandingkan.Sambutan kali ini juga turut mempersembahkan persembahan silat oleh Ketua Pelajar, Anis Aslahudin dan suhaidi.Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh dan mencuit hati para penonton.Hmm berbakat juga kamu berdua ini ye.Selain daripada itu, turut diadakan persembahan sajak oleh tiga orang pulajar puteri anis, farhana dan fatimah serta persembahan nasyid oleh Shoutu As Syabab.Tahniah buat kalian.

Pada sambutan Hari Guru kali ini juga diadakan Anugerah Khas Untuk Guru Paling Lama Berkhidmat dan Cemerlang.Tahniah buat Ustazah Salmah dan Ustazah Maimunah (kedua-duanya juga adalah guru ana sewaktu belajar di SMAAM dahulu) kerana terpilih.Hanya Allah yang dapat membalas jasa yang kalian curahkan.

Syabas dan terima kasih buat barisan MPP, Pengawas dan pimpinan pelajar yang lain kerana bertungkus lumus mengadakan program seumpama ini.Kami barisan guru mendoakan agar kalian berjaya di dunia dan akhirat.

Tuesday, May 18, 2010

Istimewa Buatmu...




Bismillah walhamdulillah..Segala kesyukuran dirafa'kan ke hadratNya atas nikmat yang tidak ternilai.

Alhamdulillah kali ini Allah berikan lagi pengalaman baru untuk diri ini apabila sekali lagi ditaklifkan oleh Ustazah Norizan untuk meyediakan kek sempena sambutan Hari Guru peringkat SMAAM.

Ana terima taklifan ini untuk menghasilkan sesuatu yang boleh ana kenang jika ana sudah tidak berkhidmat di sini lagi..Berkat bantuan semua especially cik lina yang memberikan resepi kek oren kepada ana (tak pernah lg buat kek sekembali dr mesir dan sebelum ni pernah buat di mesir shj)

Alhamdulillah, akhirnya 8 biji kek oren dapat disiapkan..'Mission' yang seterusnya pula ialah bagaimana nak hias kek ni ye?Mujurlah najihah,asma' dan shaliza ada memberikan idea(terima kasih kerana membantu ustazah)

Dan akhirnya inilah kek yang berjaya dihasilkan..Istimewa buatmu guruku...selamat hari guru..

nasyid ini ditujukan buat semua warga pendidik SMAAM:

LILIN SEORANG GURU...

Pernah langkah ku payah
menuju ke destinasi
kerana malam gelap
dan bintang hilang kerdipnya
menjadikan arahku keliru
ke timur atau ke barat
bagai lilin membakar diri
menerangi kegelapan hati
kau curahkan bakti dan budi
jasamu tiada pengganti


namun tanpa rasa payah
dia memimpin tanganku
melangkah satu persatu
dan mencipta jejak impian
menjadikan arahku jelas
aku mahu terus ke hadapan

oh..aku kini rindu
pada satu nama yang berjasa
Tuhan beri kekuatan
untuk mendidikku selamanya
ku pohon..restu kasihmu
ampunkanlh guru-guruku..

semalam ku lihat dia
di bibirnya ada kalimah
yang bergetar saban waktu
sambil tangan menggenggam diri
lilin yang tiada terpadam
menerangi hidupku kini...


"Guru pembina Bangsa dan Negara"

Sambutan Maulidur Rasul SMAAM




Bismillah walhamdulillah, sambutan Malidur Rasul baru-baru ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dirancangkan.Program bermula dengan persembahan nasyid dan choral speaking (bahasa arab) oleh pelajar-pelajar sekolah rendah (sesi petang) dan juga marhaban dan berzanji oleh pelajar-pelajar sekolah menengah (pagi).

Majlis diteruskan dengan solat asar berjemaah di Musolla ar Rasyidin.Selepas itu, sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan perarakan beramai-ramai bermula dari SMAAM, menyusuri pantai mersing di sekitar kawasan tanjung dan kembali semula ke SMAAM.

Acara kemuncak adalah Ceramah Perdana pada sebelah malamnya oleh al fadhil Us Azman Mohsin, Kadi Johor Bharu.Alhamdulillah, sambutan kali ini bukan sahaja mendapat sambutan warga SMAAM malah penduduk tempatan juga.

Moga sambutan ini bukan sahaja sebagai tanda ingatan kita terhadap Rasulullah malah dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama kita, umat Islam.

Thursday, May 13, 2010

Memilih Kawan @ Teman?




Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".


Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Monday, May 10, 2010

To Sharpen...



Bismillah walhamdulillah, segala puji selayaknya untuk Rabbul 'Alamin yang sentiasa mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya kepada hamba yang sentiasa mengharap akan redhaNya.

Dalam melunas bebanan amanah, kadang-kadang diri lelah dalam safar kehidupan lantas diri perlukan sesuatu untuk menjadi injeksi nubari..Alhamdulillah, akhirya bertemu dengan sesuatu yang mampu memberi suntikan baru dalam memuhasabah diri dan mengemudi hati dan nafsi.

Benarlah seperti wahyu pertama yang diturunkan kepada Baginda Nabi Junjungan, nabi Muhammad SAW, bacalah..hanya dengan membaca kita dapat mencerna ilmu..Buku yang dibaca kali ini benar-benar memberikan satu pengalaman baru yang mungkin tak ditemui di dalam buku-buku yang lain.

Alhamdulillah, rasa bertuah dapat membaca kedua-dua buku ini, rujukan untuk kemudi rumahtangga dan mentarbiyah diri.Jazakallah khair buat akhi yang sudi meminjamkan buku ini dan bersusah payah mengirimkan buku ini buat bacaan bersama(credit for u)

Buku Murabbi Cinta karya Ustaz hasrizal kali ini adalah lanjutan daripada buku Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Hingga ke Syurga.Buku ini masih mengekalkan gaya santai dan pendekatan bercerita yang disulami rencah kehidupan realiti di alam rumahtangga.Pendekatan psikologi yang penuh hikmah dikongsi bersama pembaca dalam mencipta cerita di dalam dunia sendiri.

Buku ini juga mengajak kita untuk kembali kepada fitrah penciptaan cinta yang cukup suci.Ke manakah dan bagaimanakah kita seharusnya meletakkan nikmat cinta ini selayaknya?Sudah tentu kita perlukan 'murabbi' untuk memandu ke arah itu!

Buku Secangkir Teh Pengubat Letih pula adalah naskhah yang merakamkan catatan kembara Abu Saif di bumi khilafah Othmaniyyah, pada mengenal hati budi kenalan dan teman, yang sudah lama berkongsi persaudaraan atau yang disapa di pinggir jalanan.

Semua itu adalah cara Allah mendidik untuk melihat Islam dengan penuh yakin bahawa sehitam mana pun gelapnya malam, sentiasa ada kunang-kunang meminjamkan cahaya, bekal menanti sirnanya gelita, hingga terbit fajar janjiNya..

Terasa diri benar-benar mengembara bersama-sama penulis ke seluruh pelusuk Turki!

Saturday, May 08, 2010

Selamat Hari Ibu...



Hutangku Pada Ibu…

Kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah
Pada wajahmu yang menanggung resah
Laut keringatmu yang membanting tenaga
Dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa
Dari buaianku hinggalah dewasa

Kini aku terpaku dalam lelahan safar kehidupan
Meneguk kesusahan…
Ujian demi ujian
Entahkan bila reda

Ibu…
Cuba kupadam hitam yang mencalar semalam
Tika kugamit cerah esok yang masih berbalam
Dan hari-hariku ini..
Yang terus-terusan mencengkam

Ibu…
Apakah aku terlalu
Pada deritamu yng aku relakan
Pada jerit batinmu yang aku pekakkan
Pada sengsara jiwamu yang tak pernah
Aku belaikan…

Ibu…
Hutang anakmu ini sudah terlalu!


*Selamat hari ibu buat bondaku tersayang, Zabariah Abas al Hajj

Teks Pidato


PUTERI SOLEHAH PENJANA KECEMERLANGAN UMMAH

الحمد لله رب العالمين واصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين فأما بعد...

Sejambak kasih seharum kasturi buat peneraju acara, jemaah hakim budiman, dif-dif kehormat seterusnya sidang pendengar santri warisan negara sekalian.Assalamualaikum w.b.t dan salam Satu Malaysia. “Puteri Solehah Penjana Kecemerlangan Ummah”.Mauduk mudah yang mungkin ringkas.Namun penuh intipati yang perlu kita rungkaikan bersama.
Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, puteri bermaksud kaum wanita manakala solehah pula ialah perempuan yang taat dan patuh kepada perintah Allah, penjana pula bermaksud menghidupkan, kecemerlangan membawa maksud kegemilangan, dan ummah pula ialah umat Islam keseluruhannya.Frasa puteri solehah penjana kecemerlangan ummah boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha melahirkan seorang wanita solehah yang berperanan untuk menghidupkan kembali kegemilangan umat Islam.

Dr Yusuf al Qardhawi di dalam majalah “al Ummah” bilangan 66, Februari 1986 ada menyatakan bahawa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad SAW ialah suara Khadijah Binti Khuwailid r.a kepada Rasulullah SAW :
“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali.Sesungguhnya engkau menghubungkan silaturrahim sesama manusia, keluarga dan melakukan kerja berat, memberi kepada orang yang memerlukan serta menolong orang-orang yang derita.”

Warga dewan yang budiman,
Dengarkan indikator saya dibawah rangkai kata puteri solehah yang beriman.Iman adalah perisai yang ampuh untuk menghadapi apa jua tribulasi mendatang tambahan pula kita berada pada zaman jahiliyyah moden.Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah apabila disebutkan nama-nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan sahaja mereka bertawakal.” (al Anfal:2)
Iman yang mapan mampu melahirkan seorang puteri yang bukan sahaja solehah malah mempunyai peribadi yang unggul, berani mempertahankan kebenaran, berjiwa besar dan lain-lain lagi.

Hadirin yang dimuliakan,
Puteri solehah yang berilmu.Ilmu pengetahuan dianggap lebih utama daripada ibadah kerana manfaat ibadah hanya memberi kepada pelakunya sahaja sedangkan manfaat ilmu pengetahuan adalah untuk manusia yang lebih luas.Atas dasar itu, di dalam beberapa hadis ada menyebutkan, mafhumnya:

“Keutamaan ilmu pengetahuan itu ialah lebih aku cintai daripada keutamaan ibadah dan agamamu yang paling baik adalah sifat warak.”

“.Kelebihan orang yang berilmu ke atas orang yang beribadah ialah bagaikan kelebihan bulan purnama atas seluruh bintang gemintang .”

Ini bersesuaian dengan kehendak kerajaan yang ingin melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Selain bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mahukan keseimbangan dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelek.Maka dengan ilmu, seorang puteri solehah mampu mengembalikan semula kegemilangan umat Islam.

Tidak tutup pintu, ayam patuk padi, tidak tutup buku macam mana saya hendak khatam lagi?Justeru dengarkan pula indikator saya yang ketiga iaitu puteri solehah yang berakhlak.Akhlak yang mulia adalah tanda dan hasil dari iman yang sebenar.Tidak ada nilai bagi iman yang tidak disertai oleh akhlak.Akhlak juga merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat.Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalnya tidak akan dipercepatkan hisab.Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya:

“Tidak ada satu perkara paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba di hari Kiamat kelak lebih dari akhlak yang mulia.”

Dalam Islam akhlak merupakan intipati bagi segala ibadat.Tanpa akhlak, ibadat hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah.Apabila seorang puteri solehah mempunyai akhlak yang mulia, dia akan warak dari melakukan perkara-perkara syubhah, lemah lembut dan sabar, bersifat benar dan jujur, tawadhuk, pemurah,menjadi role model kepada orang lain dan lain-lain lagi.

Sidang pendengar yang dirahmati Allah,
Seorang puteri solehah berperanan dalam membentuk keluarga sakinah.Penyair terkenal, Ahmad Syauqi ada menyatakan di dalam syairnya “Ibu ibarat sekolah, jika kau persiapkannya, maka sesungguhnya anda sedang menyiapkan bangsa (besar) yang wangi keringatnya”

Wanita adalah guru pertama bagi sang anak, sebelum dididik orang lain.Sejak ruh ditiupkan ke dalam rahim, proses pendidikan sudahpun bermula.Bagaimana seorang ibu mampu menanamkan aqidah seawal mungkin sehingga anak meyakini bahawa kita hidup bukan ikut semahunya tetapi di sana ada pengatur, pengawas tujuan hidup, akhir dari kehidupan.Kemudian meyakini bahawa apa yang terjadi kepada kita, pasti akan kembali kepada sang Khaliq.

Apabila seorang ibu itu mempunyai agama dan berperibadi solehah, maka akan terlahirlah generasi yang beragama dan berakhlak baik juga.Ibu seperti inilah yang akan mengajarkan tuntutan agama yang telah terbiasa di dalam dirinya.Maka akan terbentuklah keluarga sakinah yang diidamkan yang nantinya akan melahirkan masyarakat muslim yang bakal menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara.

Sidang dewan sekalian,
Izinkan saya meneruskan pidato saya dengan indikator yang kelima, peranan puteri solehah dalam memartabatkan agama, bangsa dan Negara.Di samping wanita sebagai ibu rumahtangga dan sebagai pendidik generasi, ia juga berperanan sebagai pendidik dan sebahagian anggota masyarakat.

Jumlah wanita di dunia ini lebih ramai daripada jumlah lelaki.Bila potensi ini tidak diarahkan dan dididik dengan baik, ia akan menjadi penghancur masyarakat, Negara bahkan dunia.Suatu masyarakat dikatakan berhasil apabila wanitanya berakhlak mulia.Wanita bagaikan mahkota, bila mahkota baik maka keseluruhannya akan kelihatan cantik dan bagus.Para tunas bangsa dan agama telah menunggu huluran tangannya.Apatahlagi, pada saat ini, umat sedang mengalami penurunan aqidah, moral dan ibadah.

Sesungguhnya wanita turut berperanan penting dalam usaha pembangunan ummah sama pentingnya dengan peranan golongan lelaki.Malahan, di dalam beberapa perkara tertentu, usaha dan jasa mereka lebih berharga misalnya sebagai suri teladan dalam melayari alam rumahtangga,Ingatlah, kata pepatah ada mengatakan “tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia.”

Hadirin sekalian,
Tuntasnya, untuk melahirkan seorang puteri solehah penjana kecemerlangan ummah memerlukan gemblengan tenaga padu dari semua pihak bermula dari individu itu sendiri, keluarga dan masyarakat.Justeru itu, bersama-samalah kita berusaha untuk melahirkan puteri solehah yang mampu memartbatkan Islam di mata dunia.

Gurindam jiwa bergema sudah,
Tanda pujangga sudah berlagu,
Pasakkan fakta kuberi sudah,
Tanda hamba mohon berlalu.

Sekian, wabillah…..
Wassalamualaikum…

*Teks ini disampaikan oleh Saudari Farhana Sualman dan berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan pidato sempena Hari Puteri Islam peringkat daerah Mersing.Syukran sekali lagi buat kak Ijan yang memberi kepercayaan kepada ana untk menghasilkan teks pidato ini.dan terima kasih juga buat cikgu Ros yang membetulkan tatabahasa dan Ustaz Arif yang memberikan idea.

Sekali Sekala...




Bismillah walhamdulillah..Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak perkara yang nak dititpkan di sini tetapi perkara yang ingin dikongsikan ialah aktiviti yang suatu waktu dahulu adalah aktiviti yang paling diminati sewaktu belajar di Mesir.
Kepuasan dalam membuat dan menghias kek adalah suatu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata..Ianya suatu aktiviti yang bolehlah dikatakan dapat “release tension” juga.

Ala Kulli hal, syukran jazilan buat Ustazah Norizan (kak Ijan) yang memberi kepercayaan kepada ana untuk membimbing Nurul Najihah dalam menghias kek.Alhamdulillah, Allah mudahkan segala-galanya dan Najihah pun terang hati orangnya dan keputusannya Najihah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan yang lalu.

*kek di atas itu adalah kek yang ana hias untuk membimbing Najihah bagaimana cara-cara untuk menghias kek..(dah lama tak buat)

Sambutan Hari Puteri Islam Mersing dan Negeri Johor








Alhamdulillah, pada 17 April yang lalu telah diadakan Hari Puteri islam peringkat daerah Mersing bertempat di sekolah Menengah Tenggaroh Alhamdulillah SMAAM telah menghantar wakil untuk semua acara melainkan koir.

SMAAM telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan Tilawah al Quran, mini gajet dan esei kreatif.Tempat kedua dalam pidato dan kolaj.SMAAM juga berpeluang ke pertandingan peringkat negeri yang telah diadakan pada 24 April lalu bertempat di Sekolah Menengah Agama Johor Jaya untuk mewakili daerah Mersing.

Dalam pertandingan tersebut , Puteri Islam daerah Mersing hanya memenangi dua acara sahaja iaitu Tilawah al Quran dan Buku Log.Walaubagaimanapun, tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang terutamanya Nurul Najihah yang memenangi tempat ke -3 dalam pertandingan menghias kek walaupun hanya belajar dalam satu malam sahaja (keep your good work!)

Semoga kalian terus mencapai kecemerlangan dalam setiap perkara yang kalian lakukan..

Alfu Zikra...






Bismillah walhamdulillah, segala puji hanyalah untuk Rabbul Jalil..Alhamdulilah, Allah beri kesempatan kepada diri ini menitip sesuatu untuk entri kali ini walaupun agak ripuh sedikit mutakhir ini.

Ihtifal ilmiah yang berlangsung di SMAPR baru-baru ini bukan sahaja berpeluang mengikuti acara yang dipertandingkn malah dapat mengeratkan ukhuwwah dengan tenaga pengajar dari sekolah menengah agama yang lain yang terdiri daripada azhariah yang sudah lama tidak bertemu..Dapatlah berkongsi cerita dan pengalaman dalam mendidik anak bangsa.

SMAAM berjaya meraih kemenangan dalam sembilan acara yang dipertandingkan,alhamdulillah.Tahniah buat guru pebimbing bagi setiap acara.Bagi Debat Bahasa Arab, kami berjaya mendapat tempat ke-4 setelah mengalahkan SMAKJ pada pusingan pertama dan layak ke separuh akhir.Tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila tewas kepada Sekolah Arab Kota Tinggi.

Banyak yang dapat dipelajari.Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustazah Norazean (kak N) dan Ustaz Syukri yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada diri ini.Banyak yang dapat ana pelajari daripada kalian..

Pertandingan Choral Speaking yang baru sahaja diadakan pada tahun ini telah meletakkan SMAAM sebaris dengan sekolah kerajaan yang lain(yang lebih berpengalaman) apabila berjaya memperolehi tempat yang kedua.Tahniah buat Cikgu Liza yang bertungkus lumus melatih puteri-puteri Choral kita..Ihtifal kali ini juga turut diserikan dengan pesembahan daripada saudara Azhan Atan yang cukup memukau para hadirin.

Segala kenangan pahit manis sepanjang ihtifal ini sudah pastinya tidak dapat dilupakan dan tetap segar di ingatan…majulah SMAAM untuk kegemilangan Islam..

Tuesday, April 06, 2010

Ihtifal Ilmiah


Bismillah walhamdulillah, segala pujian selayaknya untuk Rabbul ‘alamin yang masih lagi memberikan kita peluang untuk melihat lagi keindahan alam ciptaan Allah.
Nampaknya, taklifan semakin bertambah apabila diminta untuk menjadi guru pembimbing kepada debat bahasa Arab untuk Ihtifal Ilmiah Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Agama Negeri Johor.Insya Allah Ihtifal Ilmiah ini akan diadakan di Sekolah Menengah Agama Parit Raja pada 9 dan 10 hb April ini.

Selepas pengundian dibuat, SMAAM akan bertemu dengan SMAKJ untuk pusingan pertama.SMAAM berada di pihak kerajaan dan SMAKJ pula di pihak pembangkang..Tajuknya adalah seperti berikut:

تعليم الرياضيات والعلوم ينبغي أن يستمر باللغة الانجليزية
(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Perlu Diteruskan)

حظر التجول ليلراسةا للطلبة وسيلة لحد انتشار الجريمة
(Larangan Keluar Malam Faktor Sekatan Jenayah)

على ا لحكومة الاهتمام بالمتفوقين البارزين في الدراسة لبناء مستقبل البلاد الباهر
(Kerajaan Hendaklah Prihatin Terhadap Pelajar Yang Cemerlang Untuk Membina Negara Yang Cemerlang)

Jika di kalangan sahabat-sahabat ada idea bernas yang ingin dikongsi bersama,bolehlah hantar email ke qurratuaini02@yahoo.com. Doakan kemenangan kami ..

Thursday, April 01, 2010

PROMAS




Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama dua minggu untuk membuat persediaan menyambut kedatangan pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Johor sempena lawatan PROMAS (Program Mesra Asrama), akhirnya pada 30hb baru-baru ini kami selamat menerima kunjungan mereka.

Mujurlah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.Program yang diadakan dua tahun sekali ini benar-benar menguji bukan sahaja persiapan fizikal asrama itu sendiri malah pengurusan dan pentadbiran asrama juga.

Yang lebih menariknya, tetamu dipersembahkan dengan tayangan multimedia (tahniah dan syabas untuk cikgu awin dan cikgu liyana) yang cukup menyentuh perasaan.

Mudah-mudahan hasrat SMAAM untuk mendapatkan sebuah asrama putera yang selesa dan selamat dihuni diperkenankan oleh pihak atasan..

Asrama Raudhatul Jannah, asramaku, rumahku, syurgaku.

Tuesday, March 30, 2010

Akhirnya..


Alhamdulillah, kesempatan bertandang ke Kluang baru-baru ini tidak dilepaskan begitu sahaja apabila berpeluang untuk singgah menjamu selera di RFC berhadapan dengan Kluang Mall.Sebelum ini hanya mendengar namanya sahaja sewaktu mengikuti kursus HPA di mesir pada suatu ketika dulu.

Layanan yang diberikan juga memuaskan (teringat layanan COOK DOOR Mesir).Selain rasanya yang enak , spicy dan ayam organiknya yang segar, anda pasti teruja untuk datang ke sini lagi menikmatinya bersama ahli keluarga anda yang tersayang.

Anda juga boleh membantu membangunkan ekonomi umat Islam.Bagi sesiapa yang belum menikmatinya, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya ye..Selamat menjamu selera...

Alfun Mabruk!

Bismillah walhamdulillah, kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana memberi ruang dan kesempatan kepada ana untuk menghadiri walimatul arus sahabat baik sedari maahad hinggalah ke Mesir pada 28hb mac baru-baru ini.

Alfun mabruk buat Ustazah Nurhidayah dan Ustaz Hafizul Akhbar kerana selamat mendirikan masjid.Ana doakan agar antuma mampu membentuk baitul muslim yang akan membawa kepada daulah islamiyyah yang kita impikan.

Sedikit pantun buat pasangan mempelai:

Bersama bahtera aku belayar
Tujuh lautan dijarah nakhoda
Biarun luluh nayawa dikelar
Janji dipateri pasti dikota

Adat menghukum pada yang zahir
Mengukur cakap menghurai sifat
Cinta tak semestinya terungkap di bibir
Hanya makrifat akan menyingkap hakikat.

Hukama' ada mengatakan:

"Tidak perlu menunggu suami yang baik untuk menjadi isteri yang baik.Tidak perlu menunggu isteri yang baik untuk menjadi suami yang baik.Jadilah pasangan yang baik kerana diri sendiri.."

Sedikit sajak yang ditujukan khusus untuk mempelai:

Akh,
Cinta bagi ukht itu
bagaikan permata
amat berharga
bagi insan bernamanya

Ianya terlalu mahal
Ianya terlalu istimewa

Disimpannya cinta itu sekian lama
diperam biar masak
disubur biar harum
disiram biar mekar

Hanyalah menantikan
menungg-nunggu
detik yang abadi itu

Di saat sahnya sebuah ikatan
dan termeteri sebuah janji
untuk saling redha meredhai
untuk saling cinta mencintai

Pada detik itulah akh
akan kau kecapi
nikmatnya
harumnya
asyiknya
penangan cinta itu

dengan itu
jangan kau pinta ia
datang sebelum masanya
jangan kau pinta pembuktiannya
sebelum akadnya

kerana pasti akan
hilangnya nikmat cinta itu

kerana cinta itu
terlalu istimewa
bagi seorang ukht

kerana di situlah
letaknya harga dirinya
bahagianya
hidupnya

petiklah ia
di saat kemanisannya
di detik pertama
pernikahanmu dengan ukht itu...

*Semoga berkekalan hingga ke syurga..

Friday, March 19, 2010

Dalam Kenangan...


Bismillah walhamdulillah, segala pujian selayaknya untuk Rabbul ‘Alamin yang masih lagi memberi kesempatan untuk kita melihat lagi keindahan alam ini..Sesungguhnya hidup ini jalan sehala, mati menanti di hujungnya..

Genap seminggu sudah allahyarham Abas Bin Abu Bakar (tokbak) meninggalkan kami.Allahyarham pergi menghadap Illahi pada 9hb Mac 2010 ketika umur allahyarham berusia 86 tahun kerana artery fibrillation (penyumbatan arteri).

Namun demikian, kami bersyukur kerana allahyarham tokbak meninggalkan kami dalam keadaan tenang seolah-olah allahyarham sedang lena tidur..Jazakamullah khairal jaza’ kepada mereka yang bertungkus lumus menyelesaikan pengurusan jenazah allahyarham terutama kepada ahli jemaah PAS dari Darul Taqwa (rakan-rakan allahyarham) yang membantu melicinkan lagi pengurusan jenazah bermula dari proses pengeluaran jenazah dari Hospital Mersing sehinggalah kepada pengebumian allahyarham.Mungkin inilah berkatnya duduk dalam jemaah.

Allahyarham merupakan ahli jemaah PAS yang istiqamah dan komited terhadap perjuangan Islam.Walaupun fizikalnya agak uzur tetapi apa yang mengkagumkan ialah kekuatan dalaman yang ada pada diri allayarham.Inilah yang dapat ana pelajari dan satu pesanan allahyarham yang akan ana ingat sampai bila-bila pun iaitu “jangan jemu menuntut ilmu Allah"

Jenazah allahyarham disembahyangkan di Musolla ar Rasyidin SMAAM dengan diimamkan oleh al Fadhil Ustaz Md Arif Abd Kadir.Jenazah allahyarham selamat dikebumikan pada jam 11.30pagi dan turut ditalkinkan oleh al Fadhil Ustaz Md Arif.

Kesedihan dan kesayuan masih lagi menyelubungi keluarga kami tetapi itulah hakikat kehidupan.Setiap yang hidup pasti akan mati.Terlalu banyak kenangan bersama allahyarham, berkat doanya ana sampai ke tahap ini..allahyarham yang beria-ia benar agar ana menyambung pengajian ke SMAAM sedangkan pada waktu itu ana sedang menunggu panggilan untuk menyambung pengajian ke IPTA.Allahyarham mahukan agar cucunya ini berjaya melanjutkan pengajian ke Mesir dan pulang ke tanahair dengan membawa ilmu untuk dicurhkan pula kepada anak didik di SMAAM.Ana bersyukur kerana dapat menunaikan hasrat allahyarham sebelum allahyarham pergi untuk selama-lamanya.Tiada lagi doa dari allahyaham yang sentiasa mengiringi diri ini.

Semoga tokbak tenang di sana.Cucunda doakan agar tokbak dicucuri rahmat dan berbahagialah di sana..Semoga Allah akan mempertemukan kita di sana, di syurga yang abadi..al fatihah..

Sunday, March 07, 2010

Undangan yang tak Diduga...


Bisillah walhamdulillah..Malam kelmarin ana mendapat sms dari Ketua Muslimat Mersing, Kak Muzalina.sms berbunyi begini : "Slm, nak minta enti sampaikan ceramah Maulidur rasul di Taman Mahkota petang esok, jam 3ptg.Kalau boleh sentuh tentang Khutbah Terahir Rasulullah"..

Demikianlah sms yang saya terima.Hati rasa berdebar kerana ini merupakan pengalaman kedua ana selepas daripada menjadi panel dalam satu forum anjuran Dewan Muslimat Pas Negeri Johor.Rasa serba kekurangan waktu itu kerana dgandingkan dengan tokoh-tokoh yang hebat seperti Kak Nuri (Ketua Muslimat PAS Pusat), Us Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor) dan juga saudara Khairul Faizi (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor).Ana berada di situ atas stand (Mantan Naib Pebgerusi HEWI PMRAM) yang amat kerdil sekali rasanya.

Tetapi inilah yang Allah kehendaki dan Allah ingin memberikan sesuatu yang berharga untuk ana..Undangan yang tidak diduga ini mungkin untuk mematangkan lagi diri ini untuk berhadapan dengan masyarakat..Jadi ana terima undangan ini dan hasilnya alhamdulillah, rasa bersyukur yang tak terhinga kerana diberikan kesempatan yang cukup berharga ini.Dapatlah berkenalan dengan penduduk di situ dengan lebih dekat lagi.

Sedikit titipan khutbah Terakhir Rasulullah SAW:
Mengimbau kembali lembaran sirah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Padang Arafah menjadi suatu medan yang terpalit suatu peristiwa yang amat menyentuh hati dan mengharukan bagi manusia yang mempunyai tunjang aqidah muslim. Di sinilah tempatnya Rasulullah SAW menyampaikan amanatnya buat terakhir kalinya. Sebuah khutbah terakhir yang penuh maksud dan sama sekali menyentuh hati para pencinta Kekasih Allah itu.

Rasulullah SAW bertolak dari Mina ke Arafah setelah naiknya mentari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda. Baginda masuk dan berada di dalamnya sehingga waktu Zohor. Kemudian, Rasulullah SAW mengarahkan al-Qaswah, yakni untanya untuk disiapkan. Lalu Rasulullah SAW menaikinya sehingga tiba di Wadi Uranah. Di hadapan Baginda SAW, ribuan sahabat mengelilingi Baginda SAW engan perasaan yang penuh dengan debaran menanti apakah yang akan disampaikan oleh Baginda SAW.

Baginda SAW pun bangun berdiri dan menyampaikan khutbahnya yang penuh bersejarah itu.

"Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar, dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada sesiapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberi hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu wahai hamba-hamba Allah supaya bertaqwa kepada Allah dan menggesa kamu supaya mentaati-Nya."

Aku membuka khutbahku ini dengan muqaddimah yang baik. Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan kukatakan ini. Aku tidak tahu adakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesungguhnya darah kamu,harta benda kamu, dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini, dan Bandar ini (Makkah dan kawasan sekitarnya).

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (yakni telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Ibnu Rabi’ah bin al-Haris yang telah disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.


5. Riba adalah haram dan aku memulainya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimat Allah. Wajib ke atas merea untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk, jika mereka lakukannya, maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan-pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, tidak halal bagi seorang muslim mengambil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan kamu suatu panduan. Jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya yakni al-Quran dan as-Sunnah.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tiada nabi lagi selepasku dan tiada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuanmu (Kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Maha Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik dalam kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa terhadap Allah. Tiada kelebihan bagi bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali dengan taqwa.
11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati. Oleh itu, tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat daripada para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku. Maka apa yang kamu jawab? Mereke menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu”. Baginda SAW lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah”. Baginda SAW mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SAW dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umayyah bin Khalaf r.a.


Benarlah apa yang pernah dikatakan oleh saidina Umar al Khattab: "kamu tidak akan merasa gundah gulana, andainya kamu tahu apa yang kamu cari.."
*(Gambar di atas adalah sebahagian daripada
tetamu yang hadir pada hari tersebut...Syukran buat Kak Lina)

Tuesday, March 02, 2010

Program Ihya' sunnah


Bismillah walhamdulillah, nampaknya bebanan tugas semakin bertambah..Ditaklifkan sebagai warden (menjaga 69 orang pelajar puteri), guru tahfiz dan juga guru Unit Dakwah dan Tarbiyah.Memang benarlah apa yang telah disebutkan oleh al Imam Syahid Hasan al Banna,al wajibat aksar min al auqat.Terimalah taklifan ini kerana ia merupakan sebahagian dari kehidupan ana (teringat kata azimat poksu Li waktu dalam kepimpinan PMRAM dulu)
.
Alhamdulillah taqwim untuk setahun telahpun disiapkan tunggu untuk dilaksanakan sahaja.Baru-baru ini bersempena dengan Maulidur rasul SAW, Unit Dakwah dan Tarbiyah SMAAM telahpun melancarkan Program Ihya as Sunnah.Setiap minggu akan ada risalah yang akan dikeluarkan bersesuain dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.

Beberapa risalah tersebut ialah :

MASA YANG PALING SESUAI UNTUK BERSEDEKAH

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال:“ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال : يا رسول الله أي الصدقة أعظم أجرا ؟ قال : أن تصدق وأنت صحيح شحيح تخشى الفقر وتأمل الغنى ولا تمهل حتى إذا بلغت الحلقوم قلت لفلان كذا ولفلان كذا وقد كان لفلان . (متفق عليه)


Ertinya :

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu berkata:Datang seorang lelaki kepad Rasulullah SAW lalu bertanya :”Ya Rasulullah!Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?”Nabi SAW menjawab:”Iaitu sedekah yang engkau berikan sedangkan pada masa itu masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil(merasa saying unutk mendermakan harta), kerana engkau takut menjadi faqir dan engkau berangan-angan menjadi kaya.Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkongan lalu ketika itu baru engkau berkata “Untuk si fulan ini sekian, unutk si fulan itu sekian dan sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan dimiliki (diwarisi) oleh orang lain.”

Keterangan:

Mengeluarkan harta unutk didermakan adalah suatu perkara yang sangat susah bagi seseorang, melainkan kalau pengeluaran harta itu dalam bentuk kewajipan seperti zakat atau dalam bentuk kesedaran yang mendalam sehingga penderma merasakan bahawa harta yang didermakan itu adalah sebagai simpanan kekal yang akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda pada hari kiamat nanti.

Ramai orang kaya yang tidak mahu menderma.Dia takut menjadi faqir dan selelu berusaha untuk menambah lagi kekayaannnyayang sudah ada.Maka ketika hati sangat terpaut dengan harta dan sangat mencintainya, maka pada ketika itulah masa yang paling baik untuk dia berderma kerana ia akan berhadapan dengan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutinya dari terjerumus ke jurang kefaqiran.Maka sesiapa yang mampu melawan hawa nafsunya pada saat itu bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.

BENGKAK KAKI KERANA BANYAK SEMBAHYANG MALAM

عن عائشة رضى الله عنها أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه فقلت له : لم تصنع هذا يا رسول الله وقد غفر الله لك ما تقدم من ذنبك وما تأخر ؟ قال : أفلا أحب أن أكون عبدا شكورا. (متفق عليه)

Ertinya : Daripada Aisyah radhiallahu anha berkata:Bahawasanya Rasulullah SAW selalu beribadat di waktu malam sehingga bengkak kedua kakinya.Maka saya pun berkata kepadanya: “Kenapa engkau beribadat sampai jadi begini ya Rasulullah?Sedangkan Allah SWT telah mengampuni dosamu yang terdahulu dan dosamu yang terkemudian(seandainya beliau berdosa, padahal sebenarnya beliau ma’sum dari berbuat dosa).Lalu Nabi SAW menjawab: “Bukankah lebih elok kalau aku menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur?”

Keterangan
Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang ma’sum dari mengerjakan dosa.Kalu seandainya beliau berdosa, maka Allah SWT telah bersedia untuk mengampuni dosa beliau yang terdahulu dan terkemudian.Walaupun demikian, beliau masih banyak beristighfar (meminta ampun ) kepada Allah SWT dalam sehari semalam tidak kurang daripada tujuh puluh kali beristighfar, dan beliau selalu bangkit bersembahyang pada waktu malam dan banyak menghabiskan masanya untuk bermunajat di hadapan Allah SWT sehinggalah bengkak kedua kaki beliau.

Ini adalah satu teladan kepada umatnya.Kita yang terlalu banyak berdosa ini , mestinya lebih banyak beristighfar kepada Allah SWT dan lebih banyak lagi berbuat ibadat di waktu malam tetapi oleh kerana kelemahan iman yang ada di dalam dada, kita rasa malas untuk beristighfar dan rasa terlalu berat utnuk bangkit daripada tempat tidur untuk beribadat.

Maka kalau kita cuba meraba dada kita dan bertanya kepada diri kita sendiri, dapatlah kita mengukur sejauh mana kekuatan iman yanga ada di dalam hati, maka beruntunglah orang yang menyedari dirinya sebelum ia diragut oleh kematian dan berjayalah orang yang bersegera membuat ibadat sebelum ia terlambat.

Lainlah halnya dengan seseorang yang sedang berada dalam keadaan sakit yang sudah tenat.Nyawa pun dirasakan sudah tidak lama lagi akan terpisah dair badan.Tanda-tanda kematian dari masa ke semasa semakin dirasakan.Ketika itu putuslah harapannya dari memiliki atau mengusai hartanya, maka dengan mudahlah ia berkata:”Harta ini untuk si fulan, harta itu untuk si fulan” padahal masa sudah terlambat dan wasiat yang boleh diluluskan oleh syara’ pada masa itu tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta yang ditinggalkannya.Syukurlah kalau ahli waris yang mewarisi harta itu mengerti untuk membuat sedekah jariah sebagai kiriman yang dihantar ke dalam kubur dari masa ke semasa.

Kalau mereka tidak berbuat demikian, harta yang ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan unutk membuat kemaksiatan, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memeras keringat pada waktu hidupnya dahulu dan dia pula yang akan dihisab di hadapan Allah SWT sedangkan ahli waris bersenang-senang hati mewarisi harta yang telah ditinggalkan oleh orang tua mereka dengan percuma sahaja.

MEMBERI SALAM

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :“والذي نفسي بيده, لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا, ولا تؤمن حتى تحابوا .اولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحابيتم ؟ أفشوا السلام بينكم ” (رواه المسلم)

Ertinya:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:Rasulullah SAW bersabda: “Demi Tuhan yang diriku di bawah kekuasaanNya.Kamu tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu beriman.Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu saling cinta menyintai.Hendakkah kamu aku tunjukkan satu perkara, jikalau kamu dapat melaksanakannya sudah pasti kamu akan menjadi orang yang saling cinta menyintai sesame kamu?Sebarkanlah salam di antara kamu.”

Keterangan

Memberi salam sesama muslim adalah di antara syiar Islam yang terbesar.Salam bererti kita menjadikan orang lain sejahtera daripada sebarang gangguan, bahkan salam juga bererti kita mempertahankan sahabat kita apabila ia diganggu oleh oarng lain.

Salam mengeratkan hubungan antara kita dengan orang yang sudah kita kenali, dan menjalin hubungan pertama atara kita dengan orang yang belum kita kenali.Salam pembuka alam perkenalan, persahabatan, pertolongan dan kerjasama.Oleh kerana itu, Islam menggalakkan kita member salam kepada orang yang kita kenali dan kepada orang yang kita tidak kenali seperti apa yang disebutkan dalam hadis lain.

Selain daripada itu, salam adalah lambang mahabah yang mendalam dan sebagai bukti asas ketulusan hati ebenaran imankita terhadap sahabat, di mana hal ini merupakan syarat kepada kebenaran iman seseorang kepada Allah, dan iman itu syarat untuk seseorang yang mahu masuk ke dalam syurga.


Jadi, memberi salam dan menjawab salam adalah prasayarat masuk ke dalam syurga yang merupakan impian setiap orang yang beriman.Oleh kerana itu, amalkanlah salam dan hendaklah kita belajar adab-adab atau tatacara memberi salam dari kitab-kitab yng muktabar, supaya sunnah yang besar ini dapat diamalkan sesuai dengan bentuk yang dikehendaki oleh syariat Islam.



SELAWAT

Firman Allah Taala berfirman:

إن الله وملائكته يصلون على النبي . يا ايها الذين آمنوا صلوا عليه وسلموا تسليما

Ertinya :
“Sesungguhnya, Allah dan para malaikatNya menyampaikan selawatnya kepada Nabi-yakni Nabi Muhammad.Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu.
(al Ahzab:56)


وعن عبدالله بن عمرو بن العاص رضى الله عنهما انه سمع رسوالله صلى الله عليه وسلم يقول : من صلى على صلاة صلى الله عليه بها عشرا .
(رواه مسلم)

Mafhumnya:
Dari Abdullah ’Amr b bin al ‘Ash radhiallahu ‘anhuma bahawasanya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang membaca selawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan memberikan kerahmatan padanya sepuluh kali dengan sebab sekali selawat tadi.” (Riwayat Muslim)

وعن ابن مسعود رضى الله عنه ان رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : اولى الناس بي يوم القيامة اكثرهم على صلاة . رواه الترمذى وقال : حديث حسن

Mafhumnya:
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawatnya padaku,” yakni lebih diutamakan oleh beliau SAW untuk memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.
Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Sunday, February 28, 2010

Dimanakah Kehebatan Kita?



Alhamdulillah, segala pujian selayaknya untuk Rabbul 'alamin.Bersyukur juga kerana diberi peluang untuk mengikuti Kuliah Subuh yang menjadi rutin hari minggu.Kuliah subuh yang disampaikan oleh al Fadhil Us Arif (mudir SMAAM) pagi tadi cukup menyentuh jiwa dan benar-benar memberi injeksi kepada nubari yang sentiasa dahagakan siraman hujan iman.

Biasanya kuliah subuh al fadhil ustaz membincangkan Kitab Maniayatul Musooli karangan al 'Alim as Syeikh Daud bin Abdullah al Fathoni tetapi pagi tadi ustaz menyentuh sedikit tentang tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu "Insan Cemerlang Ummah Gemilang".

Untuk melahirkan ummah yang gemilang, sudah semestinya bermula daripada insan yang cemerlang.Ana bersetuju dengan apa yang disebutkan oleh al Fadhil ustaz yang menyatakan untuk menjadi seorang yang cemerlang dan hebat mestilah dengan Islam.Hanya dengan Islam sahaja yang mampu menaikkan martabat seorang insan itu yang dahulunya lemah dan dipandang hina sehingga menjadi seorang yang dihormati dan digeruni.

Sirah telah membuktikan kepada kita betapa Islam telah berjaya mengangkat golongan hamba menjadi golongan yang mulia.Golongan yang lemah menjadi golongan yang kuat.Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Bila bin Rabbah.Seorang hamba Habsyi yang tidak mempunyai apa-apa nilai pun di sisi orang Arab Quraisy Mekah pada masa itu.Dengan keislaman beliau, beliau dihormati oleh orang Islam yang lain dan digeruni oleh musuh Allah.Walaupun beliau diseksa dengan begitu dahsyat, beliau mampu mempertahankan keislaman beliau.Darimanakah datangnya kekuatan ini?Sedangkan beliau sebelum ini merupakan hamba yang lemah dan ditinda? Sudah tentulah ianya datang daripada ajaran Islam itu sendiri..

Teringat Kitab Risalah Talim yang dikarang oleh Imam as Syahid Hassan al Banna yang ada menyebut empat marhalah untuk mencapai daulah Islamiyyah iaitu bermula daripada fardu muslim(individu muslim), kemudian baitul muslim (rumahtangga muslim),kemudian akan melahirakan mujtama' muslim(masyarakat muslim) dan akhirnya akan membentuk daulah Islamiyyah (kerajaan Islam yang diimpikan).

Inilah juga yang disebut oleh saidina Umar al Khattab yang mengatakan "Kita ini bangsa yang dimuliakan kerana keislaman kita, jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka kita akan dihina oleh Allah"..

Dimanakah kehebatan kita? Tepuk dada tanya iman kita..Adakah islam kita benar-benar mantap sehingga memungkinkan kita menjadi "Insan Cemerlang" yang akan melahirkan "Ummah yang Gemilang"?Sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah taqwa..

Saturday, February 27, 2010

Insan cemerlang Ummah Gemilang


Alhamdulillah kesyukuran dirafakkan ke hadrat Illahi kerana atas limpah rahmat dan kurnianya diberi peluang untuk menyambut Maulidur Rasul di tanahair.Sambutan yang dibuat di Masjid Jami' Mersing semalam agak meriah juga.

Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan "Insan Cemerlang Ummah Gemilang" pada tahun ini diserikan lagi dengan bacaan berzanji dan ceramah ringkas oleh Ustaz Fairuz Ali Akbar, Perunding Khidmat Nasihat Jabatan Agama Islam Kota TInggi yang juga merupakan kharijin dari al Azhar Mesir.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan, nasi minyak berlaukkan daging masak kurma, dalca dan acar nenas.

Rasa bersyukur kerana melihat kesungguhan masyarakat mengingati tarikh lahir Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW tetapi terasa sedih juga apabila melihat qudwah hasanah yang ada pada diri baginda tidak diikuti sepenuhnya.Apakah dengan menyambut hari Keputeraan baginda sudah membuktikan kita benar-benar mencintai baginda dan menjunjung sunnah baginda?

Tepuk dada tanya iman kita...sejauhmanakah kecintaan kita terhadap baginda?

Friday, February 26, 2010

PROMAS (Program Mesra Asrama)



Gambar di atas ini dirakam semasa lawatan PROMAS (Program Mesra Asrama) oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Johor semalam di SMA Parit Raja.Alhamdulillah diberi peluang untuk turut sama melawat asrama sma lain untuk dijadikan panduan nanti.Ini merupakan program pertama PROMAS dan selepas ini akan diikuti oleh sma yang lain pula.Insya Allah SMA Mersing pada 30hb3 nanti..

Kalau mahu dibandingkan SMA Mersing dengan sma lain yang terdapat di Johor bagaikan langit dan bumi.Sekolah-sekolah ini mendapat bantuan kerajaan, jadi tidak hairanlah mereka mempunyai prasana yang lengkap.Nampaknya ini beban tugas yang berat untuk dipikul..Ya Allah, berilah kami kekuatan..

Tapi itu semua bukan halangan untuk kita mencapai kejayaan kan?Nampaknya banyaklah kerja-kerja yang perlu dibuat.Pemarkahan akan diambil dari segi fizikal, pengurusan dan pentadbiran asrama.

Jadi, warden kena kuatlah nampaknya barulah anak buah bersemangat..Takbir!Allahu Akbar walillah hil hamd..

Wednesday, February 24, 2010

Menghayati Sirah Rasululllah SAW



Hanya beberapa hari lagi kita akan menyambut kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang disenaraikan sebagai The 100 A Ranking Of The Most Influential People In History tulisan Michael Hart.

Saban tahun juga apabila menjelang tarikh 12 Rabiul Awal, umat Islam akan menyambut peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW, insan mulia yang membawa rahmat kepada sekalian alam.

Malangnya, tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menghayati sirah baginda SAW dan seterusnya menterjemahkannya ke dalam kehidupan seharian..

Sebabnya belum wujud perasaan kasih sayang yang tinggi terhadap Baginda sebagai Rasul utusan terakhir...

Mencintai Rasulullah SAW merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah SAW

Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

(( لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah SAW dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah SAW.

1. Mencontohi dan mengamalkan sunnah Baginda SAW

Mencontohi, mengikuti Rasulullah SAW dan berjalan di atas manhaj Baginda SAW serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan Baginda SAW adalah tanda pertama cintakan Rasulullah SAW. Bahkan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang mengikuti Rasulullah SAW secara zahir dan batin serta selalu menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah SAW.

Orang yang mencintai Rasulullah SAW adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya, melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana firman Allah swt:

] قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [

{Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.} [Surah At-Taubah:24].

Menghidupkan sunnah dan mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:

] قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ [

{Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].

Berdasarkan hal ini, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda SAW. Tidak mungkin ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan sengaja.

2. Banyak mengingati dan menyebutnya, kerana orang yang mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.



3. Menyampaikan selawat dan salam kepada Rasulullah SAW sebagaimana firman Allah:

] إِنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [

{Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].

4. Menyebut keutamaan dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada Baginda saw, juga mukjizat serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw. Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Ulama’ menyatakan faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi SAW ialah: Seorang ketika banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.

Apabila keadaan ini kuat dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya. Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.

Fadhilat atau kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW sangat banyak dan sangat masyhur.

5. Bersopan santun dan beradab dengan Baginda SAW baik dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah SWT telah berfirman:


] لا تَجْعَلُوا دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ [

{Janganlah kamu jadikan panggilan (kepada) Rasulullah SAW di antara kamu seperti panggilan sesama kamu. Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].

Kata ulama’: Adab yang tinggi terhadap Rasulullah SAW adalah menerima sepenuhnya serta tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul (masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk dan taat kepada Baginda SAW sahaja.

6. Berharap dan rindu untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah SAW walaupun terpaksa membayarnya dengan harta dan keluarga.

Tanda kecintaan ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:

مِنْ أَشَدِّ أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ.

“Diantara umatku yang paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan harta.” [HR Muslim].



7. Menyampaikan Nasihat untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

((الدِّينُ النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).

“Agama itu adalah nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].

Maksud nasihat untuk Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan mencintainya.

8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya (ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan: Diantara tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:

كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ

“Sesungguhnya Akhlak Baginda SAW adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].

Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi 1/343].



9. Mencintai orang yang Rasulullah SAW cintai, antaranya:

a. Ahlul-baitnya (keluarga)

Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata: “Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah SAW adalah mencintai ahli bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].

Ulama’ lain pula menyatakan: “Di antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah SAW tentang mereka.”

Kemudian beliau juga menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’ (harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama selawat untuk Rasulullah SAW. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].

c. Para sahabat Baginda SAW.

Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan: Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi SAW adalah cinta kepada para sahabat Baginda SAW, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ

{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].

Firman Allah SWT juga:

لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ

فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].

Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].

Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Rasulullah SAW bersabda:

))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((

“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]

9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:

لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ…

{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].

Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.

Demikianlah sebahagian tanda dan bukti penting kecintaan kita kepada Rasulullah SAW, semoga Allah memudahkan kita untuk memiliki dan merealisasikannya dalam kehidupan seharian kita. Wabillahi taufiq.



Rujukan:

1. Huquq An-Nabi ‘Ala Umatihi Fi Dha’il Kitab Was Sunnah, Dr. Muhammad Khalifah Al-Tamimi, Penerbit Adwaa’ Al Salaf, 1418 H,)

2. Mahabbatu An-Nabi Wa Ta’zimuhu. Fahd bin Abdullah Al-Habisyi.

3. [http://ustadzkholid.com/aqidah/bukti-dan-tanda-cinta-rasul/ ]

4. www.abuanasmadani.com

*Menurut Ketua persatuan Ulama' Antarabangsa,Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi bahawa sambutan maulid adalah sesuatu yang dianjurkan...Selamat menyambut Maulid Rasul.

Monday, February 15, 2010


Alhamdulillah, akhirnya dapat juga membaca buku ini apabila seorang teman sudi meminjamkan buku ini.Banyak penagajaran yang boleh diambil dan dijadikan pedoman untuk mereka yang akan melangkah ke alam perkahwinan...
"Penghargaan buat para suami yang membahagiakan isterinya, penghormatan buat isteri yang memuliakan suaminya..."

Di antara yang menariknya di dalam buku ini terdapat sajak yang dikarang oleh Aminah Qutb yang merupakan adik kepada as Syahid Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya:

Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
Kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
Kita cinta kepaada Allah
Kita akn turut mencntai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah jua
Ya Allah
Andainya dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
Campakkanlah ke dalam hatiku
Cinta kepadanya adalah keranaMu
Dan campakkanlah ke dalam hatinya
Cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan olehMu kepadaku
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian
Yang Kau berikan kepdaku

*Selamat membaca buku ini wat yg belum membacanya, mudah-mudahan kita dapat mengambil 1001 hikmah yang terdapat di dalamnya...

Ihtifal Sukan dan Ilmiah SMAAM 2010



Bismillah walhamdulillah, berakhir sudah Ihtifal Sukan dan Ilmiah peringkat sekolah dan selepas ini bersiap sedia pula untuk ihtifaal sukan dan ilmiah peringkat SMA Negeri Johor.Tahun ini menyaksikan pasukan Saidina Usman (pasukan biru) berjaya menjadi juara keseluruhan.

Pengalaman pertama yang dilalui sejak menjadi warga SMAAM selama 4 bulan pastinya tidak dapat dilupakan.Rasa syukur dan bangga dengan warga anak didik SMAAM yang berjaya membuktikan bahawa pelajar sekolah arab juga mampu untuk aktif di dalam bidang koku.

Dataran SMAAM bukan sahaja tempat ijtima' (perhimpunan) malah itu jugalah court untuk beriadhah.Keputusan tahun lalu mencatatkan SMAAM memperolehi naib Johan untuk semua kategori dan insya Allah tahun ini kita mensasarkan untuk menjadi johan keseluruhan.Amin...

Mudah-mudahan kalian nanti mampu membuktikan bahawa pelajar sekolah agama juga mampu untuk imtiyaz dalam semua bidang