.: Sufi Haraki :.

Langkahmu makin berat...jiwamu mesti kuat..Life is a long journey, so...make the most it!

Tuesday, August 23, 2011

Menjelang Lebaran...

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan telah berjaya.

...Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.
( Surah al-Baqarah 2: Ayat 185 )

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai anugerah kerana kejayaan hamba-Nya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.

Mudah-mudahan kita menjadi Rabbaniyyin bukan Ramadhaniyyin...


Khaujah Rubiyah Ngah at Tuesday, August 23, 2011

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

About Me

My photo
Khaujah Rubiyah Ngah
Graduanita Kuliah Bahasa Arab,Universiti Al-Azhar, Kaherah,suri kepada Mohd Azhar Abd Ghani.Bersama mencari redha Illahi..
View my complete profile
Powered by Blogger.