Sunday, March 26, 2006

ILHAM RASA


Mencari erti sebuah perjuangan
menuntut kesabaran dan ketabahan
dalam kepayahan
langkah diteruskan
moga tidak menyongsang

Mencari erti sebuah perjuangan
menggapai rahmat dan kasih sayagNya
ang tidak bertepi

Mencari erti sebuah perjuangan
terkadang tersadung
onak dan duri
yang menanti di hujungnya

Mencari erti sebuah perjuangan
hanya tersingkap
bila kau ketemu
manisnya meneguk madu
setelah tertelan hempedu

Mencari erti sebuah perjuangan
takkan ketemu penghujungnya
kerana perjuangan ini
takkan terhenti
hingga bertemuNYA

Rabbul Jalil

Friday, March 03, 2006

Iftitah


Salam perkenalan, salam perdamaian, salam ukhuwwah dan salam silaturrahim buat semua yang mana berkesempatan membaca lantas meniti dari satu patah perkataan yang kutitipkan buat kalian di sini, di situ dan di sana...
Firman Allah Taala:
“Dan katakanlah;bekerjalah kamu untuk Islam, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Maha mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata, lalu diberitakan apa yang telah kamu kerjakan”

Memang bukan suatu yang baru dan mudah.Jalan setapak setiap orang dalam mencari tempat di tengah-tengah manusia dan masyarakatnya.Untuk menjadi diri sendiri, melelahkan dan membosankan apabila kita mengamati sesuatu yang tidak membutuhkan suatu jalan….menjangkarkan akar tunjang kepada bumi lalu tumbuh jadi pohon…
Lantas atma ini terpanggil untuk mengisi ujana keinsanan mogakan terus subur bersiramkan nur keimanan dan keikhlasan seterusnya menjadi wahana menyegarkan laman kemanusiaan berpaksikan pimpinan Illahi…


DEDIKASI BUAT PEJUANG ALLAH

Tiada lokasi seindah imaginasi
Yang dapat digambarkan
Betapa agungnya darimu berjuang di jalan ALLAH

Mutiara keikhlasan dijunjung
Dianyam bersama lipatan akhlakmu yang mulia
Selautan pengorbanan ditaburi
Disertai intan-intan keimanan, kesabaran,
Dan permata zikrullah

Wahai pejuang Allah!!!
Cekalkan hatimu
Laksana perjuangan MUHAMMAD SAW
Menghadapi rintangan dan cabaran
Demi menegakkan yang haq
Agar ummat yang buta dapat dicelikkan
Menjadi rangkaian KHAIRA UMMAH

Wahai pejuang Allah!!!
Meskipun secubit imbunan cuma
Namun kau tabah mengharungi perjuangan ini
Demi menjulang syariat yang qudus
Dan merindui kasih ILLAHI
Sebagai khalifah di mayapada ini

Dan…
Sesungguhnya
Stimulus Islam sepertimu
Didahagai oleh ummah dilema kini
Untuk mendirikan

“BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFFUR”
Wahai PEJUANG ALLAH!!!

Teruskan perjuanganmu…


DENGARLAH JERITAN BATINKU

Andainya engkau tahu gelora hatiku
Sudikah kau fahami
Resah membelenggu
Amanah dari Tuhan bagai tidak mampu
Untukku junjung kemas di pundakku

Bukan aku menyanggah takdir Maha Esa
Kusedar diri lemah tiada berdaya
Namunku pohon nusrah
Peneguh semangat
Moga terpancar sinar keredhaanNya…

Biar diri terbeku dalam kepanasan
Biar diri berpeluh dalam kedinginan
Biar diri terbakar dalam hujan
Biarlah diri ini terpaksa meraduk salju
dalam sahara

Kata-kata berbisa itu lumrah dunia
Mengajar diri tabah walaupun terluka
Ganjaran dari Allah penawar segala
Terus gagah melangkah menongkah
mehnahNya…



Kita bukan mengejar MASA
Masa yang bertahun-tahun
Puluhan tahun, ratusan tahun,
Tidak merupakan perkara penting
Bagi umur dakwah dan ummah
Tetapi yang penting ialah
Kita mesti bertahan
Di atas jalan kita
Dengan penuh keyakinan
Kesejahteraan langkah
Dan kejelasan pemikiran…



DEDIKASI BUAT DIRI…

Wahai diri
Di manakah kau kini
Masih bernafas lagikah
Masih dapat berfikir lagikah
Masih dapat mengecap nikmat
Tuhan lagikah

Wahai diri
Sudah lupakah dikau
Janji yang dimeterai
Kepada tuhan semesta alam
Sejak azali lagi
Berjanji tidak berbelah bahagi
Tegak berdiri sebagai insane yang
Beriman dan menginsafi kejadian diri
Di manakah ikrarmu
Pada bonda
Pada ayahanda
Kasih sayang yang dicurahkan
Tanpa diminta balasan
Namun kejayaan yang diimpi
Masih belum dikecapi

Wahai diri
Ke mana menghilang semangat cekalmu
Ke mana hilang lafaz niatmu
Bila lagi mahu dibukti
Keupayaan diri
Kekuatan diri?

Wahai diri
Pandanglah ke hadapan
Lihatlah wajah orang tuamu
Sanggupkah melihat
Mata tua itu mengalir
Titisan air kecewa
Semata-mata meratapi kegagalanmu
Kasihanilah mereka
Siapa lagi yang akan membela nasib mereka
Jika bukan diri ini?