Sunday, April 16, 2006

Kembali Injeksi Ruhiyyah

Azhariah Mendepani Cabaran
Dunia hari ini menyaksikan perkembangan pesat dalamsegenap bidang.Globalisasi atau kesejagatan yang kitadepani pada hari ini adalah satu bentuk imperialismebaru tajaan barat bertujuan untuk menakluki duniadengan cara yang paling halus khususnya dunia Islam.Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya 'Painting Islam as A New Enemy' mengatakan bahawa kuasa besar duniasedang mengalihkan serangan mereka terhadap Islam danumat Islam selepas termeterinya era perang dingin.Inilah satu bentuk cabaran yang menggugat kestabilanminda sedar dan sensitiviti kita selaku umat Islamumumnya dan azhariah khususnya.Secara umumnya, mahasiswa tanpa mengira pengkhususanpengajian di anggap sebagai 'cream of society', pewaris kepimpinan masa depan golongan yang idealis, agenperubah masyarakat, jurubicara ummah dan lain-lain anggapan lagi yang meninggikan harga dan maruah semua mahasiswa.
Tanggapan ini pada hakikatnya adalahtanggungjawab yang sepatutnya disedari dan dihayatioleh golongan yang istimewa ini. Dalam erti kata lain, tiada jalan mudah bagi mahasiswa untuk keluar daripada tanggungjawab ini melainkan bertindak untuk merealisasikannya! Selaku azhariah yang berada di perlembahan ilmu dan tarbiyah ini, adalah menjadi satu tamparan hebat andainya kedapatan di kalangan azhariah yang masih lagi mangut dan tercari-cari identiti diri dan arahtuju yang perlu diikuti. Azhariah perlu mempunyai jatidiri yang memungkinkan mereka menjadi role model atau qudwah kepada masyarakat seterusnya bersedia untuk terjun ke medan yang sebenarnya. Melihat fenomena kejahilan ummah, krisis aqidah dan kebejatan akhlak membuktikan kepada kita realiti masadepan ummah pada masa akan datang dan besarnya peranan yang perlu dimainkan oleh kita selaku azhariah. Begitulah tepatnya sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Allahyarham Sheikh Abu Hassanan-Nadwiy: “Krisis iman dan akhlak yang berleluasa di kalangan umat Islam telah menyebabkan wujudnya jurang yang semakin jauh antara sikap dan tingkah laku umat Islam berbanding ajaran Islam yang suci dan mulia.”
Azhariah sebagai sayap kiri kepada perjuangan sepatutnya merasakan bebanan dakwah untuk memimpin masyarakat ini turut terpundak di bahu mereka. Penubuhan NGO seperti Sisters In Islam cukup mencabar dan menggugat kewibawaan kita selaku azhariah. Kenyataan yang dibuat oleh mereka seharusnya dipandang serius oleh azhariah dengan mengambil peluang menjawab segala kenyataan yang dibuat secara berani, berhikmah dan bijaksana. Selama ini, kelompok liberal dilihat menguasai isu gender, hak asasi manusia dan banyak lagi isu yang mendapat perhatian luas media perlu ditangani secara agresif oleh azhariah dengan mempersiapkan diri dengan keilmuan Islam yang hakiki dan intelektualisme terkini untuk berhadapan dengan idea-idea liberal yang ekstrem. Beberapa instrumen yang perlu dikaji dan dipandang serius oleh azhariah dalam mendepani cabaran mendatang antaranya pemerkasaan jatidiri, pengukuhan ilmu, thaqafah dan kemahiran serta penguasaan maklumat dan isu semasa. Pemerkasaan jatidiri yang dimaksudkan adalah pemerkasaan dari aspek rohani dan jasmani. Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini mendesak kita untuk menyingkap rahsia kekuatan para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Kehebatan ubudiah perwira pembebas Baitul Maqdis, Salahuddin Al Ayubi tercerna dalam pemikiran tenteranya yang menitikberatkan qiamullail sebagai sumber kekuatan lantas menatijahkan satu kemenangan gemilang. Kita tidak rela kredibiliti azhariah dipertikai lantaran kerapuhan jati diri dan kebejatan akhlak yang semakin hari semakin membarah dikalangan penuntut ilmu Allah ini.
Gejala kebobrokan akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Fitrahnya, jati diri akan seiring dengan kewujudan akhlak yang mulia. Ilmu, thaqafah dan kemahiran juga merupakan kompenen pelengkap kepada azhariah. Azhariah seharusnya menyedari bahawa 'mainstream' dakwah di Malaysia membutuhkan azhariah yang 'expertise' dalam ilmu Islami, berprinsip tegas dengan halal dan haram serta mampu menyerap di dalam masyarakat. Ledakan Information and Communication Technology (ICT) di persada dunia meletakkan azhariah dalam kondisi yang sedikit tersepit. Sewajarnya ledakan ICT ini dikuasai sepenuhnya oleh azhariah seterusnya dieksploitasi semaksimum mungkin guna menyebaluaskan agenda dakwahdan tarbiah. Pengukuhan ilmu dan thaqafah serta penguasaan kemahiran yang pelbagai merupakan satu 'advantage' kepada azhariah bila pulang ke tanahair kelak. Penguasaan maklumat dan isu semasa juga tidak kurang pentingnya dalam melahirkan azhariah yang berkredibiliti guna memimpin masyarakat. Perjuangan menuntut hak persamaan antara lelaki dan perempuan oleh Sisters In Islam sewajarnya membuka mata azhariah untuk berhadapan dengan pergerakan wanita yang mendakwa bahawa tuntutan dan dakwaan mereka adalah berdasarkan al Quran. Mereka mempunyai laman web sendiri untuk menyebarkan misi mereka melalui teknologi yang canggih, mereka telah berjaya mengaburi gambaran Islam hakiki. Siapakah di antara kita yang akan bangun untuk membela kewibawaan Islam yang telah dirobek ini? Konklusinya, azhariah dalam mendepani cabaran perlu mengambil inisiatif dalam menggunakan 'approach' yang berbeza tetapi mengekalkan prinsip yang tidak mungkin akan berubah guna menghadapi masyarakat pluralistik di tanahair kelak.
Namun demikian, azhariah mesti menggembleng seluruh tulang empat kerat agar amanah ilmu yang diperolehi terpelihara dengan menterjemahkan secara praktikal dan memanipulasikan segala ilmu yangada secara bijaksana. Justeru, berbekalkan ilmu dan keimanan yang tulen serta jatidiri seorang muslimah, azhariah harus maju pantas ke hadapan sebaris denganpara ilmuan tulen mendepani perubahan alaf baru.
MENITI RANJAU PERJUANGAN
“Perjuangan itu gerun dan mengerikan…hebat dan dahsyatmenggerunkan hati..”
Begitulah bait-bait indah yangdikaitkan dengan sebuah perjuangan.Perjuangan di dalam PMRAM merupakan satu perjuangan yang indah untuk dikenang dan menjadi satu sejarah yang mungkin tidak akan dilupakan. Sejarah dan pengalaman merupakan antara guru terbaikkepada manusia.Mereka yang mampu mencipta peluangmelalui pengiktibaran dan pedoman sejarah merupakanantara insan yang berjaya memanfaatkan kelebihan akal.Allah SWT berfirman:لقد كان فى قصصهم عبرة لأولى الأ لباب
: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka ituterdapat pengajaran bagi orang yang berakal.”
PMRAM yang menjadi wadah perjuangan mahasiswa diMesir kini telah melewati usia kematangannya. Sepanjang tujuh dasawarsa, kronologi yang panjang ini telah merakamkan pelbagai peristiwa dan suasana yang menyelubungi PMRAM sejak kelahirannya hingga kini. Keutuhan dan kelangsungan PMRAM yang telah sedia wujud merupakan manifestasi kerjasama dan dokonganpara ahlinya zaman berzaman. Namun, kita tidak hanya boleh bermegah dengan sejarah yang lampau tanpa usaha dan pemugaran terhadap sikap dan kredibiliti sebagai mahasiswa agen perubah ummah. Lantaran itu, untaian hikmat Saidina Umar al Khattab seharusnya dijadikanazimat perjuangan: نحن قوم أعزنا الله با لإسلام فمهما ابتغينا العزة غيرما أعزنا الله أذلنا الله
Maksudnya:”Kita adalah golongan yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka sekiranya kita mencari kemuliaan selain daripada apa yang telah Allah muliakan ke atas kita dengannya, kita akan dihina olehAllah. Sufian Ath-Thauri pernah berkata kepada khalifah AbuJaafar al-Mansur yang bermaksud:” Wahai Amir Mukminin,sesungguhnya aku mengenali seorang yang seandainya ia baik nescaya akan baiklah seluruh ummah” lalu al-Mansur mencelah, “Siapakah dia?” dengan yakin Sufian menjawab: "Engkau wahai Amir Mukminin" Begitulah besarnya peranan kepimpinan dalam menentukan masa depan ummah. Kesinambungan kepimpinan adalah sebahagian daripada aset terpenting dalam menjana keutuhan sesebuah gerakan. Pertukaran kepimpinan saban tahun membuktikan kepada kita bahawa perjuangan mempertahankan PMRAM memerlukan dan mutawasil. Berada di dalam kepimpinan PMRAM bermakna meletakkan diri di posisi pertahanan kubu PMRAM itu sendiri.
Setiap posisi perlu memastikan sebarang anasir yang cuba menjetik jatuhkan PMRAM dihalang dan dihapuskan. Namun, pertahanan ini tidak akan utuh tanpa bantuan dan dokongan dari luar. Sebagai pendokong kepada PMRAM kita seharusnya menghadirkan di dalam diri kita bahawa tugas mempertahankan PMRAM bukan hanya terpundak di batu jemala pimpinan semata tetapi juga di bahu kita. Kenapa kitabersungguh-sungguh untuk mempertahankan PMRAM ini?Tidak lain tidak bukan kerana kita inginmem pertahankan dasar yang dibawa oleh PMRAM iaitu alquran dan as sunnah. Sabda Rasulullah SAW:من لا يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
Maksudnya:”Barangsiapa yang tidak mengambil hirau urusan umat Islam, maka ia bukan daripada kalangan mereka” Kita merupakan kader-kader perubah massa. Justeru, demi meniti ranjau perjuangan, kita perlu mempersiapkan diri dengan persiapan yang teliti merangkumi segenap aspek ruhi, jasadi, akhlaqi dan thaqafi. Dalam mencapai cita-cita mulia ini, adalah menjadi kewajipan bersama memahami dan menyedari bahawa kita adalah hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi ini yang diamanahkan dengan tugas-tugas pengabdian dan kepimpinan. Kita perlu bersama mengatur strategi, merancang dan merangka misi serta visi guna menangani perubahan dan cabaran.
Perlu diingat, cabaran mendatang kian sofistikated dan kompleks. Dari itu, selaku kelompok yang dijanakan untuk memimpin perubahan perlu memantapkan diri dengan penerapan keilmuan, ketahanandan seumpanya bagi melayakkan kita mejadi nadi perubah. Justeru, bertindak laksana rahib di malam hari dan pejuang di siang hari merupakan antara agenda latihan kerana ranjau perjuangan ini pastinya menuntut kesabaran, kecekalan dan semangat jihad berterusan dan hasilnya kebersamaan Allah SWT dalam setiap gerak lakuakan dimiliki natijah mujahadah yang tinggi.Berbahagialah bagi mereka yang meletakkan diri dan seluruh kehidupan ini untuk sebuah perjuangan.Firman Allah Taala:يأيها الذين ءامنوا ان تنصروا الله ينصركم ويثبت اقدامكم
Maksudnya:” Wahai orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamudan menetapkan pendirian kamu”
Ayuhlah kita senada mendoakan agar PMRAM terus utuh menaungi seluruh mahasiswa yang berada di bumi anbiya’ ini. Kita bukanlah mereka yang memulakan perjuangan ini tetapi kita adalah penerus dan mata rantai perjuangan. Semoga kembara dalam meniti ranjau perjuangan ini tidak menyongsang guna memastikan wahdah ini dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir. Sesungguhnya bantera PMRAM ini akan terus berlayar sekalipun layarnya compang meskipun terajunya patah, yang pasti PELAYARAN INI AKAN DITERUSKAN! BERSAMAMU PMRAM!
Dedikasi buat bonda tercinta...
Bondaku yang tercinta
Dengarlah luahan hatiku ini
Sepanjang perjalananku menimba ilmu
Kasih sayang dan pengorbanan suci
Dari bondalah yang membolehkan anakanda membuahkan hasil
Menimba ilmu
Sehingga anakanda mencapai Kejayaan…
Ketahuilah bonda jasamu
Akan anakanda kenangi
Dan hargai sampai bila-bila
Anakanda akan tetap mendoakan
Kesejahteraan bonda buat selama-lamanya…
Imam junaid al Baghdadi pernah berkata:
“Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai
keindahan Allah, lebih baik telinga itu tuli jikatidak mendengar nasihat Allah, lebih baik anggota
badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhanAllah SWT”